Tuesday, April 23, 2013

Mematikan langkah pihak lawan dengan teknik pijak anggota kaki & tolak anggota badan !

Salam... Alhamdulillah aku berkesempatan mengadap sifu aku & untuk sekian kali sifu aku menekan & menyarankan agar aku memahir & memantapkan lagi pergunaan anggota kaki ! Suka berkongsi dalam beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang aku sedang belajar ini, bilamana seorang pengamal beladiri GPLY berjaya menguasai teknik anggota kaki GPLY maka itu akan manaikkan tahap kualiti seorang pengamal GPLY tersebut. Antara beberapa teknik anggota kaki GPLY yang mudah tetapi sebenarnya amatlah berkesan ialah : 1. Kita memijak anggota kaki pihak lawan. Sifu aku memberi tunjuk ajar bagaimana teknik pijakkan yang betul iaitu tidak kisah samaada kaki hadapan pihak lawan adalah anggota kaki kanan ataupun anggpota kaki kiri, maka kita boleh menggunakan samada anggota kaki kanan atau anggota kaki kiri kita untuk memijak anggota kaki pihak lawan yang melangkah di depan ! Teknik pijakkan yang disyorkan ialah kita menggunakan bahagian tapak anggota kaki kita yang berlekuk disasarkan kebahagian anggota jari kaki pihak lawan yang melangkah di bahagian hadapan ! Bilamana pijakkan di lakukan maka dengan pantas pula kita akan terus menolak anggota tubuh pihak lawan ( ke bahagian anggota yang di atas sendi anggota siku pihak lawan ) dengan menggunakan anggota lengan/tangan/siku kita untuk check-mate @ mematikan terus langkah pihak lawan ! Percayalah kombinasi teknik pijakkan anggota kaki yang dilakukan terhadap anggota kaki hadapan pihak lawan + tolakkan menggunakan bahagian anggota tangan/lengan/siku kita ke anggota tubuh pihak lawan akan mengakibatkan pihak lawan langsung tidak mempunyai ruang & peluang untuk melakukan tindak balas . Ini disebabkan keseimbangan anggota tubuh pihak lawan sudah 100 % dikuasai oleh kita ! 2. Di samping teknik memijak anggota jari kaki hadapan pihak lawan, teknik yang berkesan ialah dengan menggunakan anggota buku lali kaki kita akan menhengtam/menghentak ke anggota sendi kaki pihak lawan yang melangkah di hadapan terlebih dahulu! Kemudian kita akan memijak anggota kaki pihak lawan yang berada di bahagian hadapan tersebut dengan menggunakan bahagian anggota kaki kita yang berlekuk sambil tolakkan dilakukan di bahagian anggota tubuh pihak lawan ! Dua teknik di atas dilancarkan bilamana jarak pertempuran adalah rapat. Tetapi sekiranya jarak pertempuran adalah jauh sedikit maka kita boleh menggunakan teknik anggota kaki untuk menyerang sendi anggota lutut pihak lawan pula . Sasaran utama kita ialah dengan menggunakan anggota tapak kaki kita yang belekuk ataupun bahagian tapak kaki hadapan kita akan menyerang ke anggota sendi lutut kaki kanan atau pun kiri pihak lawan ! Di bolehkan serangan dilakukan samada ke anggota kaki pihak lawan yang melangkah ke bahagian hadapan atau pun ke anggota kaki pihak lawan yang berada di belakang. Perlu diingatkan sasaran kita di sini ialah ke anggota sendi lutut pihak lawan ! Sebenarnya cara hentaman ke anggota sendi lutut pihak lawan ada beberapa teknik . Perlulah mengadap guru untuk mengetahui teknik yang sebenarnya ! Latihan untuk memantapkan teknik anggota kaki boleh di buat dengan menggunakan Wooden Dummy @ Orang Kayu ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

No comments: