Salam,
Alhamduluillah semalam berkesempatan mengambil video & upload ke YouTube.
http://www.youtube.com/watch?v=eIRy0pltg4k
Untuk makluman, latihan menggunakan "Wodden Dummy" mewakili 75% latihan pelajar Gerak Pukul Lian Yunan (GPLY).
Selepas demo tu aku terus ambil air batu untuk letak kat tangan coz tak nak tangan jadi bengkak! :)
Seperti yang aku janji, ni adalah kisah hidup aku...
Pada 2002, aku & wife membeli satu rumah sendiri. Hendak diringkaskan cerita, ALLAH SWT Maha Kaya, Maha Memgetahui..
Jiran sebelah rumah aku nii , adalah manusia ( manusia ker dia nih!! ) yang sudah mempunyai keluarga juga. Ada anak, ada isteri...pagi pagi buta pukul 7 pagi sudah keluar. Kebiasaanya dia akan pulang ke rumah sekitar jam 11:30 malam!
Tahun pertama we all hidup berjiran, jiran aku nii pun buat hal iaitu tiap kali dia nak keluar pagi untuk pergi kerja maka dia WAJIB akan mengHEMPASkan pintu utama rumahnya!
Pintu utama sememangnya berat. Jadi you all boleh bayangkan macam mana bergegarnya jiran jiran yang duduk bersebelahan dengan dia iaitu termasuklah dengan aku!
Psiko dia nii berlarutan consistent iaitu tiap tiap hari tanpa jemu dia akan menHEMPAS pintu utamanya dengan kuat sekali bila dia nak pergi kerja & juga semasa pulang ke rumah iaitu sekitar jam 12 tengah malam!
Aku pun cuba risik apa yang trigger jiran tersayang aku nii buat perangai. Tup, tup aku dapat info kemungkinan pada masa itu Masjid Bandar Kinrara ( Masjid yang 2 tahun lepas ada isu azan & Teressa Kok! ) baru beroperasi maka setiap waktu subuh , azan akan berkumandang. Jadi aku agak dia nii jenia manusia yang anti Islam ker..wallahualam laa..
Yang best tuu, dia bukan saja cari gaduh dengan aku, Jiran yang Psiko ini juga akan mengherdik jiran aku yang lain.
Kemuncak kejahatan/Psiko Jiran aku nii ialah dia siap akan tunggu aku balik. So, dia akan duduk tepi pagar dia & buat aksi provokasi menyakiti hati seperti meLUDAH setiap kali melihat aku!
Tak silap aku sampai 6 tahun dia bermaharaja rela dengan kekuatan dia iaitu membuli, memprovokasi & meludah aku!
Aku tak berani bertindak coz aku bukan kaki gaduh! Sepanjang aku hidup, aku tak pernah bergaduh/bertumbuk dengan sesiapa pun!
Satu DOSA dia yang power is dia akan memasang radio rumah dia dengan kuat dari jam 7 pagi hingga ke 12 tengah malam tiap tiap hari kerja! Dia purposely hala radio tuu ke rumah aku!Dia pasang radio Chnnel Tamil! Selama 1 1/2 tahun juga laa kau terpaksa layan till radio dia rosak aku agaknya..
Memang aku pun sakit jiwa diuji, dibuli...tapi apatah daya aku selain SABAR!
Banyakkan zikir, pagarkan rumah dengan ayat ayat pendingding..
Aku pun minta nasihat daripada kawan kawan, jiran jiran...Hanya orang yang pernah diuji oleh ALLAH SWT mendapat jiran yang JAHAT akan memahaminya...
Ynag best pasai JIRAN psiko aku nii, dia tak masuk kawasan rumah aku! Dia buat benda nii didalam kawasan rumah dia iaitu dari jarak jauh!
Aku pernah repot kat MPSJ , pergi balai polis dengan jiran lain yang menghadapi ancaman seperti aku..tapi mungkin we all tak nak menyusahkan, jadi we all decided tak perlu buat repot polis bilamana we berbincang dengan pegawai polis.
Sehinggalah jiran aku yang rumahnya disebelah JIRAN Psiko aku tu membuat keputusan menjual rumahnya kerana sudah tidak tahan dengan BULI/LUDAHAN/HENTAMAN PINTU/RADIO YANG DI PASANG KUAT GIlos/Main ALARM keretanya & 1001 cara untuk menyakiti jiran!
Pada 2008, aku mengenali "Cifu' aku iaitu ex Jurulatih Komando Malaysia. Jadi aku pun berterus terang dengan dia mahu belajar ilmu pertahanan diri untuk menghadapi MUSUH yang psiko nii..
Diringkaskan cerita, sesudah 7 tahun, Alhamdulillah kali pertama aku jemput dia bertarung "Man-To-Man" is pada May 2009. Tapi dia tak keluar.Jadi keesokannya we all buat 1st polis repot di balai polis bersekatan!
Kali kedua aku jemput dia bertarung as 'Man-To-Man" is pada akhir February 2010. Tapi, untuk kali kedua dia tak mengangkat kepala! Then, we all made 2nd polis repot!
Aku perasan semenjak aku jemput dia bertarung dari 2009, perangai comel dia seperti HEMPAS PINTU UTAMA DENGAN SENGAJA & KUAT, PASANG RADIO GILORS BABI KUAT, MAIN ALARM KERETA, MAINKAN ALARM RUMAH & terutama menunggu untuk meLUDAH aku sudah tak berlaku lagi!
Apa apa pun, aku selalu ingatkan diri aku bahawasnya MUSUH aku ada di sebelah rumah! Maka persedian kena dibuat! Kita tak tahu satu hari apa nak jadi..
Tapi apa yang aku JANJI kat diri aku, ditakdirkan dia LUDAH aku lagi...sebelum air LUDAH dia jatuh ke BUMI ALLAH S.W.T ni, maka dia akan tahu & kenal siapa insan lemah & kerdil bernama Basteng ni..
NIKMAT besar mendapat jiran yang baik...
Apa apa pun aku bersyukur coz as sebab jika bukan JIRAN Psiko aku nii aku tak adalah aku bersusah payah untuk berguru & memukul kayu ! (Wooden Dummy!) huhu
Sementara aku selalu berdoa moga dia bertaubat & insaf! Mesej jelas yang aku nak sampaikan & moga dia faham is aku tak takut kat dia.Aku hanya takut pada ALLAH S.W.T. Makluk tak berkuasa, ALLAH S.W.T yang Berkuasa!
Tambahan aku tak nak membazirkan tangan/siku/lutut aku untuk memberi tunjuk ajar pada dia! Dua pun dah berumur iaitu sudah menjangkau umur 48 tahun dahh...
Tapi, jika dia beria ia sangat nak menJUAL , aku sudi memBELInya pada bila bila masa..Bukan nak takbur @ cakap besar tapi insyallah semuanya akan okay...
*Nota : Sudah 3 hari dah aku kerja malam iaitu start jam 12 & abis jam 6 pagi..letih lorr..
Selamat Beramal & Berlatih..
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment