Saturday, September 5, 2009

History of LIAN

Salam..

Below is one article which i found has information regarding the connection between the self defence which i have been learning ( Gerak Pukul Lian Yunan [GPLY] )now.

For your information, the version GPLY which i practice don't have the formal venue. Myself only using the small car parking area at my Cifu's house area!

I don't need to wear the standard uniform to learn that art. Enough with by wearing the track suit or kain sarung only!



%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Sejarah Lian

LIAN adalah perkataan dalam bahasa Yunan, bermaksud "SILAT" dalam bahasa Melayu atau cara-cara atau teknik-teknik beladiri. Itulah yang dianggap oleh Guru Silat Lian pada satu masa dahulu. Bagi kami daripada Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia beranggapan sebagai 'L'- Latihan, 'I'-Istikamah, 'A'-Anggota, 'N'-Nafas. Iaitu penyatuan segala gerak laku tubuh adalah bergantung semata-mata kepada kemampuan nafas.


Gerak Silat Lian ini pula adalah sejenis cara mempertahankan diri yang berasal dari Yunan. Nama asal persilatan ini ialah LIAN YUNAN, BUAH PUKUL MERSING, atau LIAN 13. Ianya telah berkembang di Tanah Melayu pada zaman dahulu dan sejarahnya telah dicatat pada mulanya oleh Syed Abdul Rahman pada Februari 1897 di Bandar Maharani, Muar. Pergerakan jurusnya ada sedikit kelainan mengikut guru-guru Lian yang mengembangkannya. tetapi ianya tetap Lian dan juga tetap Buah Pukul, asalnya dari satu keturunan, demikian dinyatakan oleh Guru Tua Ali Bin Kassim dari Endau, Johor. Di dalam Aliran Gerak Silat Lian ianya perlu diketahui ukuran jangka musuh, gerak ini perlu dipelajari dan dihayati kerana ianya adalah "Senjata Bagi Kita dan Rahsia Bagi Musuh".

Gerak Silat Lian ini dikembangkan di Kuantan, Pahang oleh En. Nazri Bin Hussin. PJK., di mana beliau telah mempelajari silat ini daripada Encik Salleh Bin Mamat yang berasal dari Kampung Ibai, Kuala Terengganu. Encik Salleh bin Mamat ini adalah seorang nelayan yang berpindah dari kampung asalnya dan tinggal di Kampung Tanjung Api, Kuantan. Encik Nazri Bin Hussin mula belajar silat ini pada tahun 1964 di Kampung Tanjung Api, Kuantan. Beliau telah di iktiraf sebagai Pembantu Gelanggang (Guru kake) pada tahun 1965 hingga 1985. Pada tahun 1988, beliau telah di lantik sebagai Guru Kanan dan Guru Utama Gerak Silat Lian dengan restu guru daripada Encik Salleh Bin Mamat iaitu Encik Hassan Bin Salleh yang tinggal di Kampung Gong Dato', Mengambang, Telipot, Kuala Terengganu.

Encik Salleh Bin Mamat adalah seorang pesilat Seni Silat Gayong Terengganu. Beliau telah mempelajari Silat Lian daripada Encik Hassan Bin Salleh semasa bekerja sebagai nelayan di Kampung Mengambang, Telipot, Kuala Terengganu kira-kira dalam tahun 1950-an. Manakala Encik Hassan Bin Salleh adalah murid kepada Guru Tua iaitu Encik Ali Bin Kassim. Encik Hassan Bin Salleh telah belajar di Kampung Belimbing Juling, Endau, Johor daripada Guru Tua Silat Lian Encik Ali Bin Kassim kira-kira dalam tahun 1940-an, di mana pada ketika itu Encik Hassan Bin Salleh bekerja dengan Encik Ali Bin Kassim, mencari Rotan Manau pada masa itu. Beliau juga sempat berulang-alik dari Kuantan ke Kuala Terengganu untuk menambah pengetahuan dan belajar selok-belok Silat Lian daripada Encik Hassan Bin Salleh yang tinggal di Kampung Gong Dato', Telipot, Kuala Terengganu dari tahun 1965 hingga 1994.

Beliau juga sempat mengambil ketetapan gerak laku Silat Lian ini daripada Encik Ali Bin Kassim dalam tahun 1986 hingga 1987 an perkembangan ini telah dikemaskini dengan lebih teratur dengan membentuk satu jawatankuasa bagi perkembangan dan kemajuan Gerak Silat Lian yang kini telah bergerak dengan pesatnya di bawah pimpinan Guru Utama En. Nazri Bin Hussin. PJK., di mana ianya berpusat di Kuantan, Pahang. Sehingga kini pelbagai pengemaskini dari segi sistem pengajaran dan pembelajaran telah dibuat melalui Majlis Perguruan Gerak Silat Lian. Gerak Silat Lian telah dipertubuhkan pada 19 Disember 1996 dan kenali dengan nama Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia ( PGSLM ).


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Wassalam..

No comments: