Wednesday, February 9, 2011

Pendekar

Assalamualaikum w.b.t..

Permainan LIAN adalah GANAS dan keras.

Contohnya kepada sesiapa yang pernah menonton IP Man, maka gerakkan yang KERAS & KASAR adalah seperti filem tersebut.



Dalam bab dimana IP Man berlawan dengan 10 orang ahli karate jepun!

GANAS dan keras disini bermaksud cara permainan gerakkannya adalah bersifat BUAH PUKUL iaitu pukulan keras dilancarkan walau pun sebenarnya nak blocking tetapi ia sebenarnya pukulan!



Contohnya ialah pukulan Jurus 4 Lian adalah seperti gerakkan viper kereta! Sebenarnya semuanya jika diterjemahkan adalah PUKULAN & bukannya blocking!

Bilamana gigi geraham dikacip rapat dan kuat. Juga kita hendaklah memastikan anggota lidah mesti berada di dalam anggota mulut! Ini untuk mengelakkkan kita daripada mencederakan diri sendiri iaitu dengan tergigit anggota lidah kita sendiri semasa pertempuran.



Dengan kombinasi pernafasan yang betul, maka akal fikiran kita mesti ligat berjalan untuk cuba memBACA gerak musuh!

Insyallah dengan izin ALLAH s.w.t memberikan ketenangan & keberanian ke dalam HATI kita, maka kita sebenarnya sudah bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran yang dihadapan kita!

Sebenarnya aku lebih suka kombinasi teknik LIAN ( keras ) dengan teknik lembut iaitu cara tarik/patah!

Tarik/patah disini bermaksud jika jarak pihak lawan jauh, maka kita akan mengambil langkah untuk menjadikanpihak lawan kita rapat iaitu dengan cara kita menarik anggota leher/rambut/kolar baju/janggut & etc pihak lawan ke arah kita. Maka disusuli dengan teknik siku, maka kita akan makan pihak lawan!

Dalam situasi sebenar street fighting, eloknya Jurus 4 mesti dikuasai. Ini memerlukan bilamana pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan maka kita akan menyambutnya dengan pukulan pertama ( dari gerakkan pusingan atas ke bawah ) dibuat ke atas anggota sendi tangan kanan pihak lawan!

Bayangkan seperti gerakkan viper kereta, pukulan perTAMA ini dilakukan dengan menggunakan anggota buku lima tangan kiri yang digenggam erat & kemas. Disusuli dengan pukulan ke DUA dilancarkan dengan menggunakan anggota buku lima tangan kanan kita yang digenggam erat & kemas ke anggota sendi tangan kanan pihak lawan yang sama! Seterusnya pukulan ke TIGA terus dilancarkan ke anggota muka/uluhati pihak lawan dengan menggunakan anggota tangan kiri kita pula.

Secara praktikalnya, pukulan perTAMA, ke DUA dan keTIGA adalah berturut turut gerakkannya. Maka jika dalam gerakkan yang pantas, ia seolah olah seperti gerakkan viper kereta!

Aku selalu ingatkan diri aku sebenarnya apa tujuan aku belajar BUAH PUKUL GPLY ini. Pada permulaanya aku belajar GPLY ini disebabkan aku ada musuh iaitu jiran aku yang psiko & gila.



Aku hadapi segala ludahan dia selama 7 tahun dengan sabar & tanpa melawan!

Tetapi sampai satu peringkat kita sebagai manusia biasa atas kesedaran untuk melindungi diri sendiri & juga keluarga maka mahu tidak mahu maka kaedah Sayidina UMAR yang secara garang & berani bersemuka denga musuhnya diikuti.

Alhamdulillah dengan izin ALLAH s.w.t, musuh aku itu akhirnya jual juga rumahnya. Itu pun as-sebab aku sudah 2 kali ajak dia secara gentleman man-to-man fighting! Juga 2 lagi jiran aku ( Zul E/// & Arun yang bersama sama men"jemput" dia man-to-man fighting! :)

Sebelum ini, jiran aku yang psiko ini HEBAT orangnya. Sudah berapa kilo air ludah dia jatuh ke bumi kerana hobi dia ialah meludah ke arah jiran tetangga !

Pada suatu hari, alhamdulillah berkat keyakinan diri aiaitu selepas menuntut & belajar GPLY yang menggunakan anggota tulang 4 kerat ini, maka di bulan May 2009, maka aku memanggil jiran aku yg psiko ini untuk "settle' apa yang terpendam selama 7-8 tahun ini. Alhamdulillah, dia tersentak & mukanya tunduk ke bawah.

Semenjak dari hari itu, aku tengok dia sudah "lemah" iaitu tidak berani lagi menunggu aku untuk membolehkan dia meludah aku!

Sehinggalah bilan Mac 2010, maka aku menjemput dia sekali lagi untuk man-to-man fighting iaitu aku masih ingat lagi ayat yang aku lontarkan iaitu " Bro, if you have a ball, come here, we settle as a man .."..Jiran aku Mr Zul yang jadi saksi bagaimana si Psiko itu tertunduk mukanya.



Itulah sejaranya bagaimana bilaman kita lemah & tidak berdaya, maka kita menjadi HINA sehina hinanya!

Alhamdulillah sekarang ini, Cifu aku pun sudah bagi green light untuk aku ajar apa apa yang patut kepada yang memerlukan iaitu boleh jadi insan yang pernah mengalami dugaan & ujian menperolehi jiran yang jahat.

Juga dengan suasana masyrakat di Malaysia yang saban hari ada sahaja kes jenayah, maka ilmu pertahanan diri sepatutnya mahu tidak mahu mesti dipelajari aiaitu tidak kira samada kanan kanak, orang muda, tua & sebagainya.

Kita bukannya mahu menjadi seorang pendekar. Jika ditakdirkan kita belajar sampai mahir ke tahap pendekar, maka itu adalah bonus.

Sekadar untuk menyelamatkan diri & tahu apa yang perlu kita lakukan jika didalam saat saat yang genting seperti kes ragut, ada orang nak culik, orang gila mengamuk & etc.

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng
Skype : basteng1

2 comments:

Rofi said...

Salam Basteng,

Gerakan viper kereta kelajuan berapa? 1? 2? 3?

Anonymous said...

W'lam Rofi,

Cantiknya dalam kiraan speed yg paling maksimun !

Wassalam..