Sunday, December 23, 2012
Super Kombat
Assalamualaikum w.b.t...
Lihatlah bagaimana dalam pertarungan seperti Super Combat, sebenarnya mengintai & mencari PELUANG untuk melakukan serangan yang tepat & padat adalah amat penting sekali !
Apa apa pun, akal kita mestilah pantas & ligat berfikir untuk mencari jalan & membuat helah agar kita dapat menumpaskan lawan kita walaupun lawan kita tersebut bersaiz amat besar !
Jika kena cara & teknik pukulannya, makhluk gajah pun boleh ditumbangkan !
Maka bagaimana caranya, mestilah belajar dengan berguru !
Aku suka berkongsi beberapa teknik yang kedapatan daripada beberapa beladiri seperti Krav Maga, Systema & Wing Chun !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam.
Basteng
Thursday, December 6, 2012
Tumbuk Balas
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah aku sempat mengadap sifu aku semalam .
Sifu aku sempat memberi tunjuk ajar bagaimana teknik Tumbuk Balas boleh digunakan iaitu katakan bilamana pihak lawan membuat tumbukkan ke arah kita dengan menggunakan anggota tangan kanan nya, maka kita akan cuba mengelak terlebih dahulu dengan teknik gayang seperti gerakkan seekor Ular !
Seterusnya kita dengan pantas akan melancarkan tumbukkan dengan menggunakan anggota tangan kanan kiri kita iaitu menyasarkan ke anggota muka pihak lawan ( anggota tangan kiri kita & anggota tangan kanan pihak lawan akan bergesel tetapi anggota tangan kiri kita adalah dalam posisi yg di didalam! ) , maka dengan pantas kita akan MASUK untuk melancarkan serangan anggota siku kiri kita pula ke arah anggota muka pihak lawan !
Teknik ini sebenarnya adalah seperti defence + serangan 2 dalam 1 !
Defence kerana kita menggunakan anggota tangan kiri sebagai defence tetapi anggota tangan kiri itu juga pada masa yang sama akan melancarkan serangan tumbukkan + serangan anggota siku yang sememangnya tidak akan di duga sama sekali oleh pihak lawan !
Akibatnya, jika betul tekniknya maka pastinya pihak lawan akan tumbang kerana penangan anggota siku kita tersebut!
*Nota : Belajar lah dengan Guru untuk memahirkan teknik Tumbuk Balas !
Teknik pukulan HAMMER seperti photo di atas juga kedapatan & di ajar oleh sifu aku semasa aku belajar ilmu beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) !
Untuk golongan wanita, sebenarnya jika mempunyai ilmu & belajar ilmu bela diri, insyallah lawan kita yang bersaiz besar pun mampu ditewaskan !
Seperti yang selalu sifu aku ingatkan, ilmu bela diri ini adalah ilmu perang ! Bukannya ilmu untuk nampak cantik !
Contohnya macam teknik Tumbuk Balas & pukulan HAMMER, sebenarnya pukulan yang dilancarkan adalah amat PADU, PANTAS & PADAT !
Diberitakan jika pihak lawan bersenjata & kita hanya tangan kosong tetapi sekiranya pukulan HAMMER dilancarkan tepat ke anggota sendi anggota tangan pihak lawan yang memegang senjata, maka senjata tersebut yang digengm akan tercabut kerana kesakitan yang tidak tertangung !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Posts (Atom)