Assalamualaikum w.b.t...
Ibadat puasa Ramadan kita sudah memasuki hari yang ke 15 . Sayugia suka aku untuk mengingatkan diri aku & teman teman sekalian agar kita dapat melipat ganda kan lagi amalan kita semoga kita dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar.

Aku masih ingat lagi semasa aku berkesempatan mengadap sifu aku semasa mempelajari beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ), Sifu aku memberi tunjuk ajar bagaimana beberapa teknik anggota siku dalam beladiri GPLY yang boleh diguna pakai.

Antara teknik anggota siku Lian yang rungkas & berkesan ialah teknik Siku Helang dan siku Kapak !

Teknik anggoya siku Kapak hanya memerlukan seorang pengamal lian untuk mengangkat anggota siku seperti dalam keadaan menyikat rambut !

Manakala, teknik anggota siku Helang pula hanya memerlukan seorang pengamal lian untuk membuat pukulan anggota siku dalam pusingan melawan atau mengikut arah jam sahaja !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam.
Basteng
No comments:
Post a Comment