Tuesday, April 30, 2013

*** Ini Kalilah !! ***

Salam... Selamat mengundi pada 5 May 2013 !! Alhamdulillah sifu aku sempat berkongsi satu buah pukul rahsia GPLY ! Di sebabkan buah itu diklarifikasi sebagai RAHSIA, maka tak dapatlah aku berkongsi dengan teman teman sekalian ! :) Ini teknik pukulan buah pukul yang akan diguna pakai sekiranya terpaksa bertempur di jalanan ! Sifu aku juga memberi tunjuk ajar bagaimana pukulan silang dilancarkan ke anggota sendi pihak lawan. Pukulan silang ini bermaksud jika kita membuat pukulan dengan melancarkan tumbukkan menggunakan anggota tangan kanan, maka pukulan disasarkan ke arah anggota sendi yang berada di bahagian tubuh di sebelah kanan pihak lawan ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Sunday, April 28, 2013

TAPAK...pukulan ke anggota sendi dibahagian lembut/rawan

Salam... Alhamdulillah berkesempatan mengadap sifu aku. Sifu aku menerang dengan lebih terperinci akan peri pentingnya berkenaan TAPAK ! Tapak di sini membawa maksud bagaimana teknik yang betul untuk seorang pengamal beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) menyusun langkah untuk bergerak bertujuan untuk mempertahankan diri/menyerang! Alhamdulillah baru aku lebih memahami dan menghargai peri pentingnya kedudukan posisi cara berdiri / bertapak yang betul untuk menghasilkan keseimbangan anggota tubuh badan kita ! Kata kunci di sini ialah keseimbangan ! Objecktif utama seorang pengamal beladiri GPLY ialah untuk menjadikan kedudukkan posisi anggota tubuh pihak lawan tidak seimbang ! Bilamana keseimbangan tubuh badan pihak lawan tidak stabil maka lebih mudahlah untuk kita melakukan serang balas terhadap pihak lawan ! Antara teknik asas untuk menjadikan kedudukkan anggota badan pihak lawan tidak stabil ialah dengan beberapa cara antaranya : (1) Kita menekan/menendang anggota sendi pihak lawan teruatama anggota sendi lutut & kaki ! (2) Kita menarik anggota sendi siku/bahu sambil seterusnya kita menolak anggota badan pihak lawan ! Yang aku perasan, teknik menarik & menolak anggota tangan/siku/bahu/lutut ini banyak kedapatan di dalam beladiri Aikido ! (3) Kita memijak anggota kaki pihak lawan sambil kita menolak anggota badan pihak lawan ! Semua teknik di atas adalah bertujuan untuk menyebabkan keseimbangan badan pihak lawan menjadi tidak stabil ! Sifu aku juga memberi penerangan & tunjuk ajar sekiranya kita terpaksa berhadapan dengan pihak lawan yang bersenjata seperti pisau/parang/kapak/pedang, maka (1) Seorang pengamal GPLY akan memukul terlebih dahulu sendi pergelangan anggota tangan/jari pihak lawan yang memegang senjata tersebut ! ( 2 ) Seterusnya di ikuti dengan pukulan ke anggota sendi lutut pihak lawan di bahagian rawan/lembut dilakukan ! ( 3 ) Disusuli dengan pukulan ke anggota sendi buku lali kaki di bahagian rawan/lembut dilancarkan ! Sebenarnya pukulan yang di sasarkan ke tiga bahagian anggota sendi di atas hendaklah dilancarkan secara serentak !!! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Tuesday, April 23, 2013

Mematikan langkah pihak lawan dengan teknik pijak anggota kaki & tolak anggota badan !

Salam... Alhamdulillah aku berkesempatan mengadap sifu aku & untuk sekian kali sifu aku menekan & menyarankan agar aku memahir & memantapkan lagi pergunaan anggota kaki ! Suka berkongsi dalam beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang aku sedang belajar ini, bilamana seorang pengamal beladiri GPLY berjaya menguasai teknik anggota kaki GPLY maka itu akan manaikkan tahap kualiti seorang pengamal GPLY tersebut. Antara beberapa teknik anggota kaki GPLY yang mudah tetapi sebenarnya amatlah berkesan ialah : 1. Kita memijak anggota kaki pihak lawan. Sifu aku memberi tunjuk ajar bagaimana teknik pijakkan yang betul iaitu tidak kisah samaada kaki hadapan pihak lawan adalah anggota kaki kanan ataupun anggpota kaki kiri, maka kita boleh menggunakan samada anggota kaki kanan atau anggota kaki kiri kita untuk memijak anggota kaki pihak lawan yang melangkah di depan ! Teknik pijakkan yang disyorkan ialah kita menggunakan bahagian tapak anggota kaki kita yang berlekuk disasarkan kebahagian anggota jari kaki pihak lawan yang melangkah di bahagian hadapan ! Bilamana pijakkan di lakukan maka dengan pantas pula kita akan terus menolak anggota tubuh pihak lawan ( ke bahagian anggota yang di atas sendi anggota siku pihak lawan ) dengan menggunakan anggota lengan/tangan/siku kita untuk check-mate @ mematikan terus langkah pihak lawan ! Percayalah kombinasi teknik pijakkan anggota kaki yang dilakukan terhadap anggota kaki hadapan pihak lawan + tolakkan menggunakan bahagian anggota tangan/lengan/siku kita ke anggota tubuh pihak lawan akan mengakibatkan pihak lawan langsung tidak mempunyai ruang & peluang untuk melakukan tindak balas . Ini disebabkan keseimbangan anggota tubuh pihak lawan sudah 100 % dikuasai oleh kita ! 2. Di samping teknik memijak anggota jari kaki hadapan pihak lawan, teknik yang berkesan ialah dengan menggunakan anggota buku lali kaki kita akan menhengtam/menghentak ke anggota sendi kaki pihak lawan yang melangkah di hadapan terlebih dahulu! Kemudian kita akan memijak anggota kaki pihak lawan yang berada di bahagian hadapan tersebut dengan menggunakan bahagian anggota kaki kita yang berlekuk sambil tolakkan dilakukan di bahagian anggota tubuh pihak lawan ! Dua teknik di atas dilancarkan bilamana jarak pertempuran adalah rapat. Tetapi sekiranya jarak pertempuran adalah jauh sedikit maka kita boleh menggunakan teknik anggota kaki untuk menyerang sendi anggota lutut pihak lawan pula . Sasaran utama kita ialah dengan menggunakan anggota tapak kaki kita yang belekuk ataupun bahagian tapak kaki hadapan kita akan menyerang ke anggota sendi lutut kaki kanan atau pun kiri pihak lawan ! Di bolehkan serangan dilakukan samada ke anggota kaki pihak lawan yang melangkah ke bahagian hadapan atau pun ke anggota kaki pihak lawan yang berada di belakang. Perlu diingatkan sasaran kita di sini ialah ke anggota sendi lutut pihak lawan ! Sebenarnya cara hentaman ke anggota sendi lutut pihak lawan ada beberapa teknik . Perlulah mengadap guru untuk mengetahui teknik yang sebenarnya ! Latihan untuk memantapkan teknik anggota kaki boleh di buat dengan menggunakan Wooden Dummy @ Orang Kayu ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Wednesday, April 17, 2013

titik lemah anggota badan

Assalamualaikum w.b.t.... Dalam beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ), sifu aku menitik beratkan agar aku memahami di mana titik titik lemah yang kedapatan di anggota tubuh seorang manusia . Antara titik titik lemah antaranya : 1. Di bahagian anggota yang berongga seperti anggota hidung. Ini bermakna walaupun seseorang itu mempunyai tubuh ynag berketul ketul & berotot sasa , tetapi contohnya jika pukulan dilakukan terhadap anggota hidung dengan menggunakan anggota Ibu Tangan ( tapak anggota tangan )dengan pukulan dibuat dari aras bawah ke arah atas ! Ini akan mengakibatkan kecederaan yang parah terhadap mangsa tersebut ! Silap haribulan koyakkan di anggota hidung akan berlaku yang akibatnya nak makan bubur nasi pun amatlah payah & menyakitkan ! 2. Di semua anggota sendi anggota badan . Antara anggota sendi yang ada ialah anggota sendi siku, lutut , jari tangan / kaki & etc . Seorang pengamal GPLY di ajar bagaimana pukulan tumbukkan/cucukkan adalah disasarkan ke anggota sendi tersebut. http://www.essenceofevolution.com/15history/sanda/sanda.htm Jika betul tekniknya, seekor gajah yang besar ataupun orang nigeria yang berotot pejal & sasa juga akan tumbang jua akibat penangan serangan yang dilakukan ke anggota sendi mereka ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

Thursday, April 4, 2013

IP Man - Wing Chun !!!

Salam.. Semalam aku sempat menonton filem IP Man - The Final Fight ! Yang aku mampu kongsi di sini ialah aku boleh bagi markah 4 / 10 sahaja coz hero dia bukkannya Donny Yan iaitu hero asal untuk IP Man 1 & 2 !!! Bagi aku tak berbaloi laa dengan bayar RM 9 untuk menonton filem tersebut ! Antara teknik Wing Chun yang aku tertarik ialah seperti gerakkan di bawah di mana walaupun dalam jarak tempur yang dekat tetapi masih membolehkan kita melancarkan serangan anggota kaki ke anggota dada/rusuk/muka puhak lawan ! Untuk makluman teknik pukulan seperti atas sebenarnya ada juga dalam bela diri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang aku belajar ini. Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng