Saturday, April 30, 2011

Kelas Karate

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, hari ini ( Sabtu [ 30 April 2011 ] ) adalah latihan kelas karate pertama yang di hadiri oleh anak perempuan aku di sekolahnya.



Seramai 6 pelajar yang berdaftar tetapi untuk kelas hari ini seramai 4 orang pelajar yang datang.

Tenaga pengajar ada 3 orang iaitu seorang lelaki dan dua perempuan.



Aku tertarik dengan tenaga pengajar kelas karate yang semuanya berbadan tegap, berterampilan dan berkeyakinan diri!



Kebiasaanya insyallah bilamana kita mempunyai serba sedikit asas dalam seni beladiri, maka secara tidak langsung keyakinan diri kita adalah lebih bermotivasi & tinggi.

Tahap disiplin , ketahanan fizikal & mental sudah semetinya akan diajar dan diterapkan kepada palajar kelas karate tersebut.

Walaupun jumlah bilangan pelajar adalah kecil sahaja tetapi aku berpendapat untuk permulaan untuk proses bertapak di peringkat sekolah maka kuantiti bukan lah sepatutnya menjadi asas kayu pengukur!

Objektif di sini ialah untuk memberi peluang kepada pelajar yang berminat dalam seni pertahanan diri tentang pentingnya mempelajari asas seni mempertahan diri secara formal.

Ikutkan aku sudah semestinya aku suka jikalau anak aku belajar dan menuntut ilmu pertahanan diri LIAN! Tetapi apatah daya, mungkin faktor psikologi, dia lebih berminat untuk menuntut dengan orang luar.



Aku tidak membangkang kerana bagi aku macam mana proses dia ingin belajar & menuntut ilmu adalah terserah kepada dia. Sudah seribu rahmat dan aku bersyukur kerana dia berminat dan secara sukarela untuk menyertai kelas pertahanan diri Karate di sekolahnya!

You can do it...Tini !!

Apa jua ilmu seni pertahanan diri yang dipelajari mestilah difahami dan segala jurus atau teknik pukulan atau tendangan anggota tangan atau kaki hendaklah boleh diterapkan semasa street fighting !

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Wednesday, April 27, 2011

Kisah Sejarah : Sumayah

Assalamualaikum w.b.t...

Suka aku nak berkongsi perihal seorang wanita solehah di zaman Rasulullah yang mati mempertahankan IMAN nya !

Dimana dia telah mati dengan di bunuh secara kejam iaitu dengan cara dia disula dari kemaluannya hingga tembus ke otak dengan tombak!











Al-Fatihah !

Semangat perjuangan kental Sumayah yang sanggup berkorban sehingga ke titisan darah terakhir inilah yang aku ingin ambil ikhtibar !

Walaupun jasadnya tersiksa tetapi semangat jihadnya untuk mempertahankan IMAN nya adalah perlu kita contohi !

Aku berpendapat adalah WAJIB untuk setiap individu mempertahankan IMAN & Nyawa masing masing. Justeru itu jika kita terpaksa bertempur & mempertaruhkan nyawa kita, maka kita kena menghadapinya !

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng
Skype : basteng04

Sunday, April 24, 2011

Teknik tendangan KAKI

Assalamualaikum w.b.t..

Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ), seorang pengamal LIAN berpegang kepada konsep keseimbangan.

Keseimbangan disini membawa maksud, seorang pengamal LIAN akan mencari jalan untuk memasti dan menyebabkan pihak lawan berada dalam keadaan yang tidak seimbang/stabil iaitu dengan cara memukul/menendang/mengalih/mencuit/menarik/mengangkat/menolak anggota sendi badan ( kaki/tangan & etc ) pihak lawan !

Antara teknik yang berkesan untuk street fighting ialah kombinasi serangan tangan & kaki serentak yang dilancarkan ke pihak lawan.



Caranya ialah bilamana pihak lawan masuk dari sisi kanan, sebelum kaki kanan pihak lawan bertapak dan memijak 100% kebumi, maka kita akan melancarkan serangan kaki kanan kita iaitu seperti sepakan bola ke anggota sendi kaki kanan pihak lawan.

Sementara tangan kanan kita akan melancarkan tunbukkan ke sendi anggota bahu kanan pihak lawan!

Di bawah ini adalah beberapa teknik gerakkan kaki yang ada di dalam GPLY.

Walaupun photo ini daripada seni Wing Chun, tetapi tekniknya adalah lebih kurang sama.


http://www.realkungfu.info/shaolin-kung-fu/technique-demo/
















Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng
Skype : basteng04

Thursday, April 21, 2011

Karate-Do

Assalamualaikum w.b.t..

Petang semalam, anak aku berkongsi tentang hasratnya untuk menyertai kelas Karate-Do yang akan di adakan di sekolahnya pada setiap hari ahad ( 11:00 a.m - 12:30 pm ).

Aku tidak mempunyai apa apa bantahan kerana aku berpendapat apa pun jenis ilmu pertahanan diri adalah bagus kerana setiap bela diri menerapkan disiplin diri, ketahanan fizikal & mental, sihat tubuh badan & etc.

Sayugia, aku berdoa semoga anak perempuan aku ini akan dapat menimba seberapa banyak ilmu dalam seni pertahanan diri Karate-Do.

You Can Do It, Tini !

Boleh ker jadi seperti kakak di bawah !





Sementara itu aku berkeempatan juga aku mencari beberapa maklumat tentang seni pertahanan diri Karate-Do ini dan menemui satu blog yang mengupas tentang Karate-Do !


http://andrebertel.blogspot.com/2011_04_01_archive.html










Antara kenyataan yang menarik perhatian aku ialah seperti di bawah :

"One word which comes to mind about Karate-Do is HARMONY. Karate as an activity is all about the harmony of physical movement, breathing and self-control of the mind. These elements can be used for the bettering of the individual, both physically and mentally, whilst perfecting a powerful martial art of self-defense. So I reply, to anyone who asks me “Why do you practice karate?” by politely asking “Why don’t you!?” "


Di bawah ini beberapa gerakkan Karate-Do daripada salah seorang bekas Juara Dunia Karate-Do wanita!











Untuk pengetahuan, dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) yang aku pelajari ini pun sebenarnya ada juga beberapa teknik pukulan dari Karate-Do.

Antaranya seperti teknik Tanpar Beruang di mana kita membuat pukulan ke bawah !

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Wednesday, April 20, 2011

Teknik Latihan Keseimbangan GPLY - Teknik berdiri Burung Jenjang !

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, pagi tadi Cifu aku sudi berkongsi berkenaan 1 teknik latihan keseimbangan.

Caranya ialah aku seperti kedudukkan photo burung Jenjang di bawah !

Dengan mengangkat 1 kaki iaitu dengan menemukan tapak kaki ( blocking area ) yang diangkat tersebut ke anggota sendi lutut ( bahagian pelapik dalam ) kaki yang satu lagi yang berfungsi sebagai Tiang Seri !




Kedua dua anggota tangan pula hendak berada di dalam posisi yang lurus. Manakala anggota badan hendaklah dalam kedudukan yang tegak.

Cubalah bertahan dalam masa 5, 10 , 15. 30 minit atau 1 jam lamanya!

Kemudian gantikan kaki yang menjadi tiang seri ke anggota kaki yang satu lagi.

Teknik latihan keseimbangan iaitu dengan berdiri 1 kaki adalah amat diutamakan oleh arwah Acik Bakar ( Cifu aku punya Guru ! ).

Berdasarkan cerita dari Cifu aku, kesemua anggota kumpulan GPLY yang seraqmai 13 orang yang menuntut dengan arwah Acik Bakar di daerah Pekan dalam tahun 1980 an dapat memahirkan diri dalam latihan keseimbangan tersebut.

Insyallah, aku kena amalkan latihan keseimbangan style burung Jenjang ini !

Sempat juga Cifu aku memberi tunjuk ajar akan beberapa teknik tumbukkan dalam GPLY.

Antaranya ialah bilamana pihak lawan masuk menyerang dengan melancarkan pukulan tangan kiri, maka kita akan menyambutnya dengan masuk dalam, kita akan mengelak tumbukan tersebut seperti photo di bawah.





Manakala, anggota tangan kanan kita terus melancarkan tumbukkan ke anggota rusuk sebelah kiri pihak lawan sambil tangan kanan kita ( mengunakan otot dari anggota tapak tangan ke anggota siku ), bersedia jika dikhuatiri elakkan kita tidak berjaya menepis serangan pukulan lawan kita !


Sebenarnya dalam Internet, banyak kedapatan maklumat tentang teknik bela diri terutama di dalam YoutUbe.

Antara yang bagus adalah demo yang di ajar oleh cifu Master Wong !





Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng
Skype : basteng04

Tuesday, April 19, 2011

Teknik Tanpar Beruang

Assalamualaikum w.b.t...

Arwah Acik Bakar ( Cifu aku punya Cifu ) bila membuat tumbukkan adalah seperti photo di bawah.

Dia akan mengungkit/mengangkat buku limanya agar tepat mengenai anggota tubuh pihak lawan!




Suka berkongsi 1 teknik yang dinamakan Teknik Tanpar Beruang.

Teknik ini sesuai digunakan bilamana ketinggian lawan kita adalah lebih kurang kita saiznya.

Teknik Tanpar Beruang ini caranya bilamana pihak lawan melancarkan serangan tumbukkan anggota tangan kanan , maka kita akan menyambutnya dengan menggunakan anggota tangan kiri kita seperti teknik tumbukkan ke bawah dilakukan dengan cepat. Ini membolehkan kita akan memintas tumbukkan yang telah dilancarkan oleh anggota tangan kanan pihak lawan kita tersebut !



Bagi pihak lawan yang bersaiz tinggi, teknik Tunjuk Langgit adalah lebih sesuai dan praktikal untuk di amalkan.

Teknik Dayung Perahu dan Kelik Sampan adalah beberapa teknik lain yang mesti di kuasai & dimahiri.

Teknik Dayung Perahu ialah kita bergerak dengan melangkah ke belakang beberapa tapak!

Manakala untuk teknik Kelik Sampan, tapak kaki kita adalah tetap tetapi yang bergerak adalah gayangan anggota tubuh badan kita iaitu seperti gerakkan seekor ular!

Di bawah ini adalah beberapa teknik tendangan yang digemari oleh Cifu aku.

Teknik tendangan tersebut adalah amat sesuai untuk street fighting !

Tendangan adalah dihala ke bahagian anggota sendi pergelangan kaki, lutut, penyawa dan juga anggota rusuk!

Jika tendangan sebegini dilancarkan dan terkena pada anggota rusuk, maka alamatnya remuk atau patahlah anggota rusuk lawan kita itu!








Insyallah bilamana kita berjaya memahirkan diri didalam melancarkan teknik tendangan seperti di atas, maka insyallah jika musuh bersaiz apa pun, insyallah kita akan berjaya menumbangkannya....

Satu tips di sini alah kita hendaklah cuba untuk menghidupkan semua anggota kita bilamana di dalam street fighting! Anggota kaki, lutut, siku & tangan semuanya bergerak serentak!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Monday, April 18, 2011

Gerakkan Tapak Lian - Jurus 1

Assalamualaikum w.b.t...

Pagi ini aku berkesempatan menziarahi Cifu aku dirumahnya.

Untuk makluman, sekarang ini rumah Cifu aku sedang dalam proses pembesaran rumahnya iaitu untuk menambah 1 tingkat untuk dijadikan tempat menyidai pakaian iaitu di kawasan letak kereta.

Alhamdulillah dalam aku ziarah, berkesempatan untuk aku memperbaiki gerakkan tapak kaki!

Rupa rupanya selama ini gerakkan tapak kaki aku adalah kurang betul caranya!

Sebab itu lah bila aku berpusing, aku dapat merasakan seperti ada yang tidak kena & betul kerana bilamana aku berpusing maka langkah aku seperti mati! Ini boleh mengakibatkan aku tidak dapat melancar atau mengelak serangan !






Sila menonton YouTube di atas untuk melihat gerak tapak yang betul !

Bila aku berdiri lurus seperti nak mengangkat takbir dalam solat, maka bilamana aku melangkah masuk 1 tapak ke hadapan maka lakahan yang sebetulnya ialah dalam bentuk huruf L !

Sekarang ini kaki belakang adalah berfungsi dan bertindak sebagai Tiang Seri manakala kaki hadapan adalah ringan dan hidup samada untuk diangkat/ditendang!


Dalam Muay Thai/Tomoi, kaki hadapan selalu diangkat iaitu dengan mengangkat anggota lutut kaki yang berada di hadapan separas dengan pusat.

Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) yang aku pelajari, tekniknya adalah lebih kurang sama seperti teknik angkat anggota lutut Muay Thai tersebut tetapi yang membezakannya adalah seorang pengamal LIAN tidak menunjukkan anggota kaki hadapannya sebenarnya adalah hidup!

Rahsia besar seorang pengamal LIAN juga adalah berkait dengan hidup gerakkan tapak kakinya!

Seorang pengamal LIAN tidak hairan dan peduli dengan kepantasan anggota tangan pihak lawannya.

Pada masa yang sama, seorang pengamal lian cuba memerhatikan gerakkan tapak pihak lawan. Itu salah satu teknik yang dipakai didalam street fighting.

Selamat menuntut ilmu & beramal.

Wassalam...

Basteng

Sunday, April 17, 2011

Jurus 1

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah anak Cifu aku telah dibenarkan keluar dari wad pagi ini. Insyallah, adik Atiyah akan berehat selama 1 bulan. Doakan agar ALLAH s.w.t mudahkan segala urusan dan moga adik Atiyah cepah sembuh..amin..





Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ), jika Jurus 1 dapat dimahiri maka sebenarnya orang itu sudah boleh menjadi seorang street fighter !

Seperti YouTube di atas, jurus 1 adalah kombinasi tumbukkan anggota tangan dengan gerakkan anggota badan !

Jika kita melangkah dengan anggota kaki kanan selangkah kehadapan, maka tumbukkan anggota tangan kanan juga akan dilancarkan!

Konsepnya di sini ialah, anggota tangan kita yang paling dekat dengan anggota tubuh pihak lawan akan digunakan untuk melancarkan serangan !

Apa apa pun, kita hendaklah faham akan apa sebenarnya yang terkandung di dalam gerakkan yang kita lakukan di dalam Jurus 1 tersebut.

Tolong amati dan perhatikan gerakkan dan teknik Jurus 1 GPLY! Bukan sahaja pukulan serangan tumbukkan dilancarkan, tetapi juga gerakkan seperti divert tenaga pihak lawan ke arah lain juga dilaksanakan.

Memahirkan jurus 1 ini memerlukan kesabaran kerana jika kita mengamalkannya dengan gerakkan yang perlahan maka sebenarnya ia adalah seperti gerakkan Tai-Chi !

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Thursday, April 14, 2011

Kisah benar - Adik Atiyah

Assalamualaikum w.b.t..

Semalam aku berkesempatan menziarahi anak Cifu aku (adik Atiyah ) yang dimasukkkan ke wad di Hospital Columbia di Puchong.



Adik Atiyah berusia 14 tahun telah mengalamai sakit perut yang teramat sangat pada hari sabtu lepas.

Keadaannya semakin parah dan pada hari isnin baru doktor dapat mengenal pasti punca penyakitnya adalah disebabkan apendiks !

Sebenarnya keadaan adik Atiyah adalah sungguh serious kerana apendiksnya sudah pun bocor! Jika pembedahan lambat maka dikhuatiri keadaanya akan menjadi lebih merbahaya dan boleh mengancam nyawa



Alhamdulillah, sekarang ini keadaan adik Atiyah semakin stabil tetapi dia masih dalam keadaan lemah kerana selepas pembedahan hari isnin malam, selasa pagi, dia masih belum lagi menjamah makanan !

Doakan moga adik Atiyah selamat...

Seperti yang aku kongsi sebelum ini, as-sebab aku belajar Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) kerana aku ada musuh iaitu jiran sebelah rumah aku yang psiko & jahat!



Alhamdulillah, aku bersyukur kerana setakat ini masaalah jiran yang jahat itu telah berjaya aku harungi & hadapi.

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Tuesday, April 12, 2011

Survival...

Assalamualaikum w.b.t...

Kita mesti selalu beringat dan berwaspada terutama sekali semasa kita berada di luar iaitu di jalanan.

Aku boleh jamin bahawa peluang kita adalah 50-50 bila kita berada di jalanan.
Oleh itu, dalam situasi keadaan hidup dan mati, kita mestilah bersiap siaga dengan menggunakan segala apa yang ada di tubuh badan atau persekitaran kita untuk dijadikan senjata bagi mempertahankan diri kita.

Antara alat yang boleh digunakan adalah :

1. Briefcase ( beg James Bond ! ). Kita boleh gunakan sebagai penahan & juga sebagai alat untuk melumpuhkan pihak lawan!
2. Anak kunci rumah/kereta. Pukulan/cucukkan menggunakan anak kunci dilakukan ke bahagian anggota mata/leher/ulu hati/rusuk pihak lawan!



3. Payung. Teknik yang betul adalahlah dengan cara kita menyucuk payung tersebut ke anggota mata/tulang rusuk/penyawa/ulu hati/sendi lutut pihak lawan!



4. Stering lock kereta
5. Pen . Cara gunanya dengan menyucuk !
6. Handphone



7. Tabung tong gas di dalam kereta
8. Air liur dengan cara meludah ke muka pihak lawan. Ini untuk memberi kita masa & ruang untuk kita memukul ke anggota penyawa lawan kita!
9. Pasir iaitu dengan cara kita melempar ke dalam anggota mata pihak lawan.
10. Tali pinggang
11. Baju..
12. Tali leher/Skarf tudung kepala
13. Gigi dengan cara kita mengigit.
14. Segala 1001 benda lain yang ada di badan kita atau sekitar kita.




Persoalan pokok di sini ialah kita ( wanita, kanak kanak, Tua atau Muda ) berupaya untuk menyelamatkan diri masing masing jika nyawa terancam kerana as sebab ada makhluk yang bernama Syaitan berupa manusia.




Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

*Nota : Kita tidak kacau orang. Tetapi jika orang lain kacau / ganggu/ancam hidup kita & keluarga/kawan kawan/jiran kita, maka kewajipan kita untuk mempertahankan diri !

Basteng

Thursday, April 7, 2011

Gayang..pergerakkan seekor Ular ..Alaa ala Prince Naseem !

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah berkesempatan mendalami teknik tangkap & patah.

Teknik ini sangat berkesan jika lawan kita bersenjata pisau iaitu di dalam situasi pihak lawan melancarkan gerakkan tikaman, maka kita akan memerangkap lawan kita dengan gerakkan kilas & patahkan sendi anggota bahu/siku/tapak tangan !









Pergerakkan teknik tangkap, kilas dan patahkan sendi anggota tangan/siku/bahu pihak lawan adalah amat sesuai untuk dikuasai oleh anggota keselamatan ( polis @ askar ) yang bertugas untuk menangkap penjenayah!

Alhamdulillah aku dapat maklum balas dari Cifu aku bahawa Cifu aku berpendapat pergerakkan anggota tangan & siku aku sudah okay & mantap ! Alhamdulillah...

Tetapi untuk anggota kaki & lutut, aku masih kena melakukan banyak latihan lagi kerana ikutkan Cifu aku punya pemerhatian, pergerakkan anggota kaki & lutut aku masih kaku & keras/kurang hidup !!!

Justeru, tidak ada jalan pintas untuk memahir & menghidupkan anggota kaki & lutut aku, maka latihan yang berterusan hendaklah di amalkan dengan menggunakan Wooden Dummy atau dimana dan bila ada sahaja masa terluang!



Teknik Siku Kapak iaitu kita masuk secara sendeng dengan menghalakan anggota siku kita tepat ke bahagian anggota dada/ulu hati/kepala pihak lawan sambil dengan pergerakkan tapak kaki yang betul akan menyebabkan lawan kita tumbang !



Juga teknik pukulan Satu-Satu iaitu bila pihak lawan bergerak masuk maka kita terus melancarkan serangan tumbukkan yang padu ke anggota rusuk/ulu hati pihak lawan! Kita kena faham, segala pergerakkan adalah secara bersahaja dan tanpa kaku !






Pukulan dengan menggunakan anggota lutut adalah antara teknik yang digemari oleh Cifu aku.



Cifu aku berpendapat, dalam LIAN insyallah jika seorang pengamal LIAN berjaya memahir & menguasai ilmu gerakkan tapak anggota kaki ( lancarkan serangan tendangan /blocking kaki ) & anggota lutut, maka insyallah kita akan mudah mengatasi pihak lawan yang bersenjata apa pun!

Oleh itu, latihan untuk menghidupkan pergerakkan anggota tapak kaki & lutut mesti diamalkan jika mahu hidupkan anggota kaki & lutut!

Tadi aku juga sempat berlatih dengan cifu aku tentang gerakkan Gayang!

Gayang ini adalah satu cara dimana pergerakkan anggota badan kita seperti pergerakkan seekor ular!

Walaupun anggota tapak kaki kita tetap tetapi dengan gerakkan gayang iaitu ala alaa peninju Prince Nasem mengelak tumbukkan dari lawannya maka insyallah segala serangan tersebut kita boleh atasi & elak!

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=ExxA7X4TR3Q

Lihat bagaimana Price Naseem gayangkan anggota tubuhnya dengan kombinasi tapak yang lincah!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng
Skype : basteng04

Tuesday, April 5, 2011

GPLY : 11 jurus, 11 anggota, 11 hari, 11 bulan, 11 tahun

Assalamualaikum w.b.t...

Ada 11 anggota yang digunakan di dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ).

1. 2 anggota kaki
2. 2 anggota lutut
3. 2 anggota siku
4. 2 anggota bahu
5. 2 anggota tangan
6. 1 anggota kepala

Aku lebih gemar menggunakan anggota kaki, lutut, siku & tangan!
Antara 4 anggota ini, kombinasi turun lutut, pukulan menggunakan siku & lutut serta menggunakan anggota kaki untuk menyerang sendi anggota lutut, tulang rusuk,peha/penyawa pihak lawan adalah antara jurus campur tempur yang aku suka!

Dalam permainan LIAN, teknik seperti Tumbuk, Tepis, Tolak, Tarik, Pijak, Kuis & Pukul adalah antara corak jurus yang boleh digunakan.



Contohnya, lawan kita adalah jauh sedikit dari radius kawasan yang boleh dicapai oleh anggota serangan kita. Maka, kita boleh TARIK musuh kita agar dekat dengan kita iaitu dengan cara kita menarik anggota tangan, kaki, bahu, rambut, kolar baju/seluar atau janggut lawan kita!





Aku berpendapat kombinasi teknik pukulan Muay Thai yang diguna pakai oleh Tony Jaa dalam filem Ombak dengan teknik pukulan Wing Chun yang di guna pakai oleh Donny Yan di dalam filem IP Man adalah antara teknik buah pukul terbaik !



Sebenarnya di dalam GPLY sememangnya mengandungi gerakkan & pukulan daripada Muay Thai & Wing Chun. Manakala teknik tarik, kuis/tepis sambil menggunakan tenaga lawan untuk mengalahkan pihak lawan juga ada di dalam GPLY . Konsep menggunakan tenaga pihak lawan ada juga di dalam seni beladiri seperti Tai Chi & Akido !




Ada satu jurus tempur yang dinamakan Sapu Angin !

Jurus Sapu Angin ini sebenarnya adalah di gunakan bilamana lawan kita adalah lebih daripada seorang!

Katakan kita sedang bertempur dengan 3 orang pihak lawan yang ganas. Maka apa pun, kita tidak hanya boleh fokus kepada seorang pihak lawan sahaja kerana ada 2 lagi lawan kita yang boleh melancarkan serangan curi atau dari bahagian belakang kita!

Oleh itu, fokus untuk terus melumpuhkan lawan kita dengan 1 pukulan mesti di lancarkan. jika tidak sudah tentu kita akan menjadi mangsa!

Andaikan pihak lawan masuk dari sisi kanan, maka kita akan menyambutnya dengan pukulan tumbukkan tangan kiri yang padu & mantap dilancarkan terus ke anggota rusuk kanan pihak lawan. Sambil kita terus melangkah masuk sambil serangan ke anggota rusuk kiri pihak lawan pula dilancarkan oleh kita. Sambil kita mesti fokus kepada pihak lawan yang lain pula.



Teknik Sapu Angin ini terhasil kerana kita berjalan masuk secara pantas & bersahaja sahaja . Sambil pukulan tumbukan tangan yang padu di lancarkan ke anggota rusuk kanan & kiri lawan kita!

Pengamal LIAN tidak tamak untuk makan besar! Pengamal LIAN mencari anggota rusuk & juga bahagian anggota yang lembut seperti bahagian anggota di bawah ketiak semasa melancarkan pukulan!



InsyAllah tidak kira sama ada pihak lawan kita bersaiz besar atau kecil, jika kena teknik pukulan maka lawan kita yang bersaiz besar pun insyAllah akan tumbang!

GPLY mempunyai 11 jurus gerak tempur. Insyallah aku merancang untuk berkongsi akan setiap jurus yang ada di dalam GPLY.

Maklumat yang aku perolehi daripada Cifu aku, GPLY boleh dipelajari dalam

1. 11 hari
2. 11 bulan
3. 11 tahun

Aku pula baru belajar selama 3 tahun...maka ada 8 tahun lagi nak habiskan pelajaran nampaknya! :)

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng