Wednesday, January 16, 2013
Jurus anggota Kaki GPLY
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah berkesempatan mengadap sifu aku.
Sifu aku memberi tunjuk ajar bagaimana teknik anggota kaki boleh dilancarkan dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ).
Perlu diingat dalam GPLY, bilamana kita menyerang maka anggota kaki kita akan pergi dahulu mencari sasaran ke anggota pihak lawan barulah pula diikuti oleh anggota tangan/siku kita !
Sebelum itu sebenarnya beladiri yang sifu aku ajar ini tidak bernama !
Ia hanya dipanggil sebagai Buah Pukul.
Tetapi kadang kala ada juga yang memanggil Buah Pukul ini sebagai Paksi Bumi @ Lian Campur @ Lian 12 !
Untuk rekod aku suka memanggilnya sebagai => Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ).
Teknik LIAN sememangnya KERAS iaitu PUKUL & PUKUL & PUKUL !
Bilamana teknik Lian yang keras diadun & dicampur dengan Jurus 5 ( teknik lembut menggunkan anggota tangan dengan menyerang & sasar ke anggota sendi pihak lawan ) iaitu menggunakan teknik TEKAN, CUCUK, TARIK & TOLAK maka lahirlah gerakkan yang seakan & seperti teknik yang ada dalam beladiri TaiChi / AiKido / Silat pula !
Teknik anggota kaki dalam GPLY adalah berbagai bagai. Aku suka berkongsi akan beberapa cara antaranya :
(1) Bilamana pihak lawan masuk untuk menyerang maka dalam jarak 1 kaki maka kita akan merendahkan anggota tubuh kita dengan cara menyendeng ke kanan/kiri maka dengan pantas kita akan melancarkan serangan anggota kaki kita iaitu dengan menYUCUK menggunakan anggota perut depan anggota kaki terus ke sasaran penyawa/ulu hati/dada pihak lawan !
Ini sebenarnya adalah antara teknik yang paling berkesan tetapi teramatlah bahaya !
(2) Bilamana pihak lawan masuk menyerang dengan kaki kanannya melangkah ke hadapan maka kita dengan pantas akan menYAUK buku lali anggota kaki kanan pihak lawan dengan menggunakan anggota kaki kiri kita ! Maka dengan pantas kita akan masuk membuat serangan dengan menghenjang menggunakan anggota kaki kanan kita ke anggota kaki kiri pihak lawan ! Pasti akan mengakibatkan pihak lawan mengalami kecederaan yang parah !
Untuk rekod beladiri Krav Maga adalah antara beladiri yang boleh diguna pakai untuk street fighting ! Silalah menonton YouTube di bawah bagaimana beberapa teknik yang boleh di amalkan untuk kita mempertahankan diri kita.
Sebenarnya dalam peperangan / Street Fighting tidak memerlukan masa yang panjang !
Contohnya jika pihak lawan masuk meluru maka apa yang perlu kita lakukan ialah dengan merendahkan anggota badan kita maka dengan pantas dengan 1 pukulan STOP kita lancarkan terus ke anggota penyawa pihak lawan !
Juga dengan menggunakan anggota ibu jari tangan kita akan menYUCUK ke anggota pernafasan di leher pihak lawan !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam.
Basteng
Saturday, January 5, 2013
Tai Chi !
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah aku berkesempatan menemui sifu aku.
Sebenarnya aku sedikit terkejut kerana sifu aku berkongsi sebenarnya dia berhasrat untuk menonton filem Tai Chi iaitu Tai Chi 0 ( zero ) & Tai Chi Hero !
Kebetulan sebenarnya aku telah pun membeli ke dua dua DVD filem tersebut !
Maka dapatlah aku bagi pinjam DVD tersebut kepada sifu aku.
Sebenarnya dalam beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang diajar oleh sifu aku mempunyai banyak teknik yang kedapatan dalam beladiri Tai Chi !
Dalam GPLY, jurus 5, 10 & 11 banyak menggunakan teknik Tai Chi iaitu menggunakan tenaga pihak lawan untuk menumpaskan pihak lawan tersebut !
Di sini, penggunaaan tenaga kita adalah seminima kerana contohnya jika pihak lawan masuk meluru ke arah kita maka sebenarnya jika kita memijak/menekan/"stop" anggota kaki pihak lawan tersebut sambil pada masa yang sama kita menarik anggota tangan/siku/badan pihak lawan maka semestinya pihak lawan akan terhumbang kehadapan !
Di bawah ini adalah serba ringkas maklumat tentang beladiri Tai Chi yang aku perolehi.
Tai chi is an ancient Chinese martial arts form, often seen in this country when groups of people in outdoor parks perform graceful arm-and-body movements in unison.
"Tai chi represents optimal body movement, honed over centuries," Although many people don't realize it, every one of those slow moves you see in the park can be transformed into really fast strikes."
Sebenarnya jika sesiapa berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan beladiri Tai Chi Combat, silalah Google => Master Wong Tai Chi Combat !
Aku sebenarnya minat gila dengan teknik Tai Chi ini !
InsyAllah aku berazam untuk memahirkannya..
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam.
Basteng
Subscribe to:
Posts (Atom)