Sunday, July 31, 2011

Teknik TEKAN anggota sendi

Assalamualaikum w.b.t..

Teknik Tekan Anggota Sendi iaitu dengan mengunakan ruas anggota lengan iaitu yang di atas dari pergelangan sendi anggota tangan kiri, kita terus TEKAN ke bawah dengan kuat ke anggota sendi siku kanan pihak lawan ! Sambil dengan menggunakan gerakkan anggota lutut kanan, kita meNURUN/GUIS ke sendi anggota lutut kanan pihak lawan. juga pada masa yang sama dengan teknik "sambar helang" maka pukulan siku dilancarkan ke anggota muka/dada pihak lawan dengan menggunakan anggota siku kanan kita !



Gerakkan serentak pukulan aras bawah ( pukulan TURUN anggota lutut ) dan pukulan aras atas ( pukulan " sambar helang " anggota siku ) seperti yang aku kongsi di atas sebenarnya adalah teknik yang aku panggil sebagai Lock kaki & lock tangan !



Akibatnya pihak lawan kita akan lumpuh dan tidak mampu sekali kali untuk bertindak balas langsung !

Gerakkan ini adalah antara teknik kegemaran arwah Arwah Acik Bakar ! ( Guru kepada Sifu aku .. )

Juga jika pihak lawan masuk menyerang dengan menggunakan anggota tangan kanan, maka kita menyambutnya dengan menHENTAK/HENTAM ke anggota sendi siku kanan pihak lawan dengan menggunakan anggota siku kanan sambil dengan menggunakan gerakkan anggota kaki/lutut kita akan membuat gerakkan jatuh/patah ke anggota kaki/lutut pihak lawan !

Teknik patah/geliat kan anggota kaki pihak lawan juga boleh dilancarkan iaitu bilamana pihak lawan dalam proses untuk masuk menyerang dari sisi kanan ( anggota kaki kanan pihak lawan berada dihadapan ) maka kita akan menyambutnya dengan menggunakan anggota bahagian ruas lutut ke betis kanan kita, maka kita akan masuk membuat "blocking" dengan menghentam/enjang ke anggota yang berada atas daripada anggota lutut kanan pihak lawan !

Jika betul & tepat caranya, maka anggota lutut/kaki lawan kita akan patah/tergeliat !

Ke dua dua cara di atas sememangnya kejam & langsung tidak berperi kemanusian. Bayangkan jika dalam situasi sebenar iaitu dalam waktu perang atau pun nyawa kita di ancam, maka teknik "kejam" seperti inilah yang boleh menentukan samada kita masih hidup atau sebaliknya ! Insyallah..

Aku berazam insyallah aku cuba yang terbaik untuk menguasai & memahirkan kedua dua teknik "favourite" Sifu & Arwah Acik Bakar diatas!



Suka berkongsi akan teknik favourite Sifu aku ialah jika pihak lawan masuk menyerng dari sisi kanan, maka Sifu aku akan ber"gayang" merendahkan anggota badannya ke arah kiri sambil pukulan tumbukkan tangan kiri akan dilancarkan tepat ke anggota rusuk kanan pihak lawan ! Sambil anggota tangan kiri yang sama yang digunakan untuk membuat pukulan ke anggota rsuk kanan pihak lawan tersebut akan bertindak seperti gerakkan seekor ULAR untuk menyerang dengan menyucuk anggota leher pihak lawan ( kawasan pernafasan ) !

Sebenarnya serangan 2 dalam 1 ini sangat merbahaya kerana pihak lawan tidak akan nampak dan menyedari akan pukulan yang telah dilancarkan tersebut ! Sedar sedar, pihak lawan sudah terkena pukulan di leher !

Dalam bulan Ramadhan ini, nampak gayanya kemungkinan besar aku tidak sempat mengadap Sifu aku seperti biasa kerana komitment kerja.

Mungkin, aku kena curi masa hari minggu kot untuk mengadap Sifu aku ! :)






* Semalam anak aku alhamdulillah sudah selesai & berjaya buat grading dalam Karate ! Sekarang dia sudah Green Belt ! Tahniah & teruskan usaha dalam menuntut ilmu beladiri !



Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Thursday, July 28, 2011

LIAN : Teknik Pukul Beruang

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah aku suka berkongsi akan satu teknik menggunakan anggota tangan dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ).

Aku namakan teknik ini sebagai Pukul Beruang !

Teknik Pukul Beruang ini digunakan bilamana pihak lawan kita sama ada bersenjata atau pun tidak melancarkan serangan tumbukkan dengan menggunakan anggota tangannya iaitu serangan tumbukkan tersebut adalah dalam paras yang sama atau pun rendah daripada anggota dada kita.

Contohnya ialah bilamana pihak lawan masuk menyerang dengan melancarkan serangan tumbukkan menggunakan anggota tangan kanannya, maka kita akan menyambutnya dengan menggunakan anggota tangan kiri kita !

Caranya ialah dengan menggunakan anggota tangan kiri, kita akan mencari dengan menyauk & menekan ke arah bawah hujung pergelangan sendi anggota tangan kanan pihak lawan yang melancarkan serangan tersebut sambil anggota badan kita akan ber"gayang" & pada masa yang sama anggota tangan kanan kita akan melancarkan tumbukkan Ibu Tangan ke arah anggota muka atau Ulu Hati/rusuk pihak lawan !

Teknik Pukul Beruang ini mesti dilakukan dengan pantas dan tepat kerana untuk menghalang daripada pihak lawan kita sempat mencuri peluang untuk melancarkan tindak balas !

Teknik Pukul Beruang ini boleh diamalkan dengan menggunakan Wooden Dummy !

Video dari Sifu Master Wong di bawah ada juga kaitan dengan teknik Pukul Beruang !







Selamat menuntut ilmu & beramal.. !

* Nota : Selamat berpuasa di bulan Ramadhan....Insyyallah ALLAH S.W.T menerima segala amalan ibadat kita...amin..

Wassalam..

Basteng

Monday, July 25, 2011

Teknik Pernafasan : Untuk hasil tumbukkan yang power !

Assalamualaikum w.b.t....

Bruce Lee pernah berkata dia tidak takut kepada orang yang tahu banyak teknik pukulan dalam ilmu pertahanan diri tetapi tidak mengamal, menguasai & memahirkannya. Tetapi Bruce Lee amat gerun dan takut kepada orang yang tahu hanya 1 teknik pukulan tetapi orang tersebut membuat latihan beratus atau beribu kali sehinggalah orang tersebut memahami & menguasai teknik pukulan tersebut !



Point yang aku ingin kongsi di sini ialah dalam apa perkara apa pun yang kita lakukan, kita hendaklah memahaminya !

Faham akan mengapa segala teknik gerakkan tersebut di lakukan. Bukannya kerana semata semata kerana sekadar ikut kerana itu yang telah di tunjuk ajar oleh guru !

Jika kita merasakan kita tidak tahu kenapa tujuan sesuatu gerakkan tersebut dilakukan maka semestinya kita hendaklah bertanya kepada guru !

Seorang guru yang bagus dalam ilmu pertahanan diri sepatutnya boleh memberi jawapan akan apa yang berselindung di sebalik gerakkan tersebut ! Jika seorang guru tersebut hanya mampu memberi jawapan kerana guru tersebut juga hanya memperolehi ilmu tentang teknik gerakkan pukulan tersebut dari sang gurunya maka ketahuilah guru tersebut sebenarnya masih belum juga memahami !

Seorang guru yang betul ialah bilamana dia telah memberi tunjuk ajar & menurunkan ilmu pertahanan dirinya, maka seorang murid nya boleh mengalahkan gurunya ! Bukan seorang guru tidak boleh dikalahkan oleh seorang murid !

Jika kita ingin melihat "street fighting" yang sebenar maka bolehlah pergi menonton perlawanan Muay thai @ Tomoi @ Tinju Siam di gelanggang !





Sifu aku berkongsi akan antara amalannya ialah dia akan menumbuk dinding dengan menggunakan 2 anggota tangannya !

As sebab dengan latihan & amalan tersebut akan menjadikan otot anggota tangan kita "kebal" @ tahan sakit bilamana kita melakukan tumbukkan yang sebenarnya!

Juga sifu aku berkongsi pengalamannya iaitu bilamana kita dalam pertempuran maka kita hendaklah menggigit dengan kuat semua gigi kita. Contohnya dengan menggigit & menemukan gigi geraham bawah dengan gigi geraham atas dengan kuat !

Juga dengan teknik pernafasan yang betul maka tumbukkan baru dilancarkan. Jika tanpa teknik nafas maka tumbukkan yang terhasil kurang momentumnya !

Teknik yang betul ialah dengan kita menarik @ menyedut nafas dengan perlahan dahulu sambil ke semua gigi kita dikacip dengan kuat maka tumbukkan dilancarkan sambil nafas kita dilepaskan ! Insyallah akan menghasilkan tumbukkan yang bertenaga !

*Nota :

1. Antara petua untuk menguatkan gigi kita ialah dengan cara kita mengambil 1 tuala Good Morning & basahkannya. Selepas itu kita gigit tuala tersebut dengan kuat ! Tujuannya adalah untuk menguatkan dasar gigi geraham kita !

2. Pada ahad minggu depan, anak aku ada grading kelas Karate ! You Can Do It & good luck to U..Tini !!





Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Thursday, July 21, 2011

Teknik LIAN guna anggota lutut untuk TOLAK anggota lutut pihak lawan

Assalamualaikum w.b.t...

Suka berkongsi akan beberapa teknik dalam ilmu beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) .

Teknik Tolak Anggota Lutut adalah antara teknik Lian yang aku anggap sebagai pelik & langsung tidak terfikir oleh akal fikiran !

Bila sifu aku tunjukkan dengan membuat demo latihan praktikal kat aku, maka baru aku merasai bagaimana berkesannya teknik Lian ini dalam melumpuhkan pergerakkan pihak lawan !



Cara yang mampu aku kongsi ialah dengan menggunakan anggota lutut kita, kita akan meNOLAK anggota lutut ke ke anggota sendi lutut pihak lawan ! Akibatnya pihak lawan pasti akan jatuh !



Asas yang ingin aku kongsi di sini ialah kaedah TOLAK di sini ialah seperti kita menggunakan tapak tangan kita kemudian kita mendakap & membuat aksi tolakkan ke bahagian anggota dada pihak lawan, akibatnya pihak lawan akan bergerak ke belakang kerana momentum TOLAKkan yang telah kita lakukan tersebut.

Begitu juga dengan aksi TOLAK menggunakan anggota lutut kita ke bahagian anggota sendi lutut pihak lawan !

Sebenarnya aku pun belum mahir lagi akan teknik TOLAK anggota lutut ini. Aku sudah kuasai berkenaan teknik TEKAN, TURUN, JENTAT, BUKA & KUIS dengan menggunakan anggota lutut! Tetapi untuk TOLAK ini, aku masih belum dapat kuasai lagi coz baru belajar semalam !!!

Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

Pukulan siku "Helang " utk patahkan serangan bersenjata parang@pisau !

Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulillah mengadap sifu aku pagi tadi. Berkesempatan bertukar tukar fikiran perihal teknik teknik ringkas tetapi berkesan dan tidak terfikir pun oleh fikiran di dalam Street Fighting !

Aku percaya ramai yang pernah melihat seekor serangga yang bernama Mentadak Mentadu !



Aku ambil serangga Mentadak Mentadu ini sebagai contoh untuk menunjukkan bagaimana perlunya dalam Lian pergerakkan anggota badan kita mestilah "hidup" serta flexisable dan jangan menjadikan anggota badan kita keras macam kayu !

Satu teknik baru yang aku pelajari hari ini ialah bilamana pihak lawan bersenjata masuk menyerang kita dengan membuat tetakkan iaitu kita mestilah membuat 2 pilihan iaitu kita masuk terus atau pun melangkah 2 tapak ke belakang untuk mengelakkan dari terkena parang.




Dalam situasi kita berani dengan membuat keputusan untuk melangkah masuk berdepan dengan penyerang, maka pada masa si penyerang baru bergerak dan sedang mengangkat anggota bahunya ( contohnya pihak lawan menetak dengan menggunakan anggota tangan kanan ) , maka kita akan melangkah masuk dengan menghantar pukulan anggota siku kanan [ secara teknik " Helang " ] kita terus ke anggota ruas atas anggota siku kanan pihak lawan !

Seperti photo di bawah, pukulan siku " helang " di buat ke anggota ruas yang berada di atas sendi siku kanan pihak lawan !




Sambil dituruti dengan pukulan menggunakan anggota siku kiri atau pun tangan kiri kita ke anggota rusuk kanan lawan kita, di ikuti dengan pukulan anggota lutut kanan kita ke penyawa pihak lawan !

Pengamal Lian boleh memilih untuk bermain secara keras atau pun lembut.

Keras di sini bermaksud, jika lawan kita menumbuk, kita pun menumbuk sama. Ini macam aksi dalam filem K.L Ganster lah.

Cara lembut pula, pengamal Lian banyak menggunakan tenaga pihak lawan dengan cara kita meNARIK, meNOLAK, meNEKAN, meRENJANG, mengANGKAT bahagian anggota sendi pihak lawan !

*Nota : Kuching aku si Tompok sudah 5 hari tidak pulang ke rumah ! Sedih sioll....coz aku tak tahu dia kena culik ker..ikut betina kerr...selamat ker dia...emm....nampak gayanya aku kena buka kes siasatan baru lor...jika kes culik, maka tahulah macam mana aku nak mengajar sipenculik...Grrrrr....

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Tuesday, July 19, 2011

Pukulan tangan ke anggota rusuk & tekan kaki ke sendi anggota lutut

Assalamualaikum w.bt.

Alhamdulillah, berkesempatan mengadap Sifu aku untuk mendalami beberapa teknik baru dalam Lian !

Jika kita menghadapi situasi yang mencemaskan yang boleh mengancam nyawa atau boleh mendatangkan kecederaan maka perkara pertama yang mesti dengan pantas kita buat ialah menganalisa sama ada berbaloi atau okay atau tidak untuk kita membuat keputusan untuk " steet fighting ".

Contohnya jika rumah jiran sebelah kita sedang dicerobohi oleh si pecah rumah iaitu siap datang dengan selamba sahaja dengan menggunakan sebuah lori, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Juga dari pemerhatian kita bahawasanya kekuatan anggota kumpulan pecah rumah tersebut ada sekitar 7 orang maka jangan lah pula kita ingin menjadi seperti hero di dalam filem IP Man atau OMBAK untuk menghadapi 7 musuh sekaligus !

Cukuplah kita mendiamkan diri sahaja sambil kita membuat panggilan telepon ke balai polis untuk minta bantuan.

Jika untuk menghadapi orang perseorangan, eloklah dulu kita memerhati & membuat analisa samada lawan kita tersebut mempunyai anggota tangan @ siku @ kaki @ lutut yang hitam atau tidak ! Jika anggota tersebut hitam maka alamatnya eloklah kita mengundur diri atau cuba mengelak dari bertempur dengan mereka. Kecualilah kita berkeyakinan penuh dengan ilmu pertahanan diri yang kita ada boleh mengatasi pihak lawan, maka teruskanlah " street fighting " tersebut !

Tips di sini ialah kita jangan masuk membuta tuli & samborono sahaja tanpa usul periksa tentang kekuatan pihak lawan !



Aku suka berkongsi akan kepentingan anggota siku. Antara teknik yang berkesan ialah seperti teknik Siku Kapak. Ini bermaksud, bilamana pihak lawan bergerak hendak masuk menyerang, maka kita sudahpun melangkah masuk dengan mengangkat siku kita seperti gerakkan seorang hendak menyikat rambut !



Teknik Siku Kapak ini di lancarkan terus & tepat ke anggota dada/ulu hati/muka pihak lawan !

Gerakkan Lian yang aku pelajari hari ini adalah amat ringkas tetapi amat berkesan untuk menumpaskan pihak lawan.

Caranya ialah bilamana pihak lawan masuk hendak menyerang kita dari arah & sisi manapun maka kita akan menyambutnya dengan membuat 2 pukulan anggota tangan kanan dan kiri kita berturut turut & serentak terus ke anggota rusuk yang sama !








Sambil pada masa yang sama dengan kedudukan posisi badan kita di rendahkan maka kita akan melancarkankan serangan anggota kaki dengan meNEKAN ( cara TEKAN & HENTAM sebenarnya ialah 2 cara yang berbeza & mengdatangkan kesan yang berbeza! ) ke anggota sendi lutut pihak lawan yang berada di hadapan sambil dengan menggunakan anggota kaki yang sama, kita menCUCUK anggota sendi lutut pihak lawan yang satu lagi !



Hasilnya pihak lawan kita akan tidak stabil dan jatuh kerana anggota sendi lututnya sudah patah @ tergeliat !



Apa apa pun, latihan amali kena selalu diamalkan. Jika hanya tahu teori sahaja, maka jika keadaan mendesak maka ditakuti yang keluar hanyalah TEORI jugalah !

Selamat menuntut ilmu & beramal.

Wassalam..

Basteng

Sunday, July 17, 2011

Tendangan Sisi : Tendangan Bola terbalik ke arah sendi anggota lutut ( bahagian dalam )

Assalamualaikum w.b.t..

Sifu aku berkongsi tentang Arwah Acik Bakar pernah berkata iaitu jika kita mahu ke peringkat untuk membolehkan kita test@sudi orang@guru dari perguruan lain, maka seorang pengamal Lian hendaklah memahirkan kesemua sekali sebelas jurus Lian dengan menjadikannnya sebagai SATU !

Maksud tersirat di sini ialah untuk kita memahami segala pergerakkan Lian iaitu dari jurus Lian 1 sehingga jurus Lian 11 menjadi seperti 1 pergerakkan maka pemahaman akan pergerakkan anggota badan kita iaitu dari hujung kaki sehingga ke hujung anggota rambut adalah mesti dikuasai !

Cara untuk memperolehinya ialah kita mesti dengan berusaha keras ( tak jemu jemu membuat latihan ) menuntut ilmu dan mendapat bimbingan dan tunjuk ajar yang betul dari guru .

Aku suka berkongsi ilmu tentang satu teknik tendangan yang aku namakan sebagai Tendangan Sisi.



Cara Tendangan Sisi dilakukan ialah bilamana pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan ( anggota kaki kanan di dalam kedudukkan posisi hadapan ), maka kita akan menyambutnya dengan pukulan sisi menggunakan anggota kaki kiri kita dibuat iaitu dengan menggunakan bahagian hujung kaki kiri hadapan dilakukan seperti cara kita membuat tendangan bola terbalik !

Sasaran tendangan sisi ialah di bahagian sendi dalam anggota lutut kanan pihak lawan, sambil dengan menggunakan anggota kaki kiri kita yang melakukan sepakkan sisi tersebut maka henjangan yang kuat boleh dibuat terus ke anggota sendi lutut kaki kanan pihak lawan atau pun ke arah sasaran anggota sendi lutut ( bahagian dalam )kaki kiri pihak lawan !

Objektif di sini ialah untuk tendangan sisi yang pertama kali dilancarkan ke arah anggota lutut pihak lawan tersebut adalah untuk menyebabkan pihak lawan tidak stabil! Manakala, henjangan ke anggota sendi lutut ( bahagian dalam ) pihak lawan untuk melumpuhkan terus pihak lawan agar lawan kita terus tidak berpeluang untuk berlawan !

*Nota : Semalam tepat jam 12:00 tengah malam, aku & 4 orang Special Operation Force ( Team Jenayah Komersial ) telah menyerbu ke dalam satu rumah yang dipercayai suspek yang berlagak sebagai ajen pengasuh yang telah melarikan duit aku berada! Lokasi di sebuah rumah teres 2 tingkat di kawasan Kelana Jaya !

Yang aku boleh kongsi, itu antara pengalaman power yang aku tempohi coz cam dalam filem aksi ajaa.. :) Adengan tampar Mat Bangla & Pakistan pun ada...Mujurlah adengan menyeksa Minah Indon tiada kerana ketakutan diugut akan diangkut ke balai jika tidak melunaskan duit maka mereka pun masing masing top up untuk mencukupi duit RM 1500 !

Mesej yang jelas aku harap pendatang pendatang ini sudah dapat iaitu Malaysia adalah tempat mencari rezeki bukannya tempat untuk melakukan jenayah !

Aku memang salute Bro polis yang semuanya orang muda belaka yang penuh dedikasi menjalankan tugas . Tabik spring kepada mereka semua. Itulah anggota polis yang kita sanjungi & berdoa semoga mereka semua berjaya di dunia & akhirat !


Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Wednesday, July 13, 2011

Sendeng siku ke anggota sendi lutut

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah berpeluang mengadap sifu aku pagi tadi walaupun hari hujan !

Berpeluanglah mempelajari beberapa teknik baru Lian.

Teknik ini sememangnya berkesan dan praktikal di dalam street fighting dan faktor saiz pihak lawan bukan menjadi faktor penentu !

Aku maksudkan walaupun pihak lawan bersaiz besar & tinggi gila maka kita yang bersaiz kecil ini masih mampu berlawan face-to-face untuk menumpaskannya !

Teknik yang pertama ialah dengan kedudukan posisi anggota tubuh kita yang rendah maka dengan menggunakan kombinasi jurus 10 dan jurus 11 Lian iaitu kita akan menggunakan anggota siku kita untuk menghentak sendi anggota lutut pihak lawan !


Untuk photo di bawah, serangan siku hendaklah dilancarkan menggunakan anggota siku terus ke anggota sendi lutut pihak lawan !




Caranya ialah bilamana pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan, maka kita akan menyambutnya dengan kita terus turunkan anggota tubuh badan kita ke aras bawah sambil kita melangkah 1 tapak ke depan & kiri menggunakan anggota kaki kiri kita !

Sambil dengan posisi menyendeng, maka kita akan menyiku & menghentak anggota sendi lutut kanan pihak lawan dengan menggunakan anggota siku kiri kita sambil pada masa yang sama tangan kanan kita akan "menepuk" penyawa pihak lawan !

Akibatnya pihak lawan akan cedera parah kerana mengalami kecederaan di anggota sendi lutut kanan & anggota penyawanya !!!

Aku berpendapat teknik ini adalah antara teknik yang aku mesti mahir dan kuasai kerana dalam situasi street fighting yang sebenar, sebenarnya faktor sepantas mana kita mampu berfikir & mengambil tindakan akan menentukan samada kita boleh selamat atau sebaliknya !

Sementara aku suka berkongsi akan satu beladiri yang bernama sebagai Betakos !




Aku berpendapat semua bela diri adalah bagus. Cuma yang aku selalu ingatkan iaitu beladiri yang kita belajar dan amalkan mesti mampu dan membolehkan kita menggunakannya bilamana kita dalam keadaan terdesak !

Apalah gunanya kita belajar dan menuntut ilmu beladiri dari 10 guru yang handal handal tetapi bilamana kita hendak mengamalkannya, segala ilmu tersebut hilang dari minda ! Janji kita tahu dan ada ilmu tentang beberapa teknik beladiri yang mudah dan ringkas, tetapi berkesan dan kita boleh mengguna & mengamalkannya semasa saat kita memerlukannya!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Kisah Saudara Alihan Mat Som - Pengamal LIAN !

Assalamualaikum w.b.t..

Suka berkongsi akan satu kisah benar yang di lalui oleh Cifu aku.

Semasa Cifu aku masih dalam umur awal 20 an, dia telah berkelana ke negeri Pahang. Dikisahkan pada suatu hari ada seorang Hamba Allah yang bernama Alihan Mat Som ( aku rasa nama org tersebut seakan nama tersebut lah.. ).

Di ringkaskan cerita, Alihan Mat Som ini kurus sahaja orangnya. Membawa satu beg sandang yang diikat ke anggota bahunya . di beritakan di dalam beg sandang nya itu ada sejadah & kupiah !

Aku pun tak tahu apa puncanya, maka Cifu aku & 5 orang lagi kawan kawannya telah menyerang Alihan Mat Som !

Cifu aku pada masa tersebut telah pun menuntut & belajar Tomoi ! Sementara kawan kawan cifu aku semuanya handal handal belaka. Si A mempunyai Black Belt dalam Tae Kwan Do ! Si B handal giler dalam Silat Gayong. Si C power giler dalam Silat Lintau. Dengan erti kata lain, kesemua 6 orang dalam team Cifu aku itu handal handal & berisi belaka orang nya dalam seni bela diri.









Dalam pergaduhan tersebut, ke enam enam termasuklah Cifu aku telah dikalahkan oleh Alihan Mat Som !

Cifu aku sendiri tercedera & berdarah dimuka !!

Cuba bayangkan bagaimana 6 orang yang handal handal bersahaja sahaja dikalahkan oleh seorang Hamba Allah yang bernama Alihan Mat Som !





Selepas peristiwa tersebut berlalu & Cifu aku pun dah hampir sembuh maka Cifu aku pun pergi berjumpa balik dengan Alihan Mat Som. Tujuannya adalah untuk bertanya apakah jenis beladiri yang digunakan oleh Alihan Mat Som sampai ke semua 6 orang tumbang menyembah bumi.

Di khabarkan Alihan Mat Som hanya tersenyum & tidak berkongsi maklumat !

Selepas peristiwa Cifu & rakan rakannya tewas ditangan Alihan Mat Som, maka lebih menguatkan lagi azam dan nekad Cifu aku untuk menuntut ilmu bagi mencari Guru pertahanan diri yang handal.

Sampailah Cifu aku menuntut & berguru dengan arwah Acik Bakar.

Selepas Cifu aku sudah memahirkan diri dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ), dikhabarkan Cifu aku mencari balik Alihan Mat Som tersebut untuk "test" !

Alhamdulillah, dalam friendly fighting test itu, akhirnya barulah Cifu aku dapat menundukkan Alihan Mat Som !

Rupa rupanya, Alihan Mat Som ini adalah pengamal Lian juga tetapi dari cabang Lian Padukan. Untuk pengetahuan, Lian Padukan adalah ilmu pertahanan diri yang diajar kepada semua pengawal & askar peribadi Sultan Johor !













Itulah ringkasan kisah perjalanan Cifu aku yang penuh dengan 1001 kisah tempur dijalanan !



Di bawah adalah beberapa gerakkan dalam Street Fighting yang memang ada juga diajar dalam GPLY !



































Selamat menuntut ilmu & beramal.

Wassalam..

Basteng

Tuesday, July 12, 2011

Teknik " Lembang " & Angkat/Tarik/Tolak anggota lutut pihak lawan

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah hari ini aku sempat mengadap Cifu aku.

Lembang ialah satu teknik iaitu dengan menggunakan angota tangan maka dengan gerakkan menekan ke bawah maka serangan anggota tangan di lancarkan ke bahagian anggota leher/rusuk/ulu hati pihak lawan !

YouTube di bawah adalah beberapa gerakkan yang lebih kurang teknik yang aku maksudkan !













Suka berkongsi akan teknik kita melancarkan serangan tumbukkan padu ke arah anggota rusuk pihak lawan.

Point yang aku ingin tegaskan di sini ialah kepentingan menyerang anggota rusuk pihak lawan !

Pengamal Lian tidak tamak untuk menumbuk bahagian anggota muka pihak lawan ! Untuk mukadimmah, pengamal Lian mencari & target anggota rusuk pihak alwan lebih dahulu. Barulah disusuli dengan mencari target anggota seperti Ulu Hati & penyawa !

Anggota tapak kaki kita tetap sambil anggota tubuh kita bergayang ke kiri atau ke arah kanan dengan kedudukan yang rendah ( anggota lutut kita di turunkan separuh ! ) maka pukulan ke anggota rusuk kanan atau rusuk kiri dilancarkan !

Juga dalam posisi kedudukkan badan yang rendah & bergayang tersebut juga memungkinkan kita melancarkan serangan dengan menghidup dan menggunakan anggota kaki kita iaitu dengan membuat tendangan/henjangan ke anggota sendi lutut/penyawa pihak lawan !

Antara teknik jatuhan Lian yang sempat aku pelajari ialah bilamana kombinasi pukulan ke anggota rusuk oleh tangan kita di buat, maka disusuli dengan kita menyauk/angkat sendi anggota lutut pihak lawan dan seterusnya pula kita akan menarik & menolak anggota lutut pihak lawan yang telah diangkat tersebut !

Akibatnya pihak lawan kita tak mampu/berkesempatan lagi untuk melancarkan tidak balas!

Teknik gerakkan pukulan sebegini adalah seperti gerakkan di dalam video di bawah !






Aku suka kongsi akan 1 klip video berkenaan IP-Chun iaitu seorang pengamal Seni Beladiri Wing Chun !





Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Thursday, July 7, 2011

Sanget!

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah hari ini sempat mengadap Cifu aku.

Aku punya tujuan ialah jika tak banyak , dapat sedikit pun ilmu LIAN yang baru pun dah alhamdulillah. Di samping itu bolehlah lagi untuk memahami & menghayati segala pergerakkan yang telah dan sedang dipelajari.

Tepat sekali perumpamaan iaitu ilmu tanpa amal adalah seperti pokok yang tidak berbuah !!!

Kurang manafaatnya walaupun pokoknya berdaun lebat!

Suka berkongsi maklumat tentang di pergelangan tangan kita ada ruas sendi yang amat berkesan sebenarnya untuk digunakan dalam seni pertahanan diri Lian !



Aku maksudkan di sini, dengan menggunakan sendi di pergelangan tangan kita tersebut, maka membolehkan kita membuatkan lawan kita tidak stabil. Caranya ialah bilamana sendi bahagian anggota pergelangan tangan kita berSANGET@sentuh dengan sendi anggota pergelangan tangan pihak lawan, maka kita akan menekan dengan kuat ke bawah! Ini akan menyebabkan pihak lawan tidak stabil dan seterusnya akan membuka peluang kepada kita untuk melancarkan serangan berterusan sehingga lawan kita tidak berupaya bertindak lagi.

Teknik SANGET ini bagi aku adalah teknik yang tidak terfikir oleh akal tetapi sebenarnya ia satu teknik yang berkesan di dalam seni LIAN untuk menumpaskan pihak lawan iaitu dengan membuatkan pihak lawan tidak stabil!

Aku ulangi, point penting di sini ialah untuk membuatkan lawan kita TIDAK STABIL !

Photo di bawah ialah kedudukan tangan untuk teknik Belah Ombak !

Serangan Belah Ombak adalah disasarkan ke sendi anggota badan,penyawa, ulu hati, leher iaitu ditempat pernafasan !



Cifu aku mengulangi dan berkongsi tentang peri pentingnya memahami dan menguasai Jurus 1 Lian ! Dari Jurus 1 inilah akan menghasilkan gerakkan yang pelbagai yang sebenarnya teramatlah banyak teknik dan buah pukulannya !

Sebab itulah dikhabarkan jika seorang itu ingin menjadi kaki gaduh, maka berbekalkan jurus 1 lian dan hati yang kering , maka orang tersebut sudah boleh menjadi seorang fighter di jalanan !



Yang termampu aku kongsikan, kombinasi jurus 1 Lian ( anggota tangan & siku )+ jurus 6 Lian ( anggota kaki & lutut ) adalah kombinasi terbaik untuk menumpaskan pihak lawan ! Latihan dan amalan berterusan mesti dilakukan untuk menghidupkan semua anggota !



Pukulan jurus 2 melibatkan pergunaan anggota siku yang kita gunakan sebagai defence dan alat serangan. Aku memang suka jurus 2 ini ! Bersahaja tetapi teramatlah bahayanya !



Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Wednesday, July 6, 2011

Latihan pukulan "Orang Kayu "

Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulillah berkesempatan mengadap Cifu aku hari ini .

Cifu aku sempat berkongsi akan pengalaman kisah sejarah silam hidupnya yang bagi aku penuh dengan warna warni "street fighting " dan jika difilemkan untuk dijadikan sebuah filem, maka kisah filem tersebut boleh lawan filem K.L Gangster ! :)

Antaranya dia berkongsi bagaimana dengan tiba tiba ada orang masuk menyerang dengan melancarkan tumbukkan tangan kanan.



Cifu aku nampak bahagian anggota ketiak kanan lawannya terangkat sedikit masa lawan dia tengah melancarkan tumbukkan maka dengan pantas Cifu aku melancarkan serangan cucuk dengan menggunakan anggota ibu jari tangan kirinya terus ke bahagian bawah anggota ketiak kanan lawannya( kawasan sasaran ialah ke bahagian anggota sendi yang keras sedikit ! ).

Akibatnya pihak lawan akan mengerang kesakitan yang teramat sangat !

Cifu aku juga sempat memberi tunjuk ajar akan teknik pergunaan anggota lutut .

Dalam LIAN, anggota lutut boleh menjadi alat untuk menyerang disamping sebagai defence.



Bilamana anggota lutut bertindak sebagai alat defence maka ketingian paras anggota lutut yang ideal adalah separas iaitu hujung anggota lutut kita yang tajam itu boleh mengenai tempat ke bahagian sendi ( kawasan lembut ) anggota kaki, betis dan peha pihak lawan !



Juga teknik anggota lutut amat berkesan jika kita menggunakannya untuk menyerang anggota sendi lutut dan juga anggota perut/penyawa pihak lawan !



Alhamdulillah Cifu aku juga sempat memberi tunjuk ajar kepada aku tentang teknik pukulan menggunakan Wooden Dummy@Orang Kayu iaitu aku namakan sebagai teknik pukulan "Orang Kayu 5" dan teknik pukulan "Orang Kayu 7 "!

Teknik pukulan " Orang Kayu 5 " adalah berkisar dengan pergunaan kedua anggota tangan. Manakala, teknik pukulan "Orang Kayu 7 " adalah kombinasi teknik pukulan " Orang Kayu 5 " dengan teknik serangan tambahan iaitu dengan menggunakan anggota lutut kanan dan kiri kita terus ke sendi anggota lutut pihak lawan!

Sementara aku suka berkongsi maklumat tentang beberapa teknik menggunakan Wooden Dummy yang boleh di gunakan di dalam keadaan sebenar !

http://kifightingconcepts.com/IKF_6-2005.htm


Cifu aku juga sempat berkongsi akan keberkesanan akan pergunaan Ibu Tangan dalam membuat pukulan tepat ke bahagian anggota muka pihak alwan.



Caranya dengan membuat pukulan Ibu Tangan terus ke bahagian anggota bawah hidung pihak lawan ke atas !



Akibatnya lawan kita akan terkoyak bahagian bawah anggota hidung sehingga juga memberi kesan ke bahagian anggota mulutnya kerena bahagian dalam anggota lelangit atas juga akan koyak ! Maka, pihak alwan akan merana kerana termatlah susah untuk makan/minum !

* Nota : Semalam aku sempat menonton filem K.L gangster arahan Shamsul Yusof. Bagi aku aksi pergaduhan aku boleh bagi markah 80 % ! Power juga lah iaitu aksi pergaduhan ada ala ala filem Ombak !

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Sunday, July 3, 2011

tumbukkan rusuk

Assalamualaikum w.b.t...

Pihak lawan masuk menyerang dengan menumbuk atau buat tikaman dengan anggota tangan kanan, maka kita akan menyambutnya dengan sambil anggota badan kita bergayang maka kita mengepit anggota tangan kanan lawan kita iaitu dibahagian atas sedikit daripada anggota siku dibawah ketiak anggota tangan kiri kita !

Sambil anggota siku kiri kita akan menCIUM anggota rusuk bahagian kanan lawan kita sambil dengan mengerakkan 1 langkah kebelakanag anggota kaki kanan kita & seterusnya hentaman/cucukan dibuat dengan menggunakan anggota kaki kiri kita terus ke anggota sendi lutut kiri lawan kita !

Gerakkan teknik lian di atas adalah seperti gerakkan dalam seni silat !

Dalam posting aku yang terdahulu, aku pernah berkongsi berkenaan seorang pengamal LIAN tidak tamak dalam mebuat serangan pukulan. Antara target utama seorang pengamal LIAN contohnya Cifu aku, dia amat gemar bilamana pihak lawan masuk menyerang dengan menggunakan sisi kanan, maka kita akan menyambutnya dengan menggunakan sama ada anggota tangan kanan atau kiri, maka sambil bergayang ( gayang ini gerakkan seperti tubuh seekor ular tedong sela ) maka tumbukkan padat dan padu dituju ke anggota rusuk kanan pihak lawan !




Seterusnya serangan anggota kaki/lutut ( serangan paras bawah ) dan anggota tangan / siku ( serangan paras atas ) akan serentak dilancarkan ke arah pihak lawan sehinggalah lawan kita terus lumpuh dan tidak berdaya untuk bergerak kerana anggota sendi badan mereka sudah patah/tergeliat !

Kesannya jika tepat tumbukkan kita tersebut ke arah anggota rusuk kanan lawan kita akan mengakibatkan lawan kita yang tidak kira saiz akan mengalami kesakitan dan kecederaan yang parah !

Dalam GPLY, jurus 10 dan jurus 11 adalah teknik serangan paras rendah. Dengan anggota tubuh badan kita diturunkan dalam paras yang rendah, maka serangan dengan menggunakan anggota kaki & siku & lutut ( contohnya teknik Belah Ombak )boleh dilancarkan dengan menggunakan anggota siku ke anggota peha/kaki/penyawa pihak lawan !

Aku kena mahirkan lagi teknik pukulan 3 ( 3 pukulan dilakukan di 3 tempat berlainan dalam 1 gerak serangan ! ) dan juga teknik tendangan kaki LIAN iaitu dengan menggunakan bahagian:
1. Tepi kaki iaitu seperti teknik sepak bola
2. Anggota tumit kaki
3. Tapak kaki hadapan yang di bawah jari kaki

*Nota : untuk pengajaran, jika hati kita berdebar debar senmacam sahaja, maka itu sebenarnya sebagai satu petanda/alamat iaitu sesuatu yang tak baik mungkin berlaku. Jadi sepatutnya kita bykkan zikir & cuba tangguh/batalkan apa apa hasrat yang ingin dibuat !

Aku berkongsi pengalan ini kerana hati aku sedah berdebar semacam aja semenjak petang jumaat. Tup tup petang hari sabtu dalam proses untuk mengambil orang gaji baru ( indonesia lorr ) maka aku telah ditipu oleh 1 org ejen dengan seorang bibiknya sebanyak RM 1500.00 !

Utuk rekod, nombor HP yang diguna ialah :
1. ( 016 ) 927-0921 [ Ajen yang menamakan dirinya sebagai Lisa]
2. ( 017 )393-9980 [ Bibik yang menamakan dirinya sebagai Anna ]

Nombor ajen Lisa tu aku agak sudah tak boleh dihubungi. Tetapi HP # Bibik Anna ini masih aktif & untuk makluman dia sempat ber sms dengan aku & dengan angkuh dia mencabar aku untuk mencari dia ! :)

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng