Thursday, April 29, 2010

Jurus "kaki", "Buah 10" & mainan Kayu tongkat panjang

Salam,

Alhamdulillah, berkesempatan mempelajari & mendalami beberapa jurus :

(1) Jurus Kaki. Jurus kaki adalah salah satu teknik terpenting kerana dengan jurus kaki jika kita berjaya memahirkan diri maka kita boleh mengatsi lawan yang bersenjata!



Juga dengan Jurus Kaki kita akan dapat mengalahkan pihak lawan yang besar sizenya kerana kita akan menyerang bahagian sendi di lutut, kaki, di rusuk & lengan lawan!



(2) Jurus "Buah 10" Part 1. Teknik ini memerlukan kita bermain/gayang bawah! Dengan gerakan badan kita dibawah paras maka kita akan menyerang ke tulang rusuk lawan!Disusuli dengan pukulan jurus lutut + siku ke bahagian ulu hati/dada + dagu pihak lawan!



(3) Jurus "Buah 10" Part 2. Teknik ini membuatkan kita berkeaadaan di dalam posisi kedua lutut kita rendah! Maka, kedua jari tangan kita ditemukan! Maka bilamana pihak lawan menlancarkan serangan seperti menendang, maka kita akan melancarkan serangan dengan menggunakan siku kita! Seterusnya disusuli dengan Jurus "Monyet Panjat Pokok"!


(4) Jurus "Kayu Tongkat Panjang". Dengan menggunakan kayu yang panjang maka kita akan menyerang pihak lawan seadanya. Teknik ini memerlukan kita membuat latihan dengan menggunakan "Wodden Dummy"!.



*Nota : Merancang jika berkesempatan untuk melawat tapak latihan BelaDiri di Taman Permata pada minggu hadapan!

Selamat beramal, berlatih & riadah!

Wassalam..

Basteng

No comments: