Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah berkesempatan mempelajari beberapa teknik baru dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ).
1. Teknik Jurus "Angkat Balak ". Jurus ini memerlukan bilamana pihak lawan melancarkan serangan tumbukkan menggunakan tangan maka kita akan menyambutnya dengan mengangkat di bahagian atas siku pihak lawan. Sambil kita melancarkan serangan siku terus ke bahagian rusuk pihak lawan!
2. Melancarkan serangan mengejut dikala pihak lawan masih dalam keadaan tidak bersedia adalah salah satu strategi yang diamalkan didalam GPLY. Elemen terkejut dilancarkan semasa pihak lawan baru hendak bergerak untuk melancarkan serangan.
Antaranya kita melancarkan serangan ke bahagian lutut pihak lawan dengan kita menggunakan dengan menurunkan bahagian lutut kita terus me lancarkan serangan ke bagahian lutut pihak lawan. Ini akan mengakibatkan pihak lawan "inbalance" dan seterusnya akan memberi ruang kepada kita untuk terus melancarkan serangan bertubi tubi sehingga pihak lawan tidak berdaya melawan atau patah !
3. Satu falsafah GPLY aiaitu jika boleh kita tidak mahu melihat muka pihak lawan kita iaitu dikala kita melancarkan serangan tumbukan atau siku. Oleh itu biasanya sambil kita melancarkan serangan maka kita akan "mengalih" muka pihak lawan sambil itu kita terus melancarkan serangan ke arah sisi rusuk atau telinga pihak lawan!
4. Teknik menggunakan tenaga pihak lawan untuk mengalahkan pihak lawan adalah salah satu teknik yang sempat dipelajari. Gerakkan seperti seni pertahanan diri "Akido" ini akan memerlukan bilamana pihak lawan masuk menyerang dari sisi tangan kanan, maka kita akan menyambutnya dengan bahagian siku kita akan mencari di bahagian atasa siku pihak lawan. Maka kita akan mengangkat siku kita untuk mengakibatkan pihak lawan kita akan "inbalance" dans eterusnya membuka ruang kepada kita untuk melancarkan serangan tumbukkan/siku ke arah bahagian rusuk atau muka pihak lawan!
Alhamdulillah berkesempatan juga mendalami ilmu Senaman Tua. Insyallah akan cuba di amalkan setiap hari untuk kesihatan kita.
Selamat menuntut ilmu & beramal..
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment