Saturday, February 2, 2013

Serangan ke anggota kaki - jadikan kedudukan pihak lawan tidak stabil

Assalamualaikum w.b.t... Sifu aku sudi memberi tunjuk ajar agar aku dapat memantap & memahirkan kan lagi pergunaan teknik anggota kaki ! Kita semua sedia maklum akan perkataan anggota KAKI-TANGAN ! Kenapa perkataan anggota kaki yang didahulukan bukannya anggota tangan yang didahulukan ! Sebenarnya dalam beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY , Lian Campur ) yang sedang aku pelajari ini, apa apa pun serangan menggunakan anggota kaki kita yang disasarkan ke anggota kaki pihak lawan adalah teknik asas yang mesti difahami & dikuasai oleh seorang pengamal lian ! Seorang pengamal Lian mesti melancarkan serangan ke arah anggota kaki pihak lawan terlebih dahulu iaitu dengan menggunakan teknik memijak anggota kaki pihak lawan & kemudian menarik/menolak anggota tubuh pihak lawan. Juga dengan menggunakan anggota lutut maka seorang pengamal Lian akan masuk rapat & sambil menguis & menguak akan disasarkan ke anggota sendi lutut/kaki pihak lawan ! Ini akan mengakibatkan kedudukkan pihak lawan TIDAK SEIMBANG & STABIL ! Kunci utama yang aku ingin kongsi di sini ialah kita menyebabkan pihak lawan TIDAK SEIMBANG maka dengan pantas kita akan menyerang pihak lawan dengan kombinasi anggota lutut, tangan & siku kita ! Panjang umur nanti jika berkesemapatan aku akan cuba berkongsi bagaimana teknik memijak anggota kaki pihak lawan boleh dilakukan agar menyebabkan pihak lawan tidak stabil & seimbang ! Teknik pijak anggota kaki pihak lawan ini nampak bodoh & kelakar sahaja ! Tetapi sebenarnya teramatlah berkesan & berguna untuk sesiapa yang berjaya menguasai & mengamalkannnya ! Sebenarnya dalam pertempuran jarak dekat, adalah satu kelebihan yang amat ketara sekiranya kita berjaya menguasai teknik anggota kaki Lian ini yang tujuan utama dalah untuk menjadikan kedudukan pihak lawan tidak strabil & seimbang ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

No comments: