Thursday, June 3, 2010

"Tulang Empat Kerat " + Aikido teknik

Assalamualikum w.b.t...

Syukur kehadrat ALLAH S.W.T, dengan izinNya saya berpeluang mendalami ilmu Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) ini.

GPLY ialah lian 12 iaitu mempunyai sebelas Jurus yang diakhiri dengan Qiam ( iaitu berdiri tegak ) dengan beribu ribu teknik pukulan.

Titik penyudahnya ialah di TAPAK. Oleh itu permainan TAPAK yang HIDUP adalah teramat penting di dalam GPLY.

Pihak lawan menyerang dengan ganas, laju, pantas, tumbukkan sepantas kilat & etc, insyallah jika berbekalkan ilmu TAPAK maka kesemua itu dengan izin ALLAH s.w.t boleh kita atasi.



Kombinasi gerakkan tangan yang pantas dan lembut dicampur dengan gerakkan tapak yang sesuai akan menyebabkan pihak lawan terhumban kerana tanpa kita sedari sebenarnya kita beraksi seperti seorang guru seni pertahanan diri Akido!



Disinlah adanya kaedah TARIK, TEKAN, MASUK, ANGKAT bahagaian TANGAN & KAKI pihak lawan!Kita menampung dan menggunakan berat pihak lawan untuk mengalahkan pihak lawan!!!



Teknik ini sangat sesuai untuk perempuan dan kanak kanak yang boleh menggunakannya untuk mengatasi lawannya yang bersaiz lebih besar darinya.

Teknik Kaki iaitu dengan cara kita memijak, menendang, menujah kaki pihak lawan adalah salah satu teknik yang amat berkesan didalam GPLY.

Tendangan kaki dilancarkan terus ke sendi dibahagian lutut. Juga ke bahagian pergelangan sendi kaki pihak lawan!Ini untuk meMATIkan terus langkah pihak lawan!



Sepakan kaki boleh dilancarkan dengan kita membuat
(1) Sepakkan bola
(2) Gunakan Tumit Kaki
(3) Gunakan Blocking di bahagian tapak kaki
(4) Tujahan iaitu menggunakan bahagian depan kaki

Petua GPLY ialah LANGIT ialah kawasan di atas bahagian pusat. BUMI pula di bahagian bawah pusat. Kebiasaanya di dalam pertempuran, serangan dilakukan ke arah LANGIT dan juga BUMI. Tetapi untuk GPLY, serangan dituju ke AIR & API ( hawa panas & marah) adalah di bahagian sekitar perut dan tulang rusuk. Oleh itu untuk TUMPASkan pihak lawan maka kita pukul dibahagian AIR & API sehingga AIR & API itu bercampur!

Selamat menuntut ilmu & beramal!

Wassalam..

Basteng

No comments: