Tuesday, July 20, 2010

Gerakkan ala ala "Akido"!

Assalamualaikum w.b.t..

Photo seorang Guru Tua Akido!





Alhamdulillah berkesempatan mempelajari beberapa teknik baru didalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY).

1.0 Gerakkan ini seakan akan pukulan seni beladiri Akido. Bilamamana pihak lawan masuk dengan sisi kanan maka kita akan menyambutnya dengan melakukan gerakkan "balingan" dengan menggunakan bahagian siku tangan kiri terus kepangkal dibahagian atas siku kanan pihak lawan. Akibatnya pihak lawan akan tidak seimbang untuk seterusnya kita melancarkan serangan bertalu talu dengan tumbukkan ke arah rusuk kanan pihak lawan.






2.0 Bilamana pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan, maka kita terus melancarkan satu tumbukkan Jurus 1 dengan menggunakan tangan kiri kita tepat ke bahagian rusuk kanan pihak lawan. Dengan pantas tangan kiri kita yang melancarkan tumbukkan itu terus diangkat ke atas yang akan mengakibatkan bahagian tangan kanan pihak lawan akan di saut ke bahagian atas. Ini seterusnya memberi peluang kepada kita untuk terus melancarkan serangan tumbukkan bertalu talu ke arah muka/dada/ulu hati/penyawa pihak lawan dengan menggunakan tangan kanan kita.







3.0 Gerakkan Landak Bertempur. Gerakkan ini adalah salah satu teknik yang amat berkesan untuk menewaskan pihak lawan samada pihak lawan bersaiz besar atau kecil. Sama ada pihak lawan melancarkan serangan dengan menggunakan kaki atau tumbukkan.

Dengan kita merapatkan kedua dua lengan kita ke telinga maka dengan grekkan tapak yang hidup maka kita akan mematahkan serangan pihak lawan dengan menggunakan bahagian siku kita yang tajam!






Satu tips disini ialah untuk menggunakan tenaga pihak lawan untuk mengalahkan pihak lawan!

Satu kisah benar disini yang berlaku pada sekitar tahun 1984 iaitu dimana guru pada Cifu aku telah mendengar ada seorang "kaki pukul" yang hebat di Pekan, Pahang. Kerja "Kaku Pukul" ini ialah memukul orang aja! Guru Tua ini pun menjemput "Kaki Pukul" tersebut untuk bertarung. Yang bestnya, pertarungan itu diadakan didalam sebuah rumah JKR yang berdingdingkan papan.

Semasa pertarungan itu, "Kkau pukul" itu melancarkan 1001 sernagan dengan tumbukkan yang teramatlah laju dan kuat seperti kilat! Disusuli dengan tendangan yang kencang sehingga patah dinding!

Diringkaskan, "Kkai Pukul" itu akhirnya keluar dari rumah dengan tangan yang bengkak bengkak. Juga dengan kaki yang terkoyak !Kesimpulannya "Kkai Pukul" itu telah dapat tunjuk ajar dari Guru Tua tersebut!

Guru Tuan itu menggunakan teknik bilamana "Kaki Pukul" itu melancarkkan serangan tumbukkan yang teramat pantas dan kuat, maka Guru Tua tersebut akan menyambutnya dengan "mengambil" tumbuukkan pihak lawan untuk dihentak ke dinding! Maka Kaki Pukul tersebut terus menerus menumbuk dan menendang dinding hingga pecah/bengkak kaki & tangannya!

Di sinilah konsep menggunakan tenaga pihak lawan untuk menumpaskan pihak lawan itu sendiri!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

*Nota: Insyallah 2 minggu lagi, mungkin kena mengajar di gelanggang baru di Shah alam!!

Wassalam..

Basteng

No comments: