Wednesday, October 24, 2012
Rawatan Alternatif Urat Saraf : Akupuntur
Assalamualaikum w.b.t..
Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan selamat Hari Raya Haji !
Alhamdulillah hari ini aku berpeluang belajar dengan sifu aku tentang kaedah rawatan secara akupuntur !
Teknik rawatan akupuntur ini diajar oleh arwah Acik Bakar iaitu guru kepada sifu aku semasa sifu aku belajar ilmu bela diri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) .
Cucukkan/tusukkan dengan menggunakan anggota ibu jari / jari telunjuk perlu dilakukan dengan menekan ke titik titik urat saraf yang tertentu.
Contohnya untuk pesakit buah pinggang , maka cucukkan/tusukkan dengan menekan ke anggota tapak tangan kiri iaitu di bahagian saraf akupuntur yang berkait dengan penyakit buah pinggang.
Teknik menekan ke bahagian anggota saraf tersebut perlu di lakukan sebanyak kiraan 7 kali !
Manakala untuk pesakit yang mengidap masalah jantung pula, maka kaedah rawatan dengan menekan saraf akupuntur yang berkaitan dengan jantung pula !
Silalah melawat website di bawah yang menceritakan secara terperinci tentang kaedah rawatan alternatif secara akupuntur ini.
http://fitrahworld.blogspot.com/2011/06/terapi-wudhuk-dan-kesan-kepada-titik.html
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam.
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment