Monday, December 27, 2010

Teknik Pukul Silang

Salam,

Alhamdulillah berkesempatan berguru dengan Cifu aku beberapa teknik baru seperti :

1. Teknik Pukul Silang. Teknik ini memerlukan jika pihak lawan melancarkan serangan menggunakan tangan kanan, maka kita akan menyambutnya dengan gerakkan dayung sampan iaitu melangkah 1 tapak kebelakang. Manakala, bahagian anggota lengan tangan kiri kita akan "check mate" pihak lawan. Seterusnya disusuli dengan serangan menggunakan anggota lutut dilancarkan ke pihak lawan.






2. Juga sempat mempelajari teknik pukulan buah 1 iaitu tumbukkan terus dilancarkan ke bahagian anggota muka pihak lawan sementara jika berkesempatan kita akan menarik bahagian leher baju/rambut/janggut pihak lawan sambil pukulan siku dibuat dengan menggunakan anggota tangan kita yang sebelum ini telah digunakan untuk menarik anggota pihak lawan tersebut!





3. Jurus 4 dikenali dengan permainan gerakkan yang keras. Jurus ini digemari oleh arwah Pak Ali iaitu salah seorang pelajar yang belajar Buah Pukul bersama dengan Cifu aku.



Antara teknik bahaya Jurus 4 ialah gerakkan Libasan Bidas Rotan iaitu dengan menggunakan anggota lengan kita akan melibas ke bahagian atas / bawah anggota pihak lawan iaitu biasanya akan mengenai bahagian anggota muka / rusuk pihak lawan!



4. Bagi melumpuhkan & mengatasi terus pihak lawan yang bersenjata seperti pisau/kerambit maka satu teknik lian yang seakan corak mainan tangan Aikido perlu dilancarkan.

Teknik ini memerlukan bilamana pihak lawan bersenjata seperti pisai/kerambit melancarkan serangan dengan menggunakan tangan kanan, maka kita akan menyambutnya dengan tangan kiri kita akan cuba menangkis serangan dengan tangkapan dibuat di pergelangan anggota tangan pihak lawan, manakala tangan kiri kita akan berada dibawah tangan kiri kita sambil tangan kanan kita tersebut melakukan serangan ke anggota leher/kerongkong alat pernafasan pihak lawan.



Tangan kiri kita akan mengangkat pergelangan bahu/siku pihak lawan sambil serangan kaki dilancarkan ke anggota belakang pelapik anggota lutut pihak lawan!

Akibatnya, pihak alwan akan lumpuh serta merta dan juga kita sepatutnya terselamat daripada ancaman serangan pisau/kerambit pihak lawan!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Wednesday, December 22, 2010

BUNGA Lian

Salam,

Dalam permainan LIAN sebenarnya mengandungi BUNGA juga. Bukan semuanya adalah BUAH!
Maksudnya disini ialah bukan semua permainan LIAN adalah BUAH Pukul.



Ia juga ada BUNGA yang sungguh lembut tetapi sangat berbahaya dikala didalam pertempuran jalanan!





Sekali imbas gerak bunga LIAN adalah seakan permainan "lembut' Tai Chi & Aikido!
BUNGA LIAN adalah permainan yang lembut bukannya seperti permainan jurus 4 iaitu permainan keras iaitu pihak lawan menumbuk kita maka kita menyambutnya dengan menumbuk pihak lawan kembali!





Aku sebenarnya suka akan main secara lembut ini kerana bilamana pihak lawan bermain secara keras manakala kita bermain secara lembut, kebiasaanya kaedah @ teknik lembut lebih berkesan untuk mengatasi teknik permainan keras!



Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Thursday, December 16, 2010

Jurus Gerak Pukul Lian Yunan

Salam,

Alhamdulillah berkesempatan mengambil video akan permainan jurus Gerak Pukul Lian Yunan yang didemo oleh Cifu aku.

http://www.youtube.com/watch?v=v8WR9pfc8mc

Sementara itu, suka berkongsi akan Jurus 10 ialah permainan LIAN gaya bawah. Ini bermakna bilamana seorang penuntut LIAN berdiri di dalam posisi jurus 10, maka pihak lawan dinasihatkan berhati hati & seeloknya menangguhkan dahulu niat untuk menyerang!

Permainan kedudukan badan jurus 10 adalah permainan pertengahan iaitu tidak terlampau rendah & juga tidak terlampau tinggi.



Jurus 10 ini amat mat berkesan di dalam "street fighter" untuk melumpuhkan pihak lawan!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Monday, December 13, 2010

Teknik Siku "Kapak" LIAN & Lutut LIAN

Salam,

Alhamdulillah berpeluang mendalami teknik yang dinamakan sebagai Siku Kapak.
Teknik ini memerlukan bilamana pihak masuk bergerak mara ke arah kita, maka kita akan menyambutnya dengan gerakkan seperti Jurus 1 tetapi kita menghalakan siku kita terus tepak ke anggota dada/ulu hati/muka pihak lawan.



Seterusnya disusuli dengan kita menarik bahagian anggota leher/rambut/hujung baju untuk dihadiahkan dengan pukulan serangan lutut pula!



Permainan anggota Lutut adalah satu teknik yang amat penting dan berkesan di dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ).





Objektif aku sekarang ini seboleh bolehnya untuk memahirkan lagi dalam teknik permainan siku & lutut !



Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

Sunday, December 12, 2010

Teknik Siku Terbalik

Salam,

Teknik Siku Terbalik ialah salah satu teknik yang amat berkesan kerana pihak lawan "tidak nampak" akan serangan yang kita lancarkan tersebut.




Masuk Serentak ialah satu teknik dimana anggota kaki & tangan & tubuh kita melangkah masuk dengan menyerang/block akan anggota lutut & tangan/tubuh pihak lawan!



1 konsep yang perlu diingati disini ialah bilamana permainan RASA akan dilancarkan maka kita perlu memerhatikan yang mana satukah kaki pihak lawan yang menjadi
Tiang Seri @ Konkrit!



Kebiasaanya kaki yang bertindak sebagai Tiang Konkrit@ Seri akan berada dibelakang. Oleh itu pukulan/hentakkan/tolakan tapak / ibu tangan kita hendaklah dilancarkan ke bahagian anggota bahu pihak lawan yang dimana kaki tersebut bertindak sebagai Tiang Konkrit berada!




Jika serangan ke sasaran anggota bahu pihak lawan tersebut terlepas maka serangan bahu kita ke arah leher/anngota dagu pihak lawan bolehlah dilancarkan dengan kita menarik anggota bahu pihak lawan tersebut sambil serangan anggota siku kita dilancarkan!



Jika kita tersisih, maka kita menyauk bahagian pinggang/peha pihak lawan untuk membuat pihak lawan tidak stabil!



Inti pati disini ikalah untuk membuat pihak lawan tidak stabil! Ini akan memberi ruang kepada kita untuk bertindak dengan melancarkan serangan yang bertalu talu.

*Nota : Inilah rahsia bagaimana seekor gajah boleh ditumbangkan iaitu dengan melancarkan serangan ke bahagian anggota sendi!



LIAN tidak tamak. permainan LIAN SOMBONG & penuh dengan TIPU DAYA & senantiasa mahu makan/mengena pihak lawan sementara diri nya pula tidak mahu kena!

Permainan jurus 4 adalah gaya permainan keras and jarak pendek! Ini memerlukan kita mengengam erat kedua dua penumbuk tangan kita.



Bayangkan sehelai daun tergantung di sebatang pokok, maka bila kita melancarkan serangan tumbukkan ke sehelai daun tersebut maka yang sepatutnya terjadi adalah angin tumbukkan kita tersebut yang mengenai daun tersebut!



Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Thursday, December 9, 2010

Teknik Sauk Kaki / Permainan Tapak & RASA

Salam,

Alhamdulillah hari ini berkesempatan mendalami teknik kaki.

Teknik ini dinamakan SAUK kaki.
Kaedahnya bilamana pihak lawan bergerak dengan melangkah, maka sebelum pihak lawan bertapak ke bumi secara penuh maka kita akan menyauk kaki depan yang melangkah tersebut.

Akibatnya pihak lawan akan tidak stabil dan biasanya pihak lawan akan terjatuh ! Maka serangan bertalu talu ke pihak lawan hendaklah dilakukan sehingga pihak alwan tidak bermaya untuk melawan lagi.

Juga Cifu aku sempat menegaskan akan peri pentingnya akan mainan TAPAK.



Tapak MASUK yang juga akan berfungsi untuk tapak SERANG atau PERTAHANAN!
Tips disini ialah kita jangan sekali kali memberi ruang kepada pihak lawan untuk "check mate" kan gerakkan kita!

Sebenarnya yang aku faham & perhati, gerakkan teknik menggunakan kaki iaitu pukulan menggunakan kaki kita dibuat ke sendi bahagian kaki atau lutut pihak lawan sebenarnya sangat berkesan dalam pertempuran sebenar !



Juga serangan dengan menggunakan kombinasi siku & lutut adalah amat penting di dalam "street fighter"/pertempuran jalanan .

Aku perhatikan bilamana Cifu aku melancarkan serangan tumbukkan, dia target ke bahagian sendi anggota pergelangan tangan, anggota sendi bahagian siku@ bahu! Juga pukulan serangan menggunakan kaki dilancarkan ke bahagian anggota sendi lutut/kaki pihak lawan!

Dalam teknik mainan tangan/kaki akan melibatkan konsep RASA ( sentuhan/bersangek!). Daripada konsep RASA inilah akan menghasilkan gerakkan seperti dibawah:

1. TEKAN
2. TOLAK
3. TARIK
4. SAUK
5. ANGKAT

Latihan RASA adalah peringkat yang tinggi didalam GPLY. Ini memerlukan 2 orang yang akan menyentuhkan bahagian anggota tangan masing masing ke anggota tangan pihak lawan. Bilamana sentuhan RASA berlaku, maka gerakkan seperti ke lima lima diatas boleh lah dilakukan!..

Jika kedua anggota mata kita ditutup sekali pun, maka dengan deria latihan RASA maka kita masih boleh bertempur untuk memenangi perlawanan!

Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

Sunday, December 5, 2010

Demo Orang Kayu

Salam,

Demo Orang kayu oleh Cifu aku.

http://www.youtube.com/watch?v=620R_Q1sXx4

http://www.youtube.com/watch?v=PPYgoxkNClg&feature=related

Selamat menyambut Maal Hijrah..

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Thursday, December 2, 2010

Teknik Senjata KAPAK

Salam,

Kapak adalah salah satu senjata yang amat berkesan di dalam LIAN.



Alhamdulillah, hari ini aku berpeluang belajar teknik yang betul bagaimana cara untuk mengguna senjata kapak.

Cara pegangan dibuat dengan memegang di bahagian kepala kapak. Ulu pemegang kapak akan diguna untuk menghentak/mencucuk pihak lawan. Manakala, bahagian kepala kapak akan diguna untuk menghentak pihak lawan.

Untuk makluman, KAPAK boleh makan senjata yang bersaiz panjang seperti pedang atau parang !

Ada satu teknik yang dinamakan Tumbuk Deras. Teknik Tumbuk Deras mempunyai beberapa cara seperti :

1. Tumbuk Deras Teknik 1. Tumbukkan akan dilancarkan ke rusuk pihak lawan. sementara tangan kita yang melancarkan tumbukkan tersebut akan diangkat terus keangkat untuk mengambil/menyauk bahagian ketiak pihak lawan! Seterusnya serangan siku boleh lah dilancarkan !



2. Tumbuk Deras Teknik 2. Tumbukkan dilancarkan terus ke rusuk pihak lawan & disusuli dengan serangan siku kita terus ke bahagian bawah bahu pihak lawan. Objektif kita adalah untuk melumpuhkan pihak lawan dengan serangan siku kita terus hinggap ke leher/muka pihak lawan!

3. Tumbuk Deras berkembar . Tangan kanan akan melancarkan tumbukkan ke bahagian rusuk pihak lawan manakala tangan kiri kita juga akan melancarkan tumbukkan serangan tepat ke bahagian anggota rusuk pihak lawan yang sama!

Jurus 11 adalah permainan bawah! Ini memerlukan kedua tapak tangan kita menyentuh bumi!

Dalam kedudukkan posisi yang rendah ini, maka sebenarnya "deadly attack" yang tidak disangka boeh dilancarkan oleh kita iaitu dengan kita menggunakan siku kita untuk menyelak/membuka bahagian dalam anggota lutut/peha pihak lawan!Teknik Belah Ombak boleh diamalkan !

Ini akan mengakibatkan pihak lawan tidak stabil & ini memberi peluang kepada kita untuk melancarkan serangan bertubi tubi ke anggota penyawa pihak lawan!

Alhamdulillah, Cifu aku juga memberi tunjuk ajar berkenaan cara yang betul dalam permainan TAPAK.

Ada tapak masuk menYERANG.
Tapak masuk menyerang ini memerlukan bilamana kita melngkah tapak untuk masuk maka serangan tumbukkan tangan & kaki akan bergerak sama!

Untuk teknik tapak masuk meNUNGGU iaitu bilamana kita bergerak, maka kita akan cuna mencari masa untuk bertapak iaitu untuk menunggu sebelum serangan seterusnya dilancarkan ke pihak lawan.

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Thursday, November 25, 2010

Teknik Sauk Siku

Salam,

Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ), kombinasi penggunaan anggota lutut dan siku adalah ibarat TWINS!

Seumpama laut dan pantai iaitu bilamana serangan siku dilancarkan maka kembarnya iaitu anggota lutut akan terlibat sama untuk melancarkan serangan.



Dalam LIAN, ada satu teknik yang dinamakan Sauk Siku. Dengan menggunakan anggota siku, kita akan menyauk iaitu seperti pukulan dibuat ke arah anggota lengan ( di atas bahagian anggota sendi tapak tangan & dibawah anggota sendi siku) pihak lawan ( sambil buku lima tangan yang menyauk tersebut akan melancarkan serangan ke bahagian atas iaitu terus ke bawah dagu/muka/dada/ulu hati/. Manakala, serangan ke bahagian bawah terus dilancarkan terus ke penyawa pihak lawan!



Sementara senaman LIAN insyallah aku tengah aktif amalkan!



Berkesempatan sebelum Jumaat, berkongsi tentang Makam Rabbani! Orang yang ingin & berhasrat masuk ke dalam Makam Rabbani hendaklah melepasi & lulus ke semua tentang komponen tentang persoalan HATI di bawah :

JATIS !

1. [J]ujur
2. [A]manah
3. [T]ulus
4. [I]khlas
5. [S]abar

Lawan sifat yang di atas ialah :
1. Tamak
2. Haloba
3. Hasad
4. Dengki
5. Khianat

Oleh itu marilah kita bersama sama berusaha dengan mujahadah untuk cuba mencapai Makam Rabbani!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Monday, November 22, 2010

Teknik Pukulan Lutut - Rahsia dalam Rahsia LIAN!

Salam,

Alhamdulillah berkesempatan mempelajari teknik baru iaitu Teknik Lutut untuk menyerang dan bertahan@blocking.



Dalam GPLY, anggota lutut berperanan besar untuk menyerang iaitu serangan dilancarkan terus ke bahagian otot peha dalam pihak lawan. Sasaran sebenarnya adalah bahagian anggota penyawa pihak lawan!

Satu latihan lutut juga telah ditunjuk ajar oleh Cifu aku.



Caranya ialah dengan mengangkat kaki kita iaitu anggota lutut separas dengan pusat kita. maka kita geraknya ke arah luar iaitu tanpa menyentuh bumi. Kemudian dengan gerakan masuk ke dalam semula iaitu seperti dalam posisi Jurus 1, maka kita akan meletakkan tapak kaki kita sambil itu anggota lutut kita tersebut "makan" anggota dibawah anggota lutut pihak lawan! Adakah ini rahsia LIAN? :)



Teknik ini juga memerlukan keseimbangan badan kita kerana gerakkan ini memerlukan kita hanya berpijak menggunakan hanya 1 belah kaki sahaja!



Teknik ini akan mengakibatkan pihak lawan mengalami kecederaan parah kerana anggota lututnya boleh patah@tergeliat !



Serangan serentak anggota lutut bersama dengan siku adalah satu teknik berkesan untuk menumpaskan pihak lawan. Teknik ini adalah seperti teknik serangan seorang ToMoi!



Sementara aku mengamalkan Senaman LIAN yang antaranya teknik senaman yang dipanggil sebagai TEMU LUTUT. Senaman ini elok untuk sendi anggota lutut.

Juga ada senaman seperti gerakkan Harimau/Kuching mengeliat!



Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

Monday, November 15, 2010

RASA

Assalamualikum w.b.t...

Alhamdulillah sekarang ini aku dalam proses memahirkan diri didalam Senaman Tradisional Orang Orang Melayu dahulu kala!







Sukacita aku nak namakan senaman itu sebagai Senaman LIAN!

Banyak teknik senaman yang amat berkesan yang boleh dipelajari & diamalkan..



Bermula daripada kedudukkan setempat iaitu dalam kedudukan duduk selepas sujud, maka dengan posisi kaki dilentik & etc, maka seorang pengamal akan merasai POWERnya senaman ini.



Senaman ini diakhiri dengan senaman di bahagian anggota MUKA!
Senaman ini dipelajari oleh Ccifu aku dengan seorang Tabligh!



Buat makluman, orang TABLIGH ini memperolehi teknik SENAMAN ini semasa dia mengembara semasa didalam jemaah Tabligh di Indonesia, China, India , Bangladesh & Pakistan!



Sebagai balasan iaitu untuk "win - win situation", maka Cifu aku mengajar orang Tabligh itu Gerak Pukul Lian Yunan !! ( GPLY ).



Orang Tabligh ini ingin belajar ilmu seni pertahanan diri kerana semasa dia mengembara bersama jemaah Tabligh, ada kalanya dia menghadapi bahaya seperti diserang oleh orang luar yang tidak faham akan aktiviti dakwah jemaah Tabligh ini!



Ada pepatah mengenai:

1. Doa. Kita perlu berdoa kepada ALLAH S.W.T selalu akan segala hajat & keperluan. ALLAH S.W.T yang menentukan samaada DIA memenuhi hajat si perdoa @ sebaliknya.



2. Petua. Contohnya jika nak lembutkan daging, maka cara petua orang tua tua adalah dengan meletakkan buah betik muda ke dalam Daging yang hendak dimasak tersebut!



3. Rasa. Rasa adalah tahap yang tertinggi dimana kita boleh meRASA bilamana diri kita berada dalam bahaya!



Jika ditakdirkan kita diserang, dengan kelebihan ilmu RASA maka kita akan mudah mematahkan serangan pihak lawan yang melancarkan serangan tersebut!

Maka dikisahkan walaupun seorang BUTA bertempur, dengan kelebihan ilmu RASA maka si BUTA tersebut masih mampu meneruskan pertempuran walaupun dia tidak dapat melihat dengan deria mata!



Ada satu teknik baru iaitu dengan cara seperti kita duduk mengcangkung maka badan kita diangkat sedikit iaitu berat kedua kaki adalah hampir sama. Maka dengan kedudukan masuk sendeng, maka satu anggota tangan kita akan mencari anggota sendi lutut pihak lawan untuk dipatahkan!



Sementara anggota tangan yang satu lagi akan bersedia untuk melancarkan serangan siku ke bahagian rusuk pihak lawan

Teknik serangan masuk dengan masuk dengan menggunakan anggota lutut adalah salah satu teknik yang amat berkesan untuk menewaskan lawan tidak kira samaada pihak lawan bersaiz besar atau sebaliknya!



AYAM bilamana bertempur, akan memasukkan ke dua dua kepaknya ke bahagaian dalam aiaitu rapat dengan sayap/kepak ayam pesaingnya!



Kaedah/tehnik ini juga boleh dicedok oleh seorang penuntut GPLY untuk menjadikkannya satu teknik yang amat berkesan didalam pertempuran!

Dengan merapatkan anggota tubuh kita hatta siku kita akan men"curi" dengan buat pukulan pendek terus kesasaran iaitu ke anggota rusuk pihak lawan!

Selamat Menyambut Aidil Adha, Insyallah ALLAH s.w.t melindungi & memberi rahmat kepada kita semua!!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng