Tuesday, August 17, 2010

Kisah Arwah Pak Ali [ Seorang penuntut GPLY ]

Assalamualikum w.b.t....

Pak Ali adalah seorang peneroka Felda yang tinggal di Pekan iaitu sekitar tahun 1980 an.



Pak Ali adalah seorang tua yang menuntut ilmu GPLY bersama sama dengan sifu aku.

Pergerakkan Pak Ali adalah KERAS & KAKU. Keras semacam robot!



Tetapi dalam KERAS & KAKU pergerakan anggota badan Pak Ali di dalam GPLY, Pak Ali sangat mahir di dalam jurus 4.

Jurus 4 adalah memerlukan seorang penuntut untuk berdepan face-to-face dengan pihak lawan.




Jika pihak lawan melancarkan serangan tumbukkan maka Pak Ali juga akan melancarkan serangan tumbukkan sama ke arah pihak lawannya. Berkat, kemahiran menguasai jurus 4, maka Pak Ali boleh menumbuk tangan pihak lawan sehingga pihak lawan tidak berdaya untuk meneruskan pertarungan.

Jika Pak Ali menumbuk rusuk, maka akibatnya pihak lawan akan kesakitan kerana tulang rusuk telah patah!

Jurus 4 ini juga adalah salah satu jurus yang aku gemari kerana gerakkannya yang tidak disangka sangka oleh pihak lawan.

Kebiasaannya bila bermain Jurus 4, maka disusli dengan hentakkan & serangan lutut ke arah pihak lawan.




Ada satu peristiwa di mana Pak Ali memelihara lembu. Pada suatu malam, 4 org pencuri telah cuba mencuri lembu Pak Ali.

Entah macam mana, Pak Ali menyedari kehadiran pencuri tersebut. Akibatnya Pak Ali denganmenggunakan ilmu tempur GPLY iaitu jurus 4, maka diringkaskan cerita ke empat empat pencuri tersebut semuanya berjaya di berkas oleh Pak Ali.

Yang powernya, kesemua pencuri tersebut dalam keadaan mengerang kesakitan kerana telah di pukul oleh Pak Ali!

Pengajarannya disini, walau pun Pak Ali ini bersaiz kecil dan pergerakkannya adalah KAKU semacam robot tetapi dengan adunan teknik yang betul, maka dengan mudah Pak Ali boleh mengalah pencuri tersebut!

1 tips disini ialah kita membuat pukulan ke arah anggota pihak lawan yang terdekat. jIka anggota tangannya yang paling hampir kepada kita maka kita membuat pukulan tepat ke bahagian sendi anggota tangan tersebut!



Jika pihak lawan bermains senjata seperti parang maka pilihan untuk kita ada disini ialah kita MASUK untuk mencari & melancarkan serangan "maut" ke arah leher/ulu hati/penyawa atau anggota penyawa pihak lawan!




Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng
[ http://www.youtube.com/watch?v=eIRy0pltg4k ]

No comments: