Assalamualaikum w.b.t...
Sekali lagi sifu aku menekankan peri pentingnya penggunaan anggota kaki/lutut dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ).

Sebab itulah dalam GPLY, anggota kaki/lutut kita akan "sampai" dahulu mencari sasaran untuk menjadikan pihak lawan tidak seimbang !
Itulah keistimewaan yang aku boleh berkongsi & berbangga dengan beladiri GPLY yang aku sedang pelajari ini ialah apa apa pun angota kaki & lutut kita akan menyerang sendi anggota lutut/betis/kaki pihak lawan terlebih dahulu !

Selepas menyebabkan kedudukkan badan ( target sasaran ialah di anggota sendi lutut/betis pihak lawan ) anggota pihak lawan sudah tidak seimbang, maka akan disusuli pula serangan bertali arus menggunakan anggota tangan/siku kita pula !
Di sebabkan itulah, kenapa dalam kamus orang melayu kedapatan peribahasa yang menggunakan istilah KAKI iaitu seperti Kaki masjid atau kaki botol!

Mana ada peribahasa melayu yang menggunakan istilah Tangan Masjid atau Tangan Botol .. right ?

Point disini ialah kemahiran menguasai & menggunakan anggota kaki/lutut adalah antara faktor terpenting yang akan menentukan samada kita boleh survive ataupun tidak semasa street fighting !

Selamat menuntut ilmu & beramal...
Wassalam..
Basteng