Monday, December 27, 2010

Teknik Pukul Silang

Salam,

Alhamdulillah berkesempatan berguru dengan Cifu aku beberapa teknik baru seperti :

1. Teknik Pukul Silang. Teknik ini memerlukan jika pihak lawan melancarkan serangan menggunakan tangan kanan, maka kita akan menyambutnya dengan gerakkan dayung sampan iaitu melangkah 1 tapak kebelakang. Manakala, bahagian anggota lengan tangan kiri kita akan "check mate" pihak lawan. Seterusnya disusuli dengan serangan menggunakan anggota lutut dilancarkan ke pihak lawan.






2. Juga sempat mempelajari teknik pukulan buah 1 iaitu tumbukkan terus dilancarkan ke bahagian anggota muka pihak lawan sementara jika berkesempatan kita akan menarik bahagian leher baju/rambut/janggut pihak lawan sambil pukulan siku dibuat dengan menggunakan anggota tangan kita yang sebelum ini telah digunakan untuk menarik anggota pihak lawan tersebut!





3. Jurus 4 dikenali dengan permainan gerakkan yang keras. Jurus ini digemari oleh arwah Pak Ali iaitu salah seorang pelajar yang belajar Buah Pukul bersama dengan Cifu aku.



Antara teknik bahaya Jurus 4 ialah gerakkan Libasan Bidas Rotan iaitu dengan menggunakan anggota lengan kita akan melibas ke bahagian atas / bawah anggota pihak lawan iaitu biasanya akan mengenai bahagian anggota muka / rusuk pihak lawan!



4. Bagi melumpuhkan & mengatasi terus pihak lawan yang bersenjata seperti pisau/kerambit maka satu teknik lian yang seakan corak mainan tangan Aikido perlu dilancarkan.

Teknik ini memerlukan bilamana pihak lawan bersenjata seperti pisai/kerambit melancarkan serangan dengan menggunakan tangan kanan, maka kita akan menyambutnya dengan tangan kiri kita akan cuba menangkis serangan dengan tangkapan dibuat di pergelangan anggota tangan pihak lawan, manakala tangan kiri kita akan berada dibawah tangan kiri kita sambil tangan kanan kita tersebut melakukan serangan ke anggota leher/kerongkong alat pernafasan pihak lawan.



Tangan kiri kita akan mengangkat pergelangan bahu/siku pihak lawan sambil serangan kaki dilancarkan ke anggota belakang pelapik anggota lutut pihak lawan!

Akibatnya, pihak alwan akan lumpuh serta merta dan juga kita sepatutnya terselamat daripada ancaman serangan pisau/kerambit pihak lawan!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Wednesday, December 22, 2010

BUNGA Lian

Salam,

Dalam permainan LIAN sebenarnya mengandungi BUNGA juga. Bukan semuanya adalah BUAH!
Maksudnya disini ialah bukan semua permainan LIAN adalah BUAH Pukul.



Ia juga ada BUNGA yang sungguh lembut tetapi sangat berbahaya dikala didalam pertempuran jalanan!





Sekali imbas gerak bunga LIAN adalah seakan permainan "lembut' Tai Chi & Aikido!
BUNGA LIAN adalah permainan yang lembut bukannya seperti permainan jurus 4 iaitu permainan keras iaitu pihak lawan menumbuk kita maka kita menyambutnya dengan menumbuk pihak lawan kembali!





Aku sebenarnya suka akan main secara lembut ini kerana bilamana pihak lawan bermain secara keras manakala kita bermain secara lembut, kebiasaanya kaedah @ teknik lembut lebih berkesan untuk mengatasi teknik permainan keras!



Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Thursday, December 16, 2010

Jurus Gerak Pukul Lian Yunan

Salam,

Alhamdulillah berkesempatan mengambil video akan permainan jurus Gerak Pukul Lian Yunan yang didemo oleh Cifu aku.

http://www.youtube.com/watch?v=v8WR9pfc8mc

Sementara itu, suka berkongsi akan Jurus 10 ialah permainan LIAN gaya bawah. Ini bermakna bilamana seorang penuntut LIAN berdiri di dalam posisi jurus 10, maka pihak lawan dinasihatkan berhati hati & seeloknya menangguhkan dahulu niat untuk menyerang!

Permainan kedudukan badan jurus 10 adalah permainan pertengahan iaitu tidak terlampau rendah & juga tidak terlampau tinggi.



Jurus 10 ini amat mat berkesan di dalam "street fighter" untuk melumpuhkan pihak lawan!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Monday, December 13, 2010

Teknik Siku "Kapak" LIAN & Lutut LIAN

Salam,

Alhamdulillah berpeluang mendalami teknik yang dinamakan sebagai Siku Kapak.
Teknik ini memerlukan bilamana pihak masuk bergerak mara ke arah kita, maka kita akan menyambutnya dengan gerakkan seperti Jurus 1 tetapi kita menghalakan siku kita terus tepak ke anggota dada/ulu hati/muka pihak lawan.



Seterusnya disusuli dengan kita menarik bahagian anggota leher/rambut/hujung baju untuk dihadiahkan dengan pukulan serangan lutut pula!



Permainan anggota Lutut adalah satu teknik yang amat penting dan berkesan di dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ).





Objektif aku sekarang ini seboleh bolehnya untuk memahirkan lagi dalam teknik permainan siku & lutut !



Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

Sunday, December 12, 2010

Teknik Siku Terbalik

Salam,

Teknik Siku Terbalik ialah salah satu teknik yang amat berkesan kerana pihak lawan "tidak nampak" akan serangan yang kita lancarkan tersebut.




Masuk Serentak ialah satu teknik dimana anggota kaki & tangan & tubuh kita melangkah masuk dengan menyerang/block akan anggota lutut & tangan/tubuh pihak lawan!



1 konsep yang perlu diingati disini ialah bilamana permainan RASA akan dilancarkan maka kita perlu memerhatikan yang mana satukah kaki pihak lawan yang menjadi
Tiang Seri @ Konkrit!



Kebiasaanya kaki yang bertindak sebagai Tiang Konkrit@ Seri akan berada dibelakang. Oleh itu pukulan/hentakkan/tolakan tapak / ibu tangan kita hendaklah dilancarkan ke bahagian anggota bahu pihak lawan yang dimana kaki tersebut bertindak sebagai Tiang Konkrit berada!




Jika serangan ke sasaran anggota bahu pihak lawan tersebut terlepas maka serangan bahu kita ke arah leher/anngota dagu pihak lawan bolehlah dilancarkan dengan kita menarik anggota bahu pihak lawan tersebut sambil serangan anggota siku kita dilancarkan!



Jika kita tersisih, maka kita menyauk bahagian pinggang/peha pihak lawan untuk membuat pihak lawan tidak stabil!



Inti pati disini ikalah untuk membuat pihak lawan tidak stabil! Ini akan memberi ruang kepada kita untuk bertindak dengan melancarkan serangan yang bertalu talu.

*Nota : Inilah rahsia bagaimana seekor gajah boleh ditumbangkan iaitu dengan melancarkan serangan ke bahagian anggota sendi!



LIAN tidak tamak. permainan LIAN SOMBONG & penuh dengan TIPU DAYA & senantiasa mahu makan/mengena pihak lawan sementara diri nya pula tidak mahu kena!

Permainan jurus 4 adalah gaya permainan keras and jarak pendek! Ini memerlukan kita mengengam erat kedua dua penumbuk tangan kita.



Bayangkan sehelai daun tergantung di sebatang pokok, maka bila kita melancarkan serangan tumbukkan ke sehelai daun tersebut maka yang sepatutnya terjadi adalah angin tumbukkan kita tersebut yang mengenai daun tersebut!



Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Thursday, December 9, 2010

Teknik Sauk Kaki / Permainan Tapak & RASA

Salam,

Alhamdulillah hari ini berkesempatan mendalami teknik kaki.

Teknik ini dinamakan SAUK kaki.
Kaedahnya bilamana pihak lawan bergerak dengan melangkah, maka sebelum pihak lawan bertapak ke bumi secara penuh maka kita akan menyauk kaki depan yang melangkah tersebut.

Akibatnya pihak lawan akan tidak stabil dan biasanya pihak lawan akan terjatuh ! Maka serangan bertalu talu ke pihak lawan hendaklah dilakukan sehingga pihak alwan tidak bermaya untuk melawan lagi.

Juga Cifu aku sempat menegaskan akan peri pentingnya akan mainan TAPAK.



Tapak MASUK yang juga akan berfungsi untuk tapak SERANG atau PERTAHANAN!
Tips disini ialah kita jangan sekali kali memberi ruang kepada pihak lawan untuk "check mate" kan gerakkan kita!

Sebenarnya yang aku faham & perhati, gerakkan teknik menggunakan kaki iaitu pukulan menggunakan kaki kita dibuat ke sendi bahagian kaki atau lutut pihak lawan sebenarnya sangat berkesan dalam pertempuran sebenar !



Juga serangan dengan menggunakan kombinasi siku & lutut adalah amat penting di dalam "street fighter"/pertempuran jalanan .

Aku perhatikan bilamana Cifu aku melancarkan serangan tumbukkan, dia target ke bahagian sendi anggota pergelangan tangan, anggota sendi bahagian siku@ bahu! Juga pukulan serangan menggunakan kaki dilancarkan ke bahagian anggota sendi lutut/kaki pihak lawan!

Dalam teknik mainan tangan/kaki akan melibatkan konsep RASA ( sentuhan/bersangek!). Daripada konsep RASA inilah akan menghasilkan gerakkan seperti dibawah:

1. TEKAN
2. TOLAK
3. TARIK
4. SAUK
5. ANGKAT

Latihan RASA adalah peringkat yang tinggi didalam GPLY. Ini memerlukan 2 orang yang akan menyentuhkan bahagian anggota tangan masing masing ke anggota tangan pihak lawan. Bilamana sentuhan RASA berlaku, maka gerakkan seperti ke lima lima diatas boleh lah dilakukan!..

Jika kedua anggota mata kita ditutup sekali pun, maka dengan deria latihan RASA maka kita masih boleh bertempur untuk memenangi perlawanan!

Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

Sunday, December 5, 2010

Demo Orang Kayu

Salam,

Demo Orang kayu oleh Cifu aku.

http://www.youtube.com/watch?v=620R_Q1sXx4

http://www.youtube.com/watch?v=PPYgoxkNClg&feature=related

Selamat menyambut Maal Hijrah..

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Thursday, December 2, 2010

Teknik Senjata KAPAK

Salam,

Kapak adalah salah satu senjata yang amat berkesan di dalam LIAN.



Alhamdulillah, hari ini aku berpeluang belajar teknik yang betul bagaimana cara untuk mengguna senjata kapak.

Cara pegangan dibuat dengan memegang di bahagian kepala kapak. Ulu pemegang kapak akan diguna untuk menghentak/mencucuk pihak lawan. Manakala, bahagian kepala kapak akan diguna untuk menghentak pihak lawan.

Untuk makluman, KAPAK boleh makan senjata yang bersaiz panjang seperti pedang atau parang !

Ada satu teknik yang dinamakan Tumbuk Deras. Teknik Tumbuk Deras mempunyai beberapa cara seperti :

1. Tumbuk Deras Teknik 1. Tumbukkan akan dilancarkan ke rusuk pihak lawan. sementara tangan kita yang melancarkan tumbukkan tersebut akan diangkat terus keangkat untuk mengambil/menyauk bahagian ketiak pihak lawan! Seterusnya serangan siku boleh lah dilancarkan !



2. Tumbuk Deras Teknik 2. Tumbukkan dilancarkan terus ke rusuk pihak lawan & disusuli dengan serangan siku kita terus ke bahagian bawah bahu pihak lawan. Objektif kita adalah untuk melumpuhkan pihak lawan dengan serangan siku kita terus hinggap ke leher/muka pihak lawan!

3. Tumbuk Deras berkembar . Tangan kanan akan melancarkan tumbukkan ke bahagian rusuk pihak lawan manakala tangan kiri kita juga akan melancarkan tumbukkan serangan tepat ke bahagian anggota rusuk pihak lawan yang sama!

Jurus 11 adalah permainan bawah! Ini memerlukan kedua tapak tangan kita menyentuh bumi!

Dalam kedudukkan posisi yang rendah ini, maka sebenarnya "deadly attack" yang tidak disangka boeh dilancarkan oleh kita iaitu dengan kita menggunakan siku kita untuk menyelak/membuka bahagian dalam anggota lutut/peha pihak lawan!Teknik Belah Ombak boleh diamalkan !

Ini akan mengakibatkan pihak lawan tidak stabil & ini memberi peluang kepada kita untuk melancarkan serangan bertubi tubi ke anggota penyawa pihak lawan!

Alhamdulillah, Cifu aku juga memberi tunjuk ajar berkenaan cara yang betul dalam permainan TAPAK.

Ada tapak masuk menYERANG.
Tapak masuk menyerang ini memerlukan bilamana kita melngkah tapak untuk masuk maka serangan tumbukkan tangan & kaki akan bergerak sama!

Untuk teknik tapak masuk meNUNGGU iaitu bilamana kita bergerak, maka kita akan cuna mencari masa untuk bertapak iaitu untuk menunggu sebelum serangan seterusnya dilancarkan ke pihak lawan.

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..