Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Gerak siku 6 ini mempunyai 6 jenis variasi gerakkan .
Antaranya yang mampu aku kongsi di sini ialah seperti teknik anggota siku Kapak, siku helang & siku terbalik.
Selebihnya kenalah mengadap guru sekiranya ingin mendalami ilmu gerak siku 6 ini !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Seorang pengamal beladiri GPLY perlu memahirkan diri untuk melumpuhkan pihak lawan dalam masa yang singkat dengan gerakkan yang paling seminima !
Aku perhatikan bilamana sifu aku masuk melancarkan serangan, maka kedua dua anggota kaki & tangan akan masuk secara serentak.
Bahagian anggota tangan+siku sifu aku akan meMATIkan bahagian anggota tangan+siku pihak lawan.
Begitu juga pada masa yang sama, anggota kaki+lutut sifu aku akan STOP/MATIkan anggota kaki+lutut pihak lawan !
Inilah keunikan & keistimewaan dalam GPLY .
Titik lemah di anggota seorang manusia adalah banyak antaranya di bahagian rusuk iaitu di bawah sedikit daripada anggota buah dada!
Juga di bahagian pernafasan di anggota tengkuk.
Anggota mata juga antara yang paling sensitif.
Juga anggota sulit !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Barulah akan diikuti dengan teknik bagaimana serangan boleh dilakukan!
Secure the defence first then later attack is launched !
Teknik untuk bertahan mempunyai pelbagai teknik seperti di bawah :
1. Tebah Lalat - menggunakan ke dua dua anggota tapak tangan,
2. Tampar Beruang - menggunakan kedua dua anggota lengan iaitu anggota di antara anggota tapak tangan dengan anggota siku !
3. Bergayang - angota tubuh badan kita akan bergerak seperti gerakkan seekor ular tendong sela ! Anggota mata kita mesti fokus kepada pihak musuh & anggota badan kita akan berlintuk liuk ( ke atas, ke bawah, ke kiri, ke kenan, ke belakang, ke hadapan .. ) seperti gerakkan seekor ular yang bersiap siaga & bersedia untuk menyerang !
Selain menguasai ilmu teknik untuk bertahan GPLY, seorang pengamal GPLY mestilah juga memahami & menguasai ilmu TAPAK !
Peri pentingnya menguasai ilmu TAPAK GPLY ini kerana sekiranya kita tersilap TAPAK maka dikhuatiri kita akan mati langkah & check mate diri sendiri !
Menguasai ilmu TAPAK GPLY ini membolehkan seorang pengamal bela diri GPLY senantiasa mempunyai RUANG untuk DEFENCE & ATTACK mode !
Jika TAPAK kita hidup maka In Syaa Allah, kita mampu menguasai & memenangi street fighting !
TAPAK yang betul akan menjadikan kedudukkan anggota tubuh kita stabil ! Ini akan memberi kelebihan buat kita untuk menutup ruang agar pihak lawan sukar untuk melancarkan serangan. Tetapi pada masa yang sama akan memberi & membuka ruang kepada kita untuk melancarkan serangan ke titik titik lemah pada anggota tubuh pihak lawan !
Dalam GPLY, ilmu TAPAK ini di namakan sebagai TAPAK HULUBALANG.
Ada 11 jurus dalam GPLY yang aku belajar ini.
Antara jurus yang aku paling gemar ialah jurus 5 iaitu tekniknya banyak menggunakan anggota tangan & siku seperti Steven Seagel yang mahir dalam beladiri AiKido !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam...
Basteng
Ini akan mengakibatkan pihak lawan terus mati langkah @ Check Mate !
Di samping itu suka berkongsi akan khasiat tumbuhan herba yang dinamakan sebagai Belalai Gajah !
http://www.youtube.com/watch?v=GNQajqWwCk4&feature=player_embedded
1. ALLAH
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=mrcoYTGCXvc
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Aku masih ingat lagi semasa aku berkesempatan mengadap sifu aku semasa mempelajari beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ), Sifu aku memberi tunjuk ajar bagaimana beberapa teknik anggota siku dalam beladiri GPLY yang boleh diguna pakai.
Antara teknik anggota siku Lian yang rungkas & berkesan ialah teknik Siku Helang dan siku Kapak !
Teknik anggoya siku Kapak hanya memerlukan seorang pengamal lian untuk mengangkat anggota siku seperti dalam keadaan menyikat rambut !
Manakala, teknik anggota siku Helang pula hanya memerlukan seorang pengamal lian untuk membuat pukulan anggota siku dalam pusingan melawan atau mengikut arah jam sahaja !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam.
Basteng
Insyaalah segala amalan kita diterima oleh ALLAH s.w.t...amin.
Sempatlah juga sifu aku memberi tunjuk ajar secara mendalam perihal teknik mainan anggota kaki dalam beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ).
Ini antara salah satu teknik asas anggota kaki yang perlu diketahui & dikuasai oleh seorang pengamal beladiri GPLY.
Selamat berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Wassalam..
Basteng
Sifu aku seringkali menekankan bagaimana kita boleh umpamakan anggota siku & lutut adalah kembar iaitu sekiranya anggota lutut kita bergerak untuk defence/attack maka pada masa yang sama juga anggota siku juga akan bergerak menyerang juga !
Sebenarnya boleh juga untuk kita hanya menggunakan anggota lutut atau pun anggota siku secara berasingan dalam street fighting close combat.
Tetapi untuk seorang pengamal beladiri GPLY, kombinasi secara serentak anggota siku & anggota lutut adalah mesti dikuasai & dimahirkan !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam.
Basteng
Tujuan utama ialah untuk menyebabkan pihak lawan inbalance@tidak seimbang !!
Untuk ini kali, serangan adalah disasarkan ke bahagian anggota kaki/betis/lutut pihak lawan yang berada dibelakang & bertindak sebagai paksi/kekuda pula !
Contohnya, jika pihak lawan masuk melangkah dengan anggota kaki kanan berada di hadapan, maka kita dengan pantas akan masuk melangkah juga dengan menggunakan anggota lutut kiri kita terus menghentam ke anggota bahagian lutut/betis kiri pihak lawan !
Pukulan menggunakan anggota lutut kiri kita terhadapa anggota lutut kiri pihak lawan ini akan mengakibatkan pihak lawan terus check mate & mati langkah kerana keseimbangan badan pihak lawan telah tiada !
Pada saat & ketika inilah, serangan bertali arus menggunakan anggota siku & lutut kita kita dilancarkan terhadap pihak lawan sehinggalah pihak lawan terus lumpuh !
Selamat menuntut ilmu & beramal..
Wassalam..
Basteng
Sebab itulah dalam GPLY, anggota kaki/lutut kita akan "sampai" dahulu mencari sasaran untuk menjadikan pihak lawan tidak seimbang !
Itulah keistimewaan yang aku boleh berkongsi & berbangga dengan beladiri GPLY yang aku sedang pelajari ini ialah apa apa pun angota kaki & lutut kita akan menyerang sendi anggota lutut/betis/kaki pihak lawan terlebih dahulu !
Selepas menyebabkan kedudukkan badan ( target sasaran ialah di anggota sendi lutut/betis pihak lawan ) anggota pihak lawan sudah tidak seimbang, maka akan disusuli pula serangan bertali arus menggunakan anggota tangan/siku kita pula !
Di sebabkan itulah, kenapa dalam kamus orang melayu kedapatan peribahasa yang menggunakan istilah KAKI iaitu seperti Kaki masjid atau kaki botol!
Mana ada peribahasa melayu yang menggunakan istilah Tangan Masjid atau Tangan Botol .. right ?
Point disini ialah kemahiran menguasai & menggunakan anggota kaki/lutut adalah antara faktor terpenting yang akan menentukan samada kita boleh survive ataupun tidak semasa street fighting !
Selamat menuntut ilmu & beramal...
Wassalam..
Basteng
Kedudukkan jurus 10 adalah seperti dalam gambar di atas di mana kedudukan anggota badan kita adalah dalam bergayang !
Lihatlah bagaimana posisi kedudukkan 1 anggota tangan adalah untuk melindungi di bahagian anggota penyawa kita. Manakala 1 anggota tangan yang lain adalah untuk melindungi anggota tubuh kita yang berada di bahagian atas iaitu sekitar bahagian anggota kepala !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Ini teknik pukulan buah pukul yang akan diguna pakai sekiranya terpaksa bertempur di jalanan !
Sifu aku juga memberi tunjuk ajar bagaimana pukulan silang dilancarkan ke anggota sendi pihak lawan.
Pukulan silang ini bermaksud jika kita membuat pukulan dengan melancarkan tumbukkan menggunakan anggota tangan kanan, maka pukulan disasarkan ke arah anggota sendi yang berada di bahagian tubuh di sebelah kanan pihak lawan !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Tapak di sini membawa maksud bagaimana teknik yang betul untuk seorang pengamal beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) menyusun langkah untuk bergerak bertujuan untuk mempertahankan diri/menyerang!
Alhamdulillah baru aku lebih memahami dan menghargai peri pentingnya kedudukan posisi cara berdiri / bertapak yang betul untuk menghasilkan keseimbangan anggota tubuh badan kita !
Kata kunci di sini ialah keseimbangan !
(2) Kita menarik anggota sendi siku/bahu sambil seterusnya kita menolak anggota badan pihak lawan ! Yang aku perasan, teknik menarik & menolak anggota tangan/siku/bahu/lutut ini banyak kedapatan di dalam beladiri Aikido !
(3) Kita memijak anggota kaki pihak lawan sambil kita menolak anggota badan pihak lawan !
Semua teknik di atas adalah bertujuan untuk menyebabkan keseimbangan badan pihak lawan menjadi tidak stabil !
Sifu aku juga memberi penerangan & tunjuk ajar sekiranya kita terpaksa berhadapan dengan pihak lawan yang bersenjata seperti pisau/parang/kapak/pedang, maka
(1) Seorang pengamal GPLY akan memukul terlebih dahulu sendi pergelangan anggota tangan/jari pihak lawan yang memegang senjata tersebut !
( 2 ) Seterusnya di ikuti dengan pukulan ke anggota sendi lutut pihak lawan di bahagian rawan/lembut dilakukan !
( 3 ) Disusuli dengan pukulan ke anggota sendi buku lali kaki di bahagian rawan/lembut dilancarkan !
Sebenarnya pukulan yang di sasarkan ke tiga bahagian anggota sendi di atas hendaklah dilancarkan secara serentak !!!
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Teknik pijakkan yang disyorkan ialah kita menggunakan bahagian tapak anggota kaki kita yang berlekuk disasarkan kebahagian anggota jari kaki pihak lawan yang melangkah di bahagian hadapan !
Bilamana pijakkan di lakukan maka dengan pantas pula kita akan terus menolak anggota tubuh pihak lawan ( ke bahagian anggota yang di atas sendi anggota siku pihak lawan ) dengan menggunakan anggota lengan/tangan/siku kita untuk check-mate @ mematikan terus langkah pihak lawan !
Percayalah kombinasi teknik pijakkan anggota kaki yang dilakukan terhadap anggota kaki hadapan pihak lawan + tolakkan menggunakan bahagian anggota tangan/lengan/siku kita ke anggota tubuh pihak lawan akan mengakibatkan pihak lawan langsung tidak mempunyai ruang & peluang untuk melakukan tindak balas . Ini disebabkan keseimbangan anggota tubuh pihak lawan sudah 100 % dikuasai oleh kita !
2. Di samping teknik memijak anggota jari kaki hadapan pihak lawan, teknik yang berkesan ialah dengan menggunakan anggota buku lali kaki kita akan menhengtam/menghentak ke anggota sendi kaki pihak lawan yang melangkah di hadapan terlebih dahulu! Kemudian kita akan memijak anggota kaki pihak lawan yang berada di bahagian hadapan tersebut dengan menggunakan bahagian anggota kaki kita yang berlekuk sambil tolakkan dilakukan di bahagian anggota tubuh pihak lawan !
Dua teknik di atas dilancarkan bilamana jarak pertempuran adalah rapat. Tetapi sekiranya jarak pertempuran adalah jauh sedikit maka kita boleh menggunakan teknik anggota kaki untuk menyerang sendi anggota lutut pihak lawan pula .
Sasaran utama kita ialah dengan menggunakan anggota tapak kaki kita yang belekuk ataupun bahagian tapak kaki hadapan kita akan menyerang ke anggota sendi lutut kaki kanan atau pun kiri pihak lawan ! Di bolehkan serangan dilakukan samada ke anggota kaki pihak lawan yang melangkah ke bahagian hadapan atau pun ke anggota kaki pihak lawan yang berada di belakang.
Perlu diingatkan sasaran kita di sini ialah ke anggota sendi lutut pihak lawan !
Sebenarnya cara hentaman ke anggota sendi lutut pihak lawan ada beberapa teknik . Perlulah mengadap guru untuk mengetahui teknik yang sebenarnya !
Latihan untuk memantapkan teknik anggota kaki boleh di buat dengan menggunakan Wooden Dummy @ Orang Kayu !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng