Wednesday, February 10, 2010

Serangan Jurus Kaki

Salam...

Alhamdulillah hari ini berkesempatan belajar teknik menggunakan kaki.

1.0 Latihan kaki boleh di buat dengan meluruskan kaki ke dinding. Kemudian dengan membengkok kaki, kita membuat serangan dengan menggunakan tumit atau di bahagian hujung di bawah tapak kaki ( serangan) dan menggunakan tapak bawah kaki untuk blocking serangan musuh.

2.0 Serangan dengan menggunakan kaki boleh dilancarkan ke banyak bahagian lemah/sendi musuh seperti :
(a) Dekat buku lali musuh
(b) bahagian penyawa
(c) Bahagian di sekitar penyawa
(d) di bahagian pelipat belakang lutut iaitu dengan menghentak tumit kita ke tempat itu.
(e) Bahagian Lutut
(f) Bahagian ulu hati/dada
(g) Bahagian muka/tengkuk

3.0 Teknik latihan kaki boleh di buat dengan kaedah menendang bola, kita menghayun kaki kita ke wooden dummy. Juga bilamana kita memukul wooden dummy, lutut kita akan naik ke atas untuk memukul/blocking!

4.0 Teknik kita masuk dan buat tendangan sisi.

5.0 Teknik buat pukulan buah 5 dengan hidupkan tangan untuk tujuan meRENTAP!

6.0 Teknik menangkap & mematahkan kaki musuh. Dengan menggunakan kedua dua tangan, kita menggunakan satu tangan dengan memegang di bawah tumit musuh. Sementara tangan yang satu lagi untuk memusing dan mematahkan pergelangan sendi kaki musuh.

7.0 Teknik Mememgang buah Pukul 3. Teknik ini mengkehendaki tangan kita untuk memegang bahagian kaki musuh dengan cara menarik/mengangkat kaki musuh.

Selamat berlatih untuk menghidupkan kaki!

Wassalam..

Basteng

1 comment:

basteng said...

u r welcome