Assalamualaikum w.b.t..
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Maaf Zahir dan Batin...
Sementara suka aku berkongsi akan teknik pukulan yang dibuat terus ke anggota ruas sendi seperti di anggota sendi jari tangan atau pun kaki.
Anggota yang aku maksudkan ialah pukulan dibuat ke anggota sendi yang menghubungkan kuku di anggota jari kaki ataupun jari tangan.
Kawasan ini sebenarnya adalah amat sakit sekali jika pukulan/cucukan menggunakan jarum dibuat.
Sekiranya pihak lawan memegang pisau atau pun parang dan pukulan dilakukan tepat ke kawasan sendi tersebut, maka senjata tersebut akan terlepas daripada gengaman.
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Sunday, July 27, 2014
Tuesday, April 15, 2014
Membuka Ruang....
As Salam,
Aku sempat menonton satu movie yang baru yang berjudul " I am soldiers ".
Movie ini berkisar kisah seorang pemuda yang berazam untuk menganggotai special force SAS team iaitu pasukkan elit askar U.K.
Dalam tempur tanpa senjata, seni beladiri Krav Maga telah dipilih untuk diguna pakai oleh anggota elit SAS U.K.
Krav Maga ini telah dicipta oleh orang Yahudi untuk diguna pakai dalam close combat untuk anggota tentera Israel.
Aku berpendapat Krav Maga ini antara beladiri yang memang sesuai untuk di gunak pakai utk street fighting.
Manakala untuk beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ), teknik membuka ruang dan mencari peluang adalah antara perkara penting yang mesti selalu diingati oleh seorang pengamal beladiri GPLY.
Aantara teknik membuka ruang ialah seorang pengamal GPLY akan menggunakan anggota lututnya untuk menguis/menguak/menurun anggota lutut ke anggota betis pihak lawan.
Untuk menguasai dan memahirkan diri teknik untuk membuka ruang , maka menuntut ilmu dengan mengadap guru mestilah di laksanakan.
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam.
Basteng
Wednesday, February 5, 2014
Penyakit Hati
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah ALLAH s.w.t mengurniakan nikmat IMAN & ISLAM dan juga masih memanjangkan umur & menganugerahkan kesihatan akal & tubuh badan lagi kepada diri aku. Alhamdulillah.
Hidup dalam dunia yang sementara ini, aku selalu meningatkan diri aku tentang peri pentingnya sifat SABAR.
Sabar bilamana diri kita di uji.
Berbagai bagai bentuk ujian yang ALLAH s.w.t beri & timpakan kepada setiap individu yang bernama insan ini.
Ada ujian yang ALLAH s.w.t datangkan MAKHLUK yang berjasad manusia dan mempunyai wajah tetapi berhati seperti SYAITAN.
Hati MAKHLUK tersebut penuh dengan dendam kesumat & kebencian.
Oleh kerana itu, jika MAKHLUK tersebut mempunyai & memperolehi sedikit kuasa, maka MAKHLUK tersebut merasai diri MAHLUK tersebutlah yang memberi REZEKI !!!
Di takuti, MAKHLUK tersebut telah berlaku SYIRIK terhadap ALLAH s.w.t.Nauzibillah.
Tambahan jika MAKHLUK tersebut mempunyai NIAT untuk menganiaya makhluk ALLAH yang lain, maka pesan saya di sini ialah tunggulah saatnya di mana si sang roda akan berputar !
Jika pembalasan tidak berlaku di atas mukabumi ini, In Shaa Allah payback time akan berlaku di hari pengadilan.
Pesan saya kepada si MAKHLUK yang merasakan dirinya BESAR, BERKUASA & HEBAT itu, kamu boleh ketawa & mengilai atas apa perbuatan & kesusahan & penganiyaian yang kamu lakukan pada hari ini...
Tetapi awas ALLAH s.w.t itu kang ADA !
Sampai ketika dan saat nya..dengan kalimah Kun Fa Yakun ( Surah YaSin ayat 82 ),.....
Sebagai hamba ALLAH yang lemah & dhaif ini, saya memohon AMPUN kepada ALLAH s.w.t .
Saya & MAKHLUK itu TIDAK BERKUASA ...ALLAH s.w.t sahaja yang sebenarnya berKUASA..
Apalah gunanya si MAKHLUK itu solat tetapi HATI nya penuh dengan penyakit yang kronik seperti BANGGA DIRI, UJUB, SOMBONG, DENDAM , ZALIM & etc...
Maaf cakap justeru itu saya mengandai & menganggap MAKHLUK tersebut hanyalah seumpama seekor LALAT TAIK dan MAKHLUK tersebut sebenarnya adalah seorang yang BACUL, PENAKUT, SAKIT ( hati berpenyakit ) & bersifat ke anak anakkan.... !
*Nota : Sifu aku menyuruh aku mengucapkan Thank You @ Terima Kasih @ Xie Xie Nie pada MAKHLUK tersebut...
Wallahualam..
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Monday, January 6, 2014
Beberapa Gerakkan Bela diri yang mudah tetapi berkesan
AsSalam...
Alhamdulillah berkesempatan untuk aku berkongsi beberapa teknik gerakkan menggunakan anggota siku , tangan & kaki untuk mempertahankan diri kita.
Lihat lah bagaimana teknik gerakkan menggunakan anggota siku boleh dilancarkan terhadap pihak lawan kita.
Sebenarnya pukulan menggunakan anggota siku adalah antara teknik yang paling mudah & amat beekesan sekali.
Sekiranya pukulan siku kita mengenai ke anggota rusuk / dada atau muka pihak lawan akan mengakibatkan kecederaan yang parah !
Sebenarnya gerakkan di atas adalah amat mudah untuk dilancarkan .
Untuk memperolehi ilmu kita kenalah mengadap guru untuk menimba ilmu.
Ketahuilah sebenarnya seperti teknik di atas iaitu kombinasi teknik gayang & serangan menggunakan anggota kaki adalah antara teknik yang amat berkesan untuk melumpuhkan pihak lawan.
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam...
Basteng
Subscribe to:
Posts (Atom)