Friday, April 16, 2010

Jurus Kunci Kepala

Salam,

Alhamdulillah pagi ini berkesempatan belajar teknik baru yang dinamakan :

(1) Jurus Kunci Kepala #2.



Teknik ini memerlukan bilamana musuh masuk menyerang dari sisi kanan, maka kita akan menyambut dengan berada didalam posisi buah 1 iaitu kaki kanan kita ditarik 1 langkah kebelakang. Manakala, dengan gunakan tangan kanan kita untuk "blocking" & tangan kiri kita akan memegang penumbuk musuh.

Maka dengan pantas kita akan MASUK iaitu kaki kanan kita akan dibelakang peha/kaki kanan musuh dan tangan kiri kita akan bertindak dengan memusing & membelit tangan kanan musuh terus keleher musuh!

(2) Jurus Kunci Kepala #3.

Teknik ini adalah lebih ringkas jika dibandingkan dengan teknik Jurus di atas.

Jika musuh menyerang dari sisi kanan, maka kita akan menyambutnya dengan tangan kanan kita terus cuba memegang penumbuk tangan kanan musuh. Manakala pada masa yang sama, tangan kiri kita akan memegang/mengangkat siku kanan musuh dan seterusnya satu serangan masuk kearah badan musuh dilakukan dengan pantas.

Akibatnya musuh akan terbelit leher dengan lengannya sendiri!







Bagi makluman, semua Jurus Kunci & patah memerlukan latihan dibuat dengan sparring partner yang betul & bukan boleh diamalkan ke Wood Dummy!

Selamat beramal & berlatih...

*Nota : Nanti aku akan kongsi bagaimana asal usul yang menyebabkan aku bergelumang & mengambil keputusan untuk melibatkan diri di dalam ilmu pertahanan & pertempuran ini !

Wassalam..

Basteng

No comments: