Thursday, July 1, 2010

Teknik LUTUT

Assalamualikum w.b.t..

Alhamdulillah, berkesempatan mendalami teknik LUTUT.

Untuk makluman, permainan lutut iaitu kita turunkan lutut kita ke bahagian lutut/tulang kenting pihak lawan adalah amat berkesan untuk melancarkan elemen terkejut dan membuat pihak lawan tidak stabil!




Gerakan teknik lutut juga berperanan besar iaitu untuk membuat pihak lawan tidak stabil dan seterusnya memberi ruang kepada kita untuk melancarkan serangan kilat untuk melumpuhkan pihak lawan.




Jurus EMPAT adalah teknik yang amat berkesan dalam tempur jarak dekat. Tidak mengira sama ada pihak lawan bersaiz kecil atau besar, jika sekiranya jurus EMPAT diguna maka dengan mudah kita boleh menumpaskan pihak lawan.

Gerakkan pendek jurus EMPAT iaitu kita block dengan menggunakan bahagian siku keatas maka kita melancarkan tumbukkan bertubi tubi ke arah bahagian tulang rusuk pihak lawan!

Alhamdulillah, berkesempatan mempelajari gerakkan baru iaitu latihan dibuat dengan menggunakan Wooden Dummy. Mula dengan kedua tangan kita menangkis@block ke bawah sambil pukulan dilancarkan ke ulu hati dan bahagian muka pihak lawan.



Diikuti dengan tumbukkan BLOCK ke atas bahagian pihak musuh. Disusuli juga dengan LUTUT yang di naikkan sehingga paras pusat!

Selamat menuntut ilmu & beramal!

Wassalam..

Basteng

No comments: