Sunday, April 18, 2010

Teknik Tangan "Aikido"

Salam,

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan mempelajari teknik baru iaitu seperti cara pengunaan teknik tangan pengamal seni pertahanan diri Jepun iaitu Aikido.



Masih terasa lagi kesan sakit akibat kena "pulas" ! Tapi biasalah adar berlatih dan demi memperolehi ilmu..

Ada satu papatah berbunyi => "No Pain, No Gain"!!



Alhamdulillah setakat ini semenjak aku mengenali dunia ini sudah memasuki 1 1/2 tahun, aku belum lagi patah & etc. Tergeliat itu adatlah! :)

Teknik tangan ini memerlukan bilamana musuh masuk dari sisi kanan, maka kita akan menyambut di bahagian pergelangan tangan kanan dengan tangan kiri kita.

Maka dengan teknik yang dipelajari maka dengan mudah kita akan dapat membuat musuh mengerang kesakitan akibat tangan musuh telah di kilas!

*Nota (1): Insyallah aku coretkan nanti sebab musabab aku menuntut ilmu "Perang" ini! Bukan tiada sebab @ sekadar suka suka aja! Aku rasa kisah @ pengalaman aku ni boleh dibuat cerita wayang lorr... :)

*Nota (2) : Hari sabtu lepas, aku buat Wang Pos RM216 coz aku beli majalah lama BELADIRI sebanyak 64 keluaran! Insyallah aku kan menerima majalah tuu di dalam minggu ini...Insyallah..

Juga teknik yang dipanggil "Gerak 2 langkah". Teknik ini penting bilamana kita mahu menyerang di bahagian belakang musuh!

Kita akan berjalan@bergerak 2 tapak yang akan menghasilkan kita didalam kedudukkan posisi Buah 1!



Selamat berlatih & beramal..

Wassalam..

No comments: