Monday, April 26, 2010

Jurus Tahap 2

Salam,

Alhamdulillah hari ini aku berkesempatan mempelajari beberapa teknik baru di dalam Jurus Tahap 2.



Jurus Tahap 2 ini memerlukan bilamana lawan melancarkan serangan maka kita akan melancarkan serangan balik + blocking + jatuh! Ini mengakibatkan lawan kita tidak berpeluang langsung untuk melancarkan serangan balas seperti menumbuk/menyiku/menendang!



Suka aku berkongsi maklumat tentang bagaimana untuk orang yang bersaiz kecil untuk menewaskan orang yang berbadan sasa & besar seperti "Malek Noor"!



Antara tipsnya ialah dengan menyerang bahagian SENDI. Sendi disini adalah bahagaian kaki iaitu lutut, buku lali, ulu hati, bahagian rusuk/tulang rawan yang selari dengan bahagain "nipple", bahagian leher iaitu dikawasan saluran pernafasan kita & bahagian mata!

Ada satu kisah bagaimana Guru kepada Cifu aku berjaya menjatuhkan seekor gajah!Dengan kaedah menyerang sendi insyallah musuh yang besar/gagah akan jatuh terlepok.


Kaeadah kita menjatuhkan badan kita adalah satu teknik yang berkesan! Ini disebabkan bilamana kita jatuh, maka lawan kita akan cuba menyerang dengan menyepak menggunakan satu kaki! Ini akan memberi runag yang luas kepada kita kerana masa kita di bahagian bawah itu, kesemua anggota tubuh kita seperti kedua kaki, tangan kita adalah hidup & berfungsi! Manakala lawan kita hanya terpaksa menggunakan satu kaki sahaja. Jadi kita kena pandai mengintai peluang untuk melancarkan serangan maut ke musuh kita!



Tips memahirkan TAPAK/LANGKAH adalah salah satu komponen penting di dalam ilmu pertempuran Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY). Kombinasi tangan/siku/lutut & gerakkan TAPAK kaki akan menghasilkan gerakkan yang padu/jitu & amat berkesan didalam pertempuran "Close Combat"!




Teknik gerakan LUTUT adalah salah satu teknik yang amat berkesan untuk mengalah lawan. Bahagian lutut kita hendaklah diangkat di atas bahagian pusat kita!



Juga teknik gerakkan SIKU adalah salah satu gerakan merbahaya! Kebiasaannya bilamana serangan SIKU dilancarkan ke bahagian ulu hati/rusuk - Tulang Rawan Lawan, akibatnnya teramatlah bahaya & sakit sekali. Silap haribulan, Lawan kita boleh padam!

Oleh itu berhati hati & mesti beringat dikala menggunakan gerakkan SIKU!

Selamat beramal & berlatih..

Wassalam..

Basteng..

No comments: