Saturday, August 21, 2010

Teknik permainan Lutut & Tapak

Assalamualikum w.b.t...



Untuk makluman, lutut adalah antara senjata yang berkesan dan merbahaya di dalam Gerak Pukul Lian Yunan.



Seorang pengamal GPLY sepatutnya mahir di dalam teknik pergunaan lutut iaitu dengan teknik 1)Menurun 2)Menjentat 3) Menguis ke kiri atau ke kanan.



Ini adalah salah satu "rahsia" di dalam GPLY! Gerakkan kombinasi serangan tangan, siku, gerak badan seperti ular dan ditambah dengan teknik lutut akan membolehkan seorang pengamal GPLY insyallah dapat mengatasi pihak lawan samada bersaiz kecil atau besar!




Ada 11 senjata untuk pengamal GPLY. Senjata yang dimaksudkan ialah :

1. Dua kaki ( Tumit Kaki & Hujung kaki )
2. Dua Lutut
3. Dua Tangan ( Ibu tangan, ibu jari, jari tengah yang ditonjolkan keluar, belakang tangan)
4. Dua Siku
5. Dua Bahu
6. 1 Kepala



Untuk menghidupkan kesemua senjata yang sebelas tersebut, ada kaedah yang perlu dilakukan seperti membuat latihan dengan menggunakan orang kayu @ wooden dummy!



Selamat menuntut ilmu & beramal..



Wassalam..

Basteng

No comments: