Saturday, January 5, 2013

Tai Chi !

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah aku berkesempatan menemui sifu aku. Sebenarnya aku sedikit terkejut kerana sifu aku berkongsi sebenarnya dia berhasrat untuk menonton filem Tai Chi iaitu Tai Chi 0 ( zero ) & Tai Chi Hero ! Kebetulan sebenarnya aku telah pun membeli ke dua dua DVD filem tersebut ! Maka dapatlah aku bagi pinjam DVD tersebut kepada sifu aku. Sebenarnya dalam beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang diajar oleh sifu aku mempunyai banyak teknik yang kedapatan dalam beladiri Tai Chi ! Dalam GPLY, jurus 5, 10 & 11 banyak menggunakan teknik Tai Chi iaitu menggunakan tenaga pihak lawan untuk menumpaskan pihak lawan tersebut ! Di sini, penggunaaan tenaga kita adalah seminima kerana contohnya jika pihak lawan masuk meluru ke arah kita maka sebenarnya jika kita memijak/menekan/"stop" anggota kaki pihak lawan tersebut sambil pada masa yang sama kita menarik anggota tangan/siku/badan pihak lawan maka semestinya pihak lawan akan terhumbang kehadapan ! Di bawah ini adalah serba ringkas maklumat tentang beladiri Tai Chi yang aku perolehi. Tai chi is an ancient Chinese martial arts form, often seen in this country when groups of people in outdoor parks perform graceful arm-and-body movements in unison. "Tai chi represents optimal body movement, honed over centuries," Although many people don't realize it, every one of those slow moves you see in the park can be transformed into really fast strikes." Sebenarnya jika sesiapa berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan beladiri Tai Chi Combat, silalah Google => Master Wong Tai Chi Combat ! Aku sebenarnya minat gila dengan teknik Tai Chi ini ! InsyAllah aku berazam untuk memahirkannya.. Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

No comments: