Tuesday, January 4, 2011

Kilas FRU/Polis && Kilas Melayu

Salam...

Sempena tahun baru masehi 2011 ini, aku berpeluang belajar beberapa teknik baru di dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ). Antaranya ialah :

1. Teknik Kilas FRU/Polis. Teknik ini adalah penting kerana kita boleh mematahkan serangan pihak lawan yang bersenjata.

Bilamana pihak lawan melancarkan serangan tumbukkan/tikaman tangan kanan, maka kita akan menyambutnya dengan tapak tangan kiri kita akan "perlahankan" serangan tumbukkan tersebut dahulu. Seterusnya, kita akan masuk menyerang dengan menggunakan tangan kanan kita terus ke bahagian ketiak pihak lawan yang terbuka sambil kita mengilas tangan musuh tersebut kebelakang.



Dengan menggunakan jari tangan kanan kita akan menyentak/mengenggam bahagian kolar baju belakang pihak lawan. Ini akan mengakibatkan pihak lawan "check mate" kerana anggota lengan/tangan pihak lawan sudah terkunci ! Maka pukulan dengan menggunakan anggota siku/tumbukkan tangan kiri kita yang "free" bolehlah dilancarkan ke bahagian belakang leher/kepala pihak lawan!



2. Teknik Kilas Melayu. Teknik ini memerlukan bilamana pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan, maka kita akan menyambutnya dengan tapak tangan kanan kita cuba untuk "slow"kan serangan pihak lawan tersebut sambil itu dengan menggunakan tangan kiri kita akan mencari anggota siku kanan pihak lawan sambil kita memusing/memulasnya 90% sambil anggota tangan kanan kita yang memegang anggota tangan kanan pihak lawan akan di "divert"/pesongkan ke bahagian badan pihak lawan sendiri iaitu seperti ke arah anggota perut ( akan tikam diri sendiri ), ulu hati,pangkal leher & juga ke bahagian anggota dalam ketiak!

Permainan teknik Kilas Melayu ini banyakknya bermain pulas anggota sendi!

Jika tersilap gaya, pihak lawan akan mengalamai kecederaan parah akibat kerana tercabut tulang anggota bahu!

*Nota : Untuk makluman, latihan teknik Kilas ini memerlukan "sparring partner" yang betul dan susah jika hendak dibuat latihan dengan menggunakan "wooden dummy"!

Di bawah ini adalah kawasan titik titik lemah di badan manusia iaitu kawasan anggota sendi. Jika kena caranya, kita boleh menumbangkan seekor gajah iaitu dengan cara membuat serangan sendi!








3. Juga kedapatan satu teknik yang dinamakan SELISIH. Bilamana pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan, maka kita juga akan masuk ke arah pihak lawan iaitu secara berselisih iaitu dengan cara kita bukan masuk berdepan face-to-face.

Bilamana anggota bahu kanan kita berselisih dengan anggota kanan bahu pihak lawan, maka dengan tindakkan sepantas yang mungkin kita akan melancarkan serangan anggota siku kita ke arah belakang/kepala/bahu pihak lawan!

4.Teknik mainan anggota siku adalah antara element penting di dalam GPLY. Sebenarnya di dalam alam Melayu, ada yang dinamakan Silat Siku. Sebenarnya di dalam GPLY, silat suku inilah yang diamalkan untuk melemahkan pihak lawan yang tidak kira saiz samada besar atau kecil.


















Ada beberapa teknik latihan anggota siku yang mengikut gerakkan tapak kaki GPLY iaitu Tapak Hulubalang.

Tapak Hulubalang adalah permainan gerak tapak di dalam GPLY iaitu dia merangkumi 360 % view !



5. Berkongsi kisah akan teknik pukulan Arwah Acik Bakar ( Cifu pada cifu aku). Arwah Acik Bakar gemar akan pukulan MAUT SATU iaitu bilamana pihak lawan melancarkan serangan bersenjata atau pun tidak dari sisi kanan, maka Arwah akan menyambutnya dengan menggunakan anggota tangan kirinya, dia terus melancarkan serangan kilat ke anggota halkum/leher/ulu hati/dada/muka pihak lawan!

Tangan kiri Arwah Acik Bakar tersebut berfungsi & bertindak 2 dalam satu iaitu sebagai anggota blocking & serangan serentak!

Maka disautnya leher pihak lawan dengan menggunakan tangan kirinya tersebut sambil pukulan berturut sepantas kilat dilancarkan dengan menggunakan anggota siku kanannya terus ke bahagian anggota muka pihak lawan!

Boleh juga dengan menggunakan anggota lutut kanannya, arwah Acik Bakar melancarkan serangan ke arah anggota bahagian peha kanan pihak alwan sambil tangan kanan arwah Acik Bakar akan "menepuk" anggota penyawa pihak lawan!


6. Arwah Acik Bakar juga gemar menyerang pihak lawan dengan serangan serangkai iaitu jika anggota tangan kanan arwah menyerang ke anggota bahu sisi kanan pihak alwan maka diikuti juga dengan pukulan SAPU / serangan kaki ke kanan arwah akan dilancar ke anggota kaki/peha/sendi lutut kanan pihak lawan!

Akibatnya pihak alwan akan terkankang kankang tidak stabil & langsung tidak mampu untuk bertindak balas balik!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

No comments: