Tuesday, January 25, 2011

Teknik Cangkuk Kail

Salam,

Alhamdulillah suka berkongsi tentang satu teknik yang dinamakan sebagai Cangkuk Kail.



Teknik ini memerlukan bilamana pihak lawan masuk dari sisi kanan, maka kita akan menyambutnya dengan kita membuat pukulan "buku lima" tangan kanan kita ke atas iaitu terus tepat ke bahagian dalam anggota ketiak pihak lawan atau bahagian yang berada diantara anggota siku dengan anggota bahu pihak lawan!



Seterusnya dengan menggunakan anggota ibu tangan kanan, maka kita akan menolak anggota bahu kanan pihak lawan sambil anggota tangan kiri kita akan terus melancarkan serangan pukulan ke bahagian anggota rusuk kanan pihak lawan!



Untuk makluman, teknik Cangkuk Kail ini boleh dilaksanakan secara masuk makan dalam atau pun secara masuk makan luar.

Teknik yang digemari oleh Cifu aku dikala menyerang ialah menggunakan Jurus 1 yang membolehkan dia terus masuk iaitu menggunakan ibu jarinya untuk menyucuk leher/kerongkong pihak lawan!




Teknik Susur Ular adalah teknik asas yang berkesan didalam "Street Fighter". Teknik ini digunakan bilamana bahagian anggota tangan/lengan kita bersentuh dengan anggota tangan/lengan pihak lawan maka bila "rasa" berlaku maka anggota tangan/lengan kita terus menyusur mencari dengan membuat pukulan ke arah anggota muka/leher/dada pihak lawan.



Aku pula gemar akan 1 teknik yang dinamakan teknik Angkat Sendi Siku ke atas. Teknik ini sebenarnya sungguh senang & amat berkesan untuk melumpuhkan pihak lawan kerana gerakkannya yang sukar untuk dibaca oleh Pihak lawan.



Caranya ialah bilamana pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan maka kita akan menyambutnya dengan tapak tangan kita akan mengangkat anggota sendi siku kanan pihak lawan tersebut. Sambil dengan gerakkan masuk tapak kaki secara makan luar maka kita akan menurunkan anggota sendi siku kita tepat terus ke bahagian anggota rusuk kanan iaitu di bahagian bawah anggota ketiak pihak lawan.

Photo dibawah hanyalah gambar hiasan dan bukannya seperti cara diatas!



Akibatnya tanpa pihak lawan sedari, mereka telah terkena serangan anggota siku kita!



Alhamdulillah petang tadi aku sempat menonton filem baru Kung Fu iaitu SHAOLIN. Pelakon utamanya ialah Andy Lau.

Aku boleh bagi rating 65% sahaja! :)


Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

Monday, January 17, 2011

Teknik siku "Lap Muka" && Teknik patah Kilas "Beruang"

Salam,

Gerak Pukul Lian Yunan campur( GPLY +) adalah pertahanan diri untuk "street fighter" . Kombinasi buah pukulan dari seni Silat Melayu, Muay Thai, Karate, Tae Kwan Do, Aikido,Judo, Tai Chi Combat, Wushu/Kung Fu, Wing Chun, Tinju, Shaolin, Gusti & etc menjadikan GPLY ini unik & pelik!

Pelik disini kerana nak kata bersilat bukannya bersilat! Main cara Muay Thai/Tomoi pun ada. Pukulan macam Wing Chun pun ada. Teknik tarik/angkat/tolak/hempas/pulas macam Aikido @ silat pun ada. Tumbukkan seperti teknik Tinju pun ada. Sepakkan/Tendangan seperti Tae Kwan Do @ Muay Thai/Tomoi pun ada. Teknik langgar/tolak seperti Gusti pun ada. Seperti pepatah Astro iaitu "Macam Macam Ada" !

Dalam GPLY ada 11 anggota pukulan.



1. 2 anggota kaki
2. 2 anggota lutut
3. 2 anggota tangan
4. 2 anggota siku
5. 2 anggota bahu
6. 1 anggota kepala


Kesemua 11 anggota tersebut seeloknya kesemuanya hendaklah dihidupkan semasa bertempur!

Teknik Kilas patah "Beruang" adalah satu teknik patah di dalam GPLY . Bilamana pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan, maka kita menyambutnya dengan menggunakan tangan kiri kita akan menyaut tangan kanan pihak lawan kita seperti gerakkan viper kereta ( ikut arah pusingan jam ). Manakala, dengan gerakkan tapak yang bersesuaian & tepat, maka kita akan membuatkan anggota sendi bahu/siku pihak lawan patah!



Teknik patah ini, aku rasa ada diamalkan didalam seni pertahanan Aikido!



Juga ada kedapatan teknik mainan siku yang dinamakan Teknik "Lap Muka" siku. Teknik ini diamalkan bilamana pihak lawan masuk melancarkan serangan dari sisi kanan, maka kita akan menyambutnya samaada secara luar @ dalam dengan membuat pukulan anggota siku kita ke bawah iaitu tepat ke anggota sendi lengan pihak lawan( bahagian antara anggota sendi siku ke bahu ). Sambil siku yang membuat pukulan tersebut akan melurut naik ke atas mencari bahagian anggota leher pihak lawan!





Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng..

Tuesday, January 11, 2011

CINDAI & Teknik kaki libas angin

Salam,

Alhamdulillah suka berkongsi beberapa teknik dan maklumat berkenaan :

(1) Cifu kepada Cifu aku bernama Abu Bakar Bin Yunus ( Acik Bakar ). Anak Acik Bakar bernama Atan & anak perempuannya bernama Norhayati. Jika tak silap, Arwah Acik Bakar berkerja dgn JKR.

(2) Lian Kilas adalah satu teknik dimana kita akan memusing sendi bahu/siku pihak lawan sambil anggota lutut kita akan menekan anggota lutut pihak lawan. Akibatnya pihak lawan akan terseliuh anggota bahunya dan patah/terseliuh anggota lututnya!

(3) "Sangga Maut" adalah salah satu satu teknik popular yg banyak diajar oleh silat Gayung atau Karate!



Teknik ini adalah sama seperti gerakkan teknik Kilas FRU/Polis tetapi dengan tambahan tangan yang "free" iaitu anggota tangan kiri akan memaut & menekan leher pihak lawan sehingga mengakibatkan pihak lawan tidak mampu bernafas!

(4) Dalam posisi jurus 5 iaitu seperti kedudukan gambar dibawah, satu teknik pukulan dibuat terus dengan menggunakan ibu tapak tangan kita tepat ke sendi anggota lutut pihak lawan (pelapik bahagian dalam ), diikuti tangan yang sama yang membuat
pukulan ke sendi anggota lutut juga akan terus mencari bahagian anggota penyawa pihak lawan!




(5) Antara mainan "Siku pelik" ialah kita masuk berhadapan dengan pihak lawan dengan menggunakan teknik masuk Arwah Acik Bakar! Tambahan disini ialah kita gunakan gerakkan "siku pelik"!



(6) Antara gerakkan bahaya Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY) ialah gerakkan serangan serentak kombinasi bahagian anggota lutut & siku!Jika pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan, maka kita akan menyambutnya dengan blocking/hentakkan dengan menggunakan anggota siku kiri kita dibuat ke anggota tangan kanan pihak lawan sambil gerakkan masuk maju langkah setapak kehadapan ( kaki kiri) akan bertindak mem"buang" anggota peha/lutut kanan pihak lawan! Seterusnya pukulan siku 'kapak" terus dilancarkan ke anggota ulu hati/dada pihak lawan!

(7) Cindai adalah satu teknik mainan bilamana kita bertempur dengan pihak lawan yang bersenjata seperti kerambit, pisau, parang & etc.Maka dengan mengunakan kain tuala ! Kain tuala disini seperti kain bahu Herman Tino & Kain tuala Cina 30 sen! Dengan mengikat 1 belah tangan ke hujung kain tuala dengan ketat manakala dihujung 1 kain tuala lagi tidak perlu diikat tetapi sekadar dipegang hujungnya.

Maka jika pihak lawan bersenjata, maka kita akan membelit dan menjerut anggota tangan pihak lawan yang memegang senjata tersebut terus rapat keleher pihak lawan itu sendiri.

Juga kita boleh menggunakan pen, tali pinggang, spek mata untuk melaksanakan teknik Cindai ini juga!

(8) Alhamdulillah aku berkesempatan mendalami teknik Silat Siku. Antara latihan yang Cifu aku ajar & boleh aku amalkan dengan menggunakan "orang kayu" ialah Pukulan Siku Helang. Gerakkan ala ala seperti seekor helang sedang terbang, maka aku kena rapatkan kedua tapak tangan sambil anggota siku tangan kanan & kiri seperti didalam posisi Helang sedang terbang!





Maka pukulan siku dilancarkan ke Orang Kayu iaitu didalam kiraan 1,2,3,4 & siku Kapak ( style sikat rambut )!

(9) Jurus 4 adalah amat berkesan didalam menangkis serangan kaki daripada pihak lawan. Dengan kita menumbuk anggota sendi kaki pihak lawan, disusuli dengan tumbukkan padu ke arah anggota sendi bahagian lutut pihak lawan!



(10) Teknik Kaki Libas Angin . Teknik ini memerlukan bilamana pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan, maka kita akan menyambutnya dengan kaki kiri kita akan melibas/menyapu anggota kaki kanan pihak lawan tersebut. Sambil kita akan memusing badan dengan membuat pukulan siku ke bahagian dada pihak lawan & sambil kaki kanan kita akan mem"buang" anggota peha kanan musuh!



(11) Suka berkongsi teknik kesukaan Cifu aku utk street fighter! Bilamana pihak lawan masuk meluru dari sisi kanan, maka Cifu aku akan membuat pukulan tumbukkan padu tangan kiri ke arah anggota rusuk kanan pihak lawan sambil tangan yang sama akan men"cari"/"mukul" leher pihak lawan!



Sambil dengan pantas, Cifu aku akan masuk 1 langkah tapak kaki kiri kehadapan sambil mem"buang" kaki/lutut/peha kanan pihak lawan, sambil tangan kanannya akan "menepuk" penyawa pihak lawan. Seterusnya pukulan menggunakan siku/tangan dilancarkan ke anggota ulu hati pihak lawan!



Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Tuesday, January 4, 2011

Kilas FRU/Polis && Kilas Melayu

Salam...

Sempena tahun baru masehi 2011 ini, aku berpeluang belajar beberapa teknik baru di dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ). Antaranya ialah :

1. Teknik Kilas FRU/Polis. Teknik ini adalah penting kerana kita boleh mematahkan serangan pihak lawan yang bersenjata.

Bilamana pihak lawan melancarkan serangan tumbukkan/tikaman tangan kanan, maka kita akan menyambutnya dengan tapak tangan kiri kita akan "perlahankan" serangan tumbukkan tersebut dahulu. Seterusnya, kita akan masuk menyerang dengan menggunakan tangan kanan kita terus ke bahagian ketiak pihak lawan yang terbuka sambil kita mengilas tangan musuh tersebut kebelakang.



Dengan menggunakan jari tangan kanan kita akan menyentak/mengenggam bahagian kolar baju belakang pihak lawan. Ini akan mengakibatkan pihak lawan "check mate" kerana anggota lengan/tangan pihak lawan sudah terkunci ! Maka pukulan dengan menggunakan anggota siku/tumbukkan tangan kiri kita yang "free" bolehlah dilancarkan ke bahagian belakang leher/kepala pihak lawan!



2. Teknik Kilas Melayu. Teknik ini memerlukan bilamana pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan, maka kita akan menyambutnya dengan tapak tangan kanan kita cuba untuk "slow"kan serangan pihak lawan tersebut sambil itu dengan menggunakan tangan kiri kita akan mencari anggota siku kanan pihak lawan sambil kita memusing/memulasnya 90% sambil anggota tangan kanan kita yang memegang anggota tangan kanan pihak lawan akan di "divert"/pesongkan ke bahagian badan pihak lawan sendiri iaitu seperti ke arah anggota perut ( akan tikam diri sendiri ), ulu hati,pangkal leher & juga ke bahagian anggota dalam ketiak!

Permainan teknik Kilas Melayu ini banyakknya bermain pulas anggota sendi!

Jika tersilap gaya, pihak lawan akan mengalamai kecederaan parah akibat kerana tercabut tulang anggota bahu!

*Nota : Untuk makluman, latihan teknik Kilas ini memerlukan "sparring partner" yang betul dan susah jika hendak dibuat latihan dengan menggunakan "wooden dummy"!

Di bawah ini adalah kawasan titik titik lemah di badan manusia iaitu kawasan anggota sendi. Jika kena caranya, kita boleh menumbangkan seekor gajah iaitu dengan cara membuat serangan sendi!








3. Juga kedapatan satu teknik yang dinamakan SELISIH. Bilamana pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan, maka kita juga akan masuk ke arah pihak lawan iaitu secara berselisih iaitu dengan cara kita bukan masuk berdepan face-to-face.

Bilamana anggota bahu kanan kita berselisih dengan anggota kanan bahu pihak lawan, maka dengan tindakkan sepantas yang mungkin kita akan melancarkan serangan anggota siku kita ke arah belakang/kepala/bahu pihak lawan!

4.Teknik mainan anggota siku adalah antara element penting di dalam GPLY. Sebenarnya di dalam alam Melayu, ada yang dinamakan Silat Siku. Sebenarnya di dalam GPLY, silat suku inilah yang diamalkan untuk melemahkan pihak lawan yang tidak kira saiz samada besar atau kecil.


















Ada beberapa teknik latihan anggota siku yang mengikut gerakkan tapak kaki GPLY iaitu Tapak Hulubalang.

Tapak Hulubalang adalah permainan gerak tapak di dalam GPLY iaitu dia merangkumi 360 % view !



5. Berkongsi kisah akan teknik pukulan Arwah Acik Bakar ( Cifu pada cifu aku). Arwah Acik Bakar gemar akan pukulan MAUT SATU iaitu bilamana pihak lawan melancarkan serangan bersenjata atau pun tidak dari sisi kanan, maka Arwah akan menyambutnya dengan menggunakan anggota tangan kirinya, dia terus melancarkan serangan kilat ke anggota halkum/leher/ulu hati/dada/muka pihak lawan!

Tangan kiri Arwah Acik Bakar tersebut berfungsi & bertindak 2 dalam satu iaitu sebagai anggota blocking & serangan serentak!

Maka disautnya leher pihak lawan dengan menggunakan tangan kirinya tersebut sambil pukulan berturut sepantas kilat dilancarkan dengan menggunakan anggota siku kanannya terus ke bahagian anggota muka pihak lawan!

Boleh juga dengan menggunakan anggota lutut kanannya, arwah Acik Bakar melancarkan serangan ke arah anggota bahagian peha kanan pihak alwan sambil tangan kanan arwah Acik Bakar akan "menepuk" anggota penyawa pihak lawan!


6. Arwah Acik Bakar juga gemar menyerang pihak lawan dengan serangan serangkai iaitu jika anggota tangan kanan arwah menyerang ke anggota bahu sisi kanan pihak alwan maka diikuti juga dengan pukulan SAPU / serangan kaki ke kanan arwah akan dilancar ke anggota kaki/peha/sendi lutut kanan pihak lawan!

Akibatnya pihak alwan akan terkankang kankang tidak stabil & langsung tidak mampu untuk bertindak balas balik!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng