Sunday, September 30, 2012
menghadapi pihak lawan yang bersenjata..
Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah berkesempatan aku mengadap sifu aku untuk mendalami teknik untuk berhadapan dengan pihak lawan yang bersenjata.
Jika pihak lawan bersenjata menggunakan pisau atau pun parang maka antara teknik yang aku belajar ialah bagaimana seorang pengamal lian boleh mengatasi serangan tersebut iaitu dengan mensasarkan anggota yang memegang senjata tersebut.
Teknik kilasan ke atas anggota sendi anggota pergelangan tangan & siku + bahu adalah antara sasaran untuk kita melumpuhkan pihak lawan yang bersenjata tersebut.
Di samping seorang pengamal lian menggunakan ke dua anggota tangan nya untuk membuat kilasan ke atas anggota tangan ( sendi pergelangan tangan, siku & bahu ) pihak lawan, juga peranan anggota lutut , kaki & siku kita juga akan memainkan peranan pada masa yang sama untuk melumpuhkan pihak lawan yang bersenjata tersebut.
Seorang pengamal lian akan menggunakan anggota lutut untuk meMATAH & menjadikan bahagian anggota lutut pihak lawan menjadi tidak stabil!
Selamat menuntut ilmu & beramal..
Wassalam.
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment