Sunday, October 28, 2012

Doa & ayat amalan seharian

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulilah aku ingin berkongsi akan beberapa doa & beberapa potong ayat Al-Quran yang elok di amalkan untuk amalan seharian. Seperti ayat di bawah ini ( Allah hu rabunna ... ) mengandungi banyak sangat fadhilatnya ! Juga amalkan doa Rabiyasiir wala tuassir seperti di bawah ! Insyallah ALLAH s.w.t akan memudahkan segala urusan kita hataa di saat akhir kita akan berpisah dengan jasad kita pun ! Juga aku lampirkan doa yang mustajab untuk bersama sama kita hafal & amalkan iaitu setiap kali kita mengerjakan solat ! %%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%% Doa Mati Dalam iman %%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%% %%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%% Doa selamat Sejahtera %%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%% Selamat menuntut ilmu & beramal.. Wassalam.. Basteng

Wednesday, October 24, 2012

Rawatan Alternatif Urat Saraf : Akupuntur

Assalamualaikum w.b.t.. Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan selamat Hari Raya Haji ! Alhamdulillah hari ini aku berpeluang belajar dengan sifu aku tentang kaedah rawatan secara akupuntur ! Teknik rawatan akupuntur ini diajar oleh arwah Acik Bakar iaitu guru kepada sifu aku semasa sifu aku belajar ilmu bela diri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) . Cucukkan/tusukkan dengan menggunakan anggota ibu jari / jari telunjuk perlu dilakukan dengan menekan ke titik titik urat saraf yang tertentu. Contohnya untuk pesakit buah pinggang , maka cucukkan/tusukkan dengan menekan ke anggota tapak tangan kiri iaitu di bahagian saraf akupuntur yang berkait dengan penyakit buah pinggang. Teknik menekan ke bahagian anggota saraf tersebut perlu di lakukan sebanyak kiraan 7 kali ! Manakala untuk pesakit yang mengidap masalah jantung pula, maka kaedah rawatan dengan menekan saraf akupuntur yang berkaitan dengan jantung pula ! Silalah melawat website di bawah yang menceritakan secara terperinci tentang kaedah rawatan alternatif secara akupuntur ini. http://fitrahworld.blogspot.com/2011/06/terapi-wudhuk-dan-kesan-kepada-titik.html Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

Monday, October 15, 2012

Perempuan menumpaskan Lelaki !

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah aku suka berkongsi akan beberapa teknik gerakkan yang boleh di gunakan oleh kita semasa di jalanan. Sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku terhadap diri kita, maka sekurang kurangnya kita tahu apa tindakkan yang perlu kita lakukan ! Lihatlah photo di bawah bagaimana sebenarnya seorang perempuan pun mampu menumpaskan si pemangsa jika betul dengan tekniknya ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

Sunday, October 7, 2012

Kelebihan menguasai & mahir dlm anggota kaki/lutut !

Assalamualaikum w.b.t... Kemahiran menggunakan anggota kaki & lutut adalah amat kritikal dalam beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang aku sedang pelajari ini, Juga kemahiran menguasai teknik menggunakan anggota tangan & siku akan menjadikan seorang pengamal GPLY lebih mantap ! Suka aku berkongsi sebenarnya beladiri GPLY ini memerlukan seorang pengamal GPLY untuk menguasai kesemua teknik anggota kaki, lutut, tanga & siku ! Di samping juga secara fleksibel seorang pengamal GPLY boleh menggunakan anggota lain juga seperti anggota kepala untuk menghantuk, anggota jari untuk menyucuk mata, anggota punggung/peha untuk menjadikan pihak lawan tidak stabil, anggota mulut untuk meludah & menggigit & etc ! Juga kita boleh menggunakan pasir untuk melontar ke dalam anggota mata pihak lawan ! Aku perhatikan, jika sifu aku masuk menyerang maka anggota pertama sifu aku akan serang ialah ke arah anggota kaki/lutut pihak lawan ! Sifu aku akan menggunakan anggota kakinya untuk memijak anggota kaki pihak lawan sambil anggota lutut sifu aku akan meNEKAN anggota lutut pihak lawan untuk mematahkannya ! Pada masa yang sama sifu aku akan menggunakan anggota tangan & siku nya pula untuk melumpuhkan pihak lawan tersebut. Serangan serentak dengan menggunakan anggota kaki, lutut, siku & tangan ke arah pihak lawan adalah gerakkan RAHSIA tetapi NORMAL untuk seorang pengamal GPLY ! Inilah ilmu PERANG ! Beberapa tips yang aku suka ingin berkongsi di sini ialah tidak kira betapa perkasa/gagahnya seorang manusia tersebut tetapi jika kita menggunakan 2 teknik mudah di bawah akan mengakibatkan orang tersebut akan lumpuh ! : 1. Tolakkan ke atas dengan menggunakan anggota ibu jari kita ke anggota pangkal hidung boleh mengakibatkan kecederaan yang parah kepada orang tersebut ! 2. Dengan menggunakan anggota tapak kaki kita yang di bahagian lengkuk tengah maka tolakkan dilakukan ke bahagian anggota sendi anggota lutut orang tersebut ! 3. Cucukkan disasarkan ke anggota rusuk pihak lawan yang di bawah sedikit anggota payu dara ! 4. Tepukkan dengan menggunakan anggota tapak ibu tangan disasarkan ke anggota telinga pihak lawan ! 5. Tumbukkan/bidasan rotan dilakukan secara terus, padat & kuat disasarkan ke anggota penyawa pihak lawan ! Panjang umur, insyallah aku akan cuba kupas begaimana kita sebagai orang awam membuat persedian jika terpkasa menghadapi ancaman ragut! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng