Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah, pagi ini berkesempatan mempelajari beberapa teknik baru di dalam Gerak Pukul Lian Yunan. ( GPLY)
1. Teknik serangan 2 lutut berkembar. Kita menyerang anggota penyawa/bahagian peha pihak lawan dengan menggunakan bahagian anggota lutut kanan & kiri kita.
Jika pihak lawan masuk menggunakan kaki kiri maka kita akan menyambutnya dengan melancarkan lutut kanan kita menghentak & sambil itu mengangkat paha kiri pihak lawan. Disusuli dengan serangan lutut kiri kita terus ke bahagian anggota lutut kanan pihak lawan. Serentak dengan itu dengan menggunakan ke dua tapak tangan kita menolak bahagian dada pihak lawan. Akibatnya pihak alwan akan tercampak & terpelanting ke belakang! Jika kena caranya, maka pihak lawan akan tergeliat lututnya!
2. Teknik pijak kaki pihak lawan. Dengan gerakkan yang tidak disangka sangka, maka kita akan memijak kaki pihak lawan. Sementara itu dengan serentak dengan menggunakan bahagian tangan kita akan membuat gerakkan "patah" ke bahagian anggota lutut pihak lawan. Hasilnya, pihak lawan akan tergeliat/patah lututnya!
3. Teknik serangan anggota lutut kita ke bahagian anggota lutut pihak lawan. Teknik ini adalah sebenarnya sangat berkesan untuk menewaskan pihak lawan tidak kira samaada pihak lawan bersaiz kecil atau pun besar!
4. Teknik hentak pergelangan kaki ( di bahagian atas sendi kaki) pihak lawan. Dengan menggunakan tumit kaki, kita melancarkan serangan hentakkan yang kuat terus ke bahagian sendi kaki ( atas buku lali kaki) pihak lawan.Akibatnya pihak lawan akan mengalami kecederaan parah kerana patah/tergeliat anggota kakinya!
5. Teknik kaki. Serangan teknik menggunakan anggota kaki kita ( bahagian tumit & hujung kaki) adalah antara teknik yang amat berkesan di dalam bertempur. Serangan kaki boleh dilancarkan terus ke bahagian rusuk pihak lawan. Juga serangan kaki tepat dilancar ke bahagian penyawa pihak lawan. Juga ada serangan kaki dilancar ke bahagian anggota sendi di bahagian anggota lutut @ pergelangan kaki pihak lawan!
6. Teknik buah 11. Dengan merendahkan badan, kita melancarkan serangan dengan pukulan/libasan tangan kita tepat ke anggota kaki musuh. Disusuli dengan tumbukan tepat ke anggota penyawa pihak lawan!
7. Teknik kombinasi buah 11 dan lutut. Teknik ini dimana kita melancarkan serangan dalam dengan menggunakan lutut kanan kita terus kebahagian anggota peha kanan pihak lawan, maka disusuli dengan serangan anggota siku kanan kita tepat ke bahagian uli hati pihak lawan!
8. Teknik serangan buah 4. Arwah Pak Ali sangat mahir di dalam buah 4. Tepisan/cedokkan buah 4 disusuli dengan serangan ibu tangan kita tepat ke bahagian rusuk pihak lawan!
Untuk pengetahuan, buah 4 adalah permainan jarak dekat! Kepantasan, keberanian & ada ilmu dalam mengukur jarak adalah faktor penting untuk sesiapa memahirkan diri didalam teknik ini.
9. Menguasai tapak hulubalang adalah salah satu komponen terpenting di dalam GPLY. Insyallah sesiapa yang mahir di dalam permainan tapak, segala serangan daripada pihak lawan akan boleh di atasi dengan mudah.
Tapak Hulubalang di dalam GPLY membolehkan kita untuk menguasai gelangan 360% view!Ada kisah, pendakwah dahulu yang menguasai ilmu tapak hulubalang ini bilamana pendakwah tersebut sedang mengerjakan ibadat solat masih mampu mengatasi & mengalah pihak lawan tanpa perlu memberhentikan solat!!!
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment