Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah aku suka berkongsi akan satu teknik dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang dikenali sebagai " selak " !
Teknik selak ini adalah dilakukan dengan menggunakan anggota lutut !
Dalam pertempuran jarak dekat, teknik selak ini amatlah berkesan digunakan iaitu dengan menggunakan anggota lutut kita akan menyerang ke anggota betis sehingga ke anggota lutut pihak lawan.

Pada masa yang sama kita akan menggunakan kepantasan anggota tangan/siku kita untuk menyerang ke anggota sendi bahu/siku & tangan pihak lawan !
Sebenarnya serangan anggota lutut menggunakan teknik selak terlebih dahulu akan dilancarkan kepada pihak lawan.

Tujuan utamanya adalah untuk kita terus melumpuh & mematikan gerak pihak lawan iaitu dengan menjadikan pihak lawan tidak stabil !
Apa apapun, teknik melumpuhkan anggota kaki pihak lawan terlebih dahulu adalah misi utama seorang pengamal beladiri GPLY.

Bilaamana anggota kaki pihak lawan sudah tidak stabil maka mudahlah bagi kita untuk terus melancarkan serangan yang bertali arus terhadap pihak lawan !
Insyallah berkat latihan dengan menggunakan Orang Kayu, insyallah aku akan cuba memahirkan teknik gerakkan ini !
Di bawah ini adalah beberapa teknik serangan kung fu yang diilham daripada gerakkan beberapa ekor binatang iaitu harimau, ular & etc.
http://www.howcast.com/guides/920-How-to-Do-Shaolin-Kung-Fu
Suka berkongsi, dalam GPLY juga sebenarnya banyak menggunakan serangan yang bercorak seperti cucukan ke anggota mata pihak lawan iaitu berasakan daripada ular !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
No comments:
Post a Comment