Friday, August 26, 2011

Masuk Jurus 1, BUKA/KUAK anggota lutut & pukul penyawa

Assalamualaikum w.b.t...

Insyallah 2 hari lagi kita akan menyambut Syawal.



Aku mengambil kesempatan disini menghulur & menyusun 10 jari untuk memohon maaf jika ada kesalahan & kesilapan yang disengaja atau tidak disengajakan.

Insyallah pada pagi ini ( 28 August 2011 [ Ahad ] ) , selepas solat subuh, aku sekeluarga akan pulang ke Dungun, Terengganu untuk berhari raya.

Doakan agar segala perjalanan ke kampung dan kembali ke K.L adalah ALLAH s.w.t mudahkan.AMIN.

Suka berkongsi akan gerakkan masuk jurus 1 Lian iaitu sambil kita masuk mengadap pihak lawan face-to-face , maka sambil kita "buka"/"kuak"kan anggota peha/lutut pihak lawan dengan menggunakan anggota lutut kita, maka dengan serentak dan bersahaja sahaja maka pukulan/"tepukkan" ke anggota penyawa pihak lawan dilancarkan !

Contohnya bilamana pihak lawan masuk dari sisi kanan ( anggota kaki kanan pihak lawan berada di posisi hadapan ), maka kita akan masuk dengan anggota kaki kiri kita iaitu KUAKan/BUKAan/ dilancarkan dengan menggunakan anggota lutut kiri kita ke bahagian anggota sendi anggota lutut kanan pihak lawan sambil pada masa yang sama kita akan meNEPUK/meMUKUL/meNUMBUK anggota penyawa pihak lawan dengan nenggunakan anggota tangan kanan kita !

Sebenarnya masuk Jurus 1 ini adalah secara bersahaja sahaja iaitu tanpa disedari & tanpa boleh diagak oleh pihak lawan !

Teknik masuk jurus 1 sambil menGUAK/memBUKA anggota lutut pihak lawan sambil meNEPUK anggota penyawa pihak lawan adalah salah satu teknik RAHSIA dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ).

Untuk memahir dan menguasai teknik ini, latihan amali hendaklah sentiasa diamalkan !

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam...


Basteng

Saturday, August 20, 2011

Teknik menghadapi serangan senjata parang/pisau/pedang


Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah kita sudah memasuki fasa ke 3 di dalam bulan Ramadhan.
Dalam 10 malam terakhir ini, kita disuruh agar bersungguh sungguh dalam ibadat untuk mencari malam Lailatul Qadar iaitu amalan dalam malam itu adalah bersamaan dengam 1000 bulan iaitu 83 tahun !



Ini adalah satu antara nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH S.W.T khusus untuk umat nabi Muhammad s.a.w yang purata usia umat nabi Muhammad di dalam lingkungan usia umur 60 hingga 70 tahun !

Aku suka berkongsi iaitu dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) adalah kombinasi jurus pukulan dari beladiri silat, Muay Thai, Wing Chun, Aikido, Tai Chi, tinju, gusti & 1001 teknik pukulan dari berbagai beladiri lagi.

Jika kita terpaksa berdepan dengan pihak lawan yang bersenjata seperti parang, pedang atau pisau maka ilmu mengukur jarak mesti dikuasai jika kita mahu survive !



Contohnya jika pihak lawan melancarkan serangan tetakkan menggunakan senjata parang panjang dengan menggunakan anggota tangan kanannya, maka untuk mengelakkan libasan tetakkan senjata parang tersebut maka kita boleh mengambil tindakkan dengan melangkah sekurang kurangnya 2 langkah tapak ke belakang !



Ataupun jika kita berkeyakinan tinggi iaitu kita mampu menumpaskan pihak lawan walaupun lawan kita tersebut sedang melibas/menghayun senjata parang ke arah kita, maka dengan menggunakan teknik Siku Helang maka kita akan MASUK mengadap pihak lawan dengan cara kita melancarkan serangan pukulan Siku Helang anggota tangan kanan kita terus ke anggota yang berada di atas anggota ruas siku kanan pihak lawan !



Sambil pada masa yang sama, kita terus mematikan gerakkan lawan kita dengan cara kita meNEKAN/GUIS anggota sendi lutut kanan pihak lawan dengan menggunakan anggota lutut kanan kita!

Akibatnya lawan kita tanpa mengira saiz anggota badan sepatutnya akan tergeliat atau patah sendi anggota lututnya !

Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

Sunday, August 14, 2011

Salur Galur Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY )

Assalamualaikum w.b.t..

Mengikut sejarah, Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) berasal daripada negara China !
Oleh yang demikian, suka aku coretkan disini, kebanyakkan gerakkan & teknik dalam bela diri Wing Chun ada dalam GPLY !

Boleh layari YouTube di bawah untuk melihat beberapa contoh teknik asas dalam GPLY yang pernah aku pelajari daripada sifu aku.








Tambahan di sini ialah dalam GPLY diterapkan juga gerakkan buah pukulan dari bela diri seperti Muay Thai, Silat & Aikido ( tarik/tolak/tekan sendi.. ) & bermacam lagi !

Itulah sebabnya bilamana orang tanya samada aku belajar silat ker ! Maka aku hanya mampu tersenyum sahaja kerana aku berpendapat ilmu pertahanan diri GPLY yang aku belajar ini ada 1001 keunikkannya...


Aku memang meminati pelakon filem aksi yang bernama Stevan Seagal !

Bagi aku Stevan Seagal ini seorang ahli beladiri yang faham akan ilmu bela diri Aikido yang telah dipelajari olehnya.

Aku berazam untuk memahirkan diri dalam ilmu bela diri seperti Stevan Seagal !! Insyallah..







Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng


Teknik "brutal " LIAN !: Pukulan lutut ke belakang tubuh !

Assalamualaikum w.b.t...

Sepanjang bulan Ramadhan ini aku lepas gian dengan membuat latihan dengan menggunakan Wooden Dummy@Orang Kayu yang ada dalam bilik solat aku.

Membuat latihan tendangan, tumbukkan, turunkan lutut, pukulan siku ke Orang Kayu menjadikan aku lebih menghargai akan senjata yang ALLAH s.w.t sudah anugerahkan kepada kita iaitu senjata 11 anggota tubuh badan kita !

Terus terang aku cakap, bila membaca Harian Metro bermacam macam 1001 kisah kekejaman manusia yang dipaparkan menjadikan aku bertekad & berjanji ilmu pertahanan diri adalah antara salah satu cabang ilmu yang mesti dikuasai.

Selain seperti ilmu Tauhid/tasauf/usuluddin/fiqah/fardu Ain & etc antara cabang ilmu yang mesti dipelajari, aku berpendapat sepatutnya diperingkat pihak sekolah rendah & peringkat sekolah menengah , setiap pelajar mesti di ajar akan teknik asas ilmu pertahanan diri.




Dalam GPLY, antara teknik " brutal " yang aku sempat belajar ialah satu gerakkan dimana kita akan ber"selisih" sengan pihak lawan maka dengan pantas kita akan menarik kolar baju lawan kita sambil kita meNEKAN sendi lutut lawan kita dengan menggunakan anggota kaki kita ! Kemudian kita melancarkan serangan siku kapak ke bahagian anggota muka/dada pihak lawan !



Antara teknik " brutal " lain ialah bilamana kita berselisih antara anggota bahu kita dengan anggota bahu pihak lawan contohnya kita berselisih iaitu anggota bahu kanan kita dengan anggota bahu kanan pihak lawan, maka dengan gerakkan yang pantas kita terus meNANGKAP & mengCENGKAM anggota kepala pihak lawan ke belakang dengan menggunakan ke dua anggota tangan kita !





Sambil pada masa yang sama kita melancarkan serangan pukulan anggota lutut kita ke belakang anggota tubuh pihak lawan !

Selamat menuntut ilmu & beramal.

Wasalam..

Basteng

Wednesday, August 10, 2011

Hanya guna 1 anggota tangan

Assalamualaikum w.b.t...

Sepanjang bulan Ramadhan, aku kena pergi ke pejabat awal. Oleh yang sedemikian, aku tidaklah sempat untuk mengadap sifu aku seperti hari biasa.

Dalam Gerak Pukul Pian Yunan ( GPLY ), kita boleh hanya menggunakan satu tangan sahaja semasa bertempur !

Contohnya pihak lawan masuk menyerang dengan melancarkan tumbukkan anggota tangan kanan diikuti dengan tumbukkan anggota tangan kiri, maka kita akan menyambutnya hanya dengan menggunakan anggota tangan kanan kita sahaja ! Iaitu blocking/tepisan/serangan dibuat dengan hanya menggunakan anggota tangan kanan kita sahaja !

Mesej yang aku ingin kongsi disini ialah dengan hanya menggunakan satu anggota tangan sahaja pun sudah mencukupi untuk kita menghadapi pihak lawan !

Apatah lagi jika kita boleh menggunakan ke dua dua anggota tangan kita + ke dua dua anggota kaki + ke dua dua angota lutut + ke dua dua anggota siku + ke dua dua anggota bahu + 1 anggota kepala kita maka insyallah lagilah power !

Di bawah ini adalah contoh beberapa gerakkan seperti yang pernah aku pelajari dalam GPLY !Its cool !













Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

Friday, August 5, 2011

Tumbuk 2X ke anggota rusuk yang sama sambil tendangan bola & henjangan dilancar !

Assalamualaikum w.b.t...

Suka berkongsi akan satu teknik pukulan dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) yang aku namakan sebagai Tumbuk 2X ke anggota rusuk yang sama & tendangan BOLA di buat ke arah anggota kaki/lutut pihak lawan sambil henjangan di buat ke anggota penyawa @ sendi lutut pihak lawan !



Contohnya bilamana pihak lawan masuk menyerang dengan melancarkan tumbukkan dari sisi kanan ( anggota kaki kanan pihak lawan berada di depan ), maka kita akan menyambutnya dengan bergayang dengan merendahkan anggota lutut & badan kita sambil tumbukkan anggota tangan kanan kita diikuti dengan tumbukkan anggota tangan kiri kita dilancarkan ke anggota rusuk kanan pihak lawan yang sama !



Sambil pada masa kita melancarkan tumbukkan anggota tangan kanan & kiri ke anggota rusuk pihak lawan, anggota kaki kanan kita akan melancarkan teknik tendang bola ke anggota sendi lutut kanan pihak lawan ! Seterusnya diikuti dengan henjangan di buat ke anggota sendi lutut kiri pihak lawan dengan menggunakan anggota kaki kanan kita !

Akibatnya sepatutnya pihak lawan kita akan rebah terkulai bagaikan kerang busuk @ nangka buruk !



Aku suka berkongsi akan ilmu pertahanan diri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY- Lian Campur ) yang aku pelajari ini unik kerana banyak BUAH PUKULAN nya adalah ringkas tetapi berkesan.

Ringkas tetapi berkesan di sini kerana seorang pengamal lian tidak perlu khuatir jika terpaksa berdepan dengan pihak lawan yang bersaiz lagi besar kerana jika lawan kita bersaiz besar maka seorang pengamal lian akan menggunakan tenaga @ berat badan pihak lawan sendiri untuk mengatasi dirinya !

Juga pengamal lian telah di latih untuk mengenali & menyerang anggota sendi pihak lawan ! Juga seorang pengamal lian tidak tamak hanya bertumpu untuk memukul anggota muka sahaja tetapi pengamal lian gemar menyerang anggota rusuk pihak lawan ! Bagi patah anggota rusuk dahulu !

Insyallah kena caranya, maka seekor gajah yang dikenali sebagai seekor haiwan yang bersaiz besar pun sebenarnya kita boleh tundukkan iaitu dengan pukulan di sasar ke anggota sendi gajah tersebut !

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih !






* Nota : boleh dengar ceramah ugama yang di sampai oleh Ustaz Azhar Idrus dari Ganu kite! best & kelakor beb !!


Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Tuesday, August 2, 2011

Fadhilat Hauqalah "La Hawla Wala Quwwata Illa Billah"

Assalamualaikum w.b.t..

AMAL kan !

Terutama jika di bulan Ramadhan iaitu selepas berbuka puasa, badan & otak kita berasa terlampau lemah & letih, cuba ikhtiar dengan membaca & amalkan ayat di bawah !

Insyallah ALLAH s.w.t bagi CASH iaitu menjadikan kita bertenaga & segar !



=> Maksudnya tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT





Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)

Hadis ini adalah riwayat at-Tabarani dalam al-Awsath dan al-Hakim yang berbunyi: “Man Qala La Haula wala Quwwata Illa Billahi Kana dawa’an min tis’atin wa tis’iina da’in, aisaruha al-Hammu” dan maksudnya adalah seperti di atas.


Intipati hadis tersebut adalah umat Islam digalakkan untuk tabah dan berusaha merawat penyakit asalkan mengikut peraturan agama. Penyakit yang dimaksudkan itu ada terkandung dalam beberapa ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
Daripada Anas, bahawa Rasulullah SAW berdoa dengan doa: “Allahumma innii ‘auuzhu bika minal barashi wal junuuni wal-juzaami wa sayyi’il asqaam (yang bermaksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari penyakit sopak, gila, penyakit kusta dan penyakit-penyakit yang berat).” (Hadis Riwayat Abu Daud)


Begitu juga hadis riwayat Abu Daud menyebut bahawa Rasulullah SAW berdoa: “Allahuamma Inni a’uuzu bika minal hammi wal hazan, wa ‘auuzhubika minal ‘ajzhi wal kasal, wa’auuzhu bika minal Jubni wal-Bukhl, wa’uuzhubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal (yang bermaksud: “Ya Allah, saya berlindung kepada-Mu daripada penyakit gelisah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada pengecut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu daripada timbunan hutang dan penindasan orang.”
Apa yang penting pada hadis berkenaan ialah untuk menyatakan kelebihan dan manfaat besar kepada orang yang banyak menyebut ‘La Haula Wala Quwwata Illa Billah’. Maksudnya tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.


Ucapan itu dinamakan Hauqalah. Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai, banyakkan menyebut hauqalah. Imam a-Nawawi berkata: “La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga.


Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”


Begitu juga hadis daripada Abu Musa, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Mahukah aku tunjukkan salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga? Saya menjawab: “Mahu ya Rasulullah. Kemudian Baginda bersabda: La haula wala quwwata illa billah.”


Daripada Ibnu Mas’ud beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Wahai Muaz, adakah kamu tahu tafsir (maksud) La haula wala quwwata illa billah? Muaz menjawab: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Rasulullah SAW bersabda: La haula (tiada daya) dari menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan kekuatan Allah, wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Kemudian Rasulullah SAW menepuk bahu Muaz dan Baginda bersabda: “Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril daripada Tuhan.”


Sebenarnya apabila kita banyak menyebut Allah SWT atau berzikir mengingati-Nya sebanyak-banyaknya, ia mampu menjadi penyembuh, tetapi sekiranya kita banyak ingat kepada manusia ia boleh menjadi penyakit.

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng