Thursday, August 16, 2012
Berhati hati & berwaspada .. Kisah Bela diri Krav Maga !
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah ALLAH s.w.t masih memberi kelapangan & kesempatan atas nikmat HIDUP, IMAN & kesihatan untuk kita menjalani ibadat puasa diakhir bulan Ramdhan yang mulia ini.
Insyallah pada hari Ahad ini kita akan menyambut 1 Syawal.
Sayugia aku ingin meningati diri aku & semua betapa peri pentingnya kita mengmbil sikap selalu berhati hati, berperasangka & berwaspada semasa kita menjalani kehidupan di Malaysia sekarang ini.
Umum sudah mengetahui, sebenarnya peluang tentang keselamatan kita adalah 50:50 sekiranya kita keluar sahaja daripada kediaman rumah kita !
Jika di dalam rumah kita sendiri pun, nisbah peluang dan bahaya adalah 70:30 iaitu 70% insyallah kita dalam keadaan selamat !
Pada pendapat peribadi diri aku, asas beladiri mesti dipelajari oleh setiap individu.
Bermaksud setiap individu sepatutnya diajar & diberi maklumat apa tindakkan yang perlu diambil sekiranya si individu tersebut terpaksa berhadapan dengan si penyerang yang nekad mahu mencederakan diri si individu tersebut.
Aku ambil contoh sekiranya seorang ibu dengan ditemani oleh anak nya yang kecil sedang berjalan ke arah kereta nya kerana sudah selesai urusan membeli belah.
Tetiba daripada sudut yang tanpa diduga munculah seorang individu yang sasa dengan bersenjata ingin merompak atau the worst scenario untuk menculik si ibu & si anak tersebut maka apakah tindakkan secara spontaneous yang perlu dilakukan oleh si Ibu & si anak ?
Maaf cakap pada saat yang kritikal tersebut sebenarnya tindakkan anggota tubuh & fikiran kita yang akan bertindak balas secara automatik ! Kita tiada masa untuk bersilat untuk membuka langkah & buah !
Jika si Ibu pernah mempelajari ilmu beladiri, maka insyallah tindakkan secara spontan, automatik & pantas si Ibu dengan membuat satu tendangan menggunakan anggota kakinya dilancarkan tepat ke penyawa si penyerang !
Lihatlah bagaimana cekal & sikap Bangsa Yahudi yang telah mencipta satu sistem beladiri yang sebenarnya adalah mudah & berkesan untuk semua peringkat tidak kiralah untuk golongan kanan kanak atau orang dewasa !
http://www.mardb.com/commando-krav-maga/
Maka lahirlah beladiri yang dinamakan Krav Maga yang sehinggalah sampai ke peringkat di mana teknik dalam Krav Maga di ambil & diadun untuk dipelajari oleh anggota special Forces ( the most elite commando units and SWAT forces in Israel and around the world ) daripada seluruh dunia !
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir & Batin !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment