Monday, September 20, 2010

Al-Fatihah

Assalamualikum w.b.t...

Masih tidak terlalu lewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin.

Takziah kepada keluarga 4 individu yang telah mati dibunuh dengan begitu kejam sekali. Kita doakan walaupun pengakhiran hayat mereka ber empat penuh dengan siksaan & azab, kita sebagai hamba Allah s.w.t yang masih bernyawa ini mendoakan agar roh mereka di masuk ke dalam golongan orang orang yang soleh . Al-Fatihah.

Suka berkongsi maklumat iaitu kejayaan pihak Polis Di Raja Malaysia ( PDRM) ) menyelesaikan kes "HIGH PROFILE" ini berkaitan dengan kepantasan dan kecekapan anggota yang terlibat di dalam misi ini.



Di khabarkan, anggota Special Branch ( SB ) yang berketurunan india yang antara misi tugas nya ialah mencari maklumat telah masuk ke kawasan ladang tersebut.

Diringkaskan ada 1 orang yang terlibat di dalam jenayah ini adalah seorang tukang Bakar Mayat yang kebetulan tengah mabuk.

Bila tengah mabuk tu, maka terkeluarlah berkenaan dia telah dapat banyak duit iaitu sebanyak RM10 ribu & RM 5 ribu lagi selepas dia berjaya membakar mayat ke empat empat mangsa tersebut.

SB yang ada kat kedai itu tanpa berlengah terus belanja arak lagi & sambil minum & buat buat mabuk, then SB tersebut terus mengumpul & mengorek maklumat sehinggalah dengan pantas suspek berjaya ditangkap!

Sekalung tahniah kepada semua pihak yang terlibat untuk menyelesaikan misteri kes kehilangan 4 mangsa tersebut.

Secara teori memanglah sukar untuk mengalahkan musuh yang ramai. Tetapi bilamana kita belajar ilmu pertahanan diri yang membolehkan kita boleh lagi untuk menyelamatkan diri walau pun diri kita luka luka kerana terkena libasan parang atau pisau!

Jika musuh kita menyerang secara berkumpulan iaitu biasanya melebihi 3 orang maka kita yang akan mengjadi mangsa mesti TARGET hanya 1 @ 2 musuh kita untuk ditumbangi. Secara praktikalnya, orang yanh telah belajar ilmu pertahanan diri yang betul boleh & mampu mengalahkan 1 @ 2 orang musuhnya walau ida diserang & dikelilngi oleh ramai musuh!



Tidak lupa ilmu menghidu bahaya dengan melihat gerak pihak lawan adalah amat berguna.

Juga akal yang tidak panik & gerak tapak yang hidup adalah faktor penting yang menentukan sama ada kita akan bernyawa atau tidak bilamana berdepan dengan pihak lawan yang ramai yang semestinya mereka sememangnya berniat & bertujuan untuk membunuh kita!!!

Untuk penutup, Al-Fatihah kepada semua yang syahid! ALLAH HUAKHBAR..!

Wassalam..

Basteng

1 comment:

ROFI said...

To basteng bas,

Really sad to hear about the case. Hopefully, justice will be served.