Friday, April 30, 2010

"Grab and Pull " teknik

Salam,

Alhamdulillah sesiapa yang berkenaan berminat di dalam "Martial Art" street fighter bolehlah melayari :

http://www.youtube.com/watch?v=8ppVaZf0U8w

Boleh mempelajari ilmu asas untuk seni mempertahankan diri!

Aksi 2 budak "BodyGuard"! :)



Selamat Beramal!

Wassalam..

Basteng

Thursday, April 29, 2010

Jurus "kaki", "Buah 10" & mainan Kayu tongkat panjang

Salam,

Alhamdulillah, berkesempatan mempelajari & mendalami beberapa jurus :

(1) Jurus Kaki. Jurus kaki adalah salah satu teknik terpenting kerana dengan jurus kaki jika kita berjaya memahirkan diri maka kita boleh mengatsi lawan yang bersenjata!



Juga dengan Jurus Kaki kita akan dapat mengalahkan pihak lawan yang besar sizenya kerana kita akan menyerang bahagian sendi di lutut, kaki, di rusuk & lengan lawan!



(2) Jurus "Buah 10" Part 1. Teknik ini memerlukan kita bermain/gayang bawah! Dengan gerakan badan kita dibawah paras maka kita akan menyerang ke tulang rusuk lawan!Disusuli dengan pukulan jurus lutut + siku ke bahagian ulu hati/dada + dagu pihak lawan!



(3) Jurus "Buah 10" Part 2. Teknik ini membuatkan kita berkeaadaan di dalam posisi kedua lutut kita rendah! Maka, kedua jari tangan kita ditemukan! Maka bilamana pihak lawan menlancarkan serangan seperti menendang, maka kita akan melancarkan serangan dengan menggunakan siku kita! Seterusnya disusuli dengan Jurus "Monyet Panjat Pokok"!


(4) Jurus "Kayu Tongkat Panjang". Dengan menggunakan kayu yang panjang maka kita akan menyerang pihak lawan seadanya. Teknik ini memerlukan kita membuat latihan dengan menggunakan "Wodden Dummy"!.



*Nota : Merancang jika berkesempatan untuk melawat tapak latihan BelaDiri di Taman Permata pada minggu hadapan!

Selamat beramal, berlatih & riadah!

Wassalam..

Basteng

Wednesday, April 28, 2010

Jurus "Penyawa"

salam,

Alhamdulillah pagi ini berkesempatan mempelajari teknik pukul 1 ke bahagian "penyawa" dan serentak disusuli dengan 2 tumbukkan ke ulu hati dan bahagian muka lawan!

Gerakkan diatas ini memerlukan anggota tubuh badan kita untuk ber"gayang" iaitu mengelak serangan musuh seperti gerakkan seekor ular/belut!

Juga kombinasi gambungan lutut/peha untuk membuatkan pihak Lawan tidak stabil adalah amat berkesan sekali!



Dengan gambungan teknik Jatuh, maka serangan tumit kaki dilancarkan ke bahagian sendi lawan !

Selamat beramal!

Wassalam..
Basteng

Teknik "Lembang"

Salam,

Alhamdulillah berkesempatan belajar teknik "Lembang".

Teknik ini adalah jurus di dalam Tahap 2.

Teknik ini amat berkesan untuk memberhentikan gerakkan musuh iaitu dengan mengunakan sebahagian siku dengan separuh lengan kita , maka kita akan menekan bahagian siku ke bahu musuh! Manakala, bahagian anggota tangan & jari kita akan menyerang/mematuk bahagian pernafasan di leher lawan!



Seterusnya kita akan menggunakan anggota tangan kita yang satu lagi untuk me"lembang" kepala musuh!Akibatnya lawan kita akan jatuh terlentang kebelakang!Maka kita akan menyusuli dengan melancarkan serangan kaki iaitu dengan menggunakan tumit kaki kita terus ke bahagian dada/rusuk/muka/leher lawan!



Selamat beramal & berlatih..

Wassalam..

Basteng..

Monday, April 26, 2010

Jurus Tahap 2

Salam,

Alhamdulillah hari ini aku berkesempatan mempelajari beberapa teknik baru di dalam Jurus Tahap 2.



Jurus Tahap 2 ini memerlukan bilamana lawan melancarkan serangan maka kita akan melancarkan serangan balik + blocking + jatuh! Ini mengakibatkan lawan kita tidak berpeluang langsung untuk melancarkan serangan balas seperti menumbuk/menyiku/menendang!



Suka aku berkongsi maklumat tentang bagaimana untuk orang yang bersaiz kecil untuk menewaskan orang yang berbadan sasa & besar seperti "Malek Noor"!



Antara tipsnya ialah dengan menyerang bahagian SENDI. Sendi disini adalah bahagaian kaki iaitu lutut, buku lali, ulu hati, bahagian rusuk/tulang rawan yang selari dengan bahagain "nipple", bahagian leher iaitu dikawasan saluran pernafasan kita & bahagian mata!

Ada satu kisah bagaimana Guru kepada Cifu aku berjaya menjatuhkan seekor gajah!Dengan kaedah menyerang sendi insyallah musuh yang besar/gagah akan jatuh terlepok.


Kaeadah kita menjatuhkan badan kita adalah satu teknik yang berkesan! Ini disebabkan bilamana kita jatuh, maka lawan kita akan cuba menyerang dengan menyepak menggunakan satu kaki! Ini akan memberi runag yang luas kepada kita kerana masa kita di bahagian bawah itu, kesemua anggota tubuh kita seperti kedua kaki, tangan kita adalah hidup & berfungsi! Manakala lawan kita hanya terpaksa menggunakan satu kaki sahaja. Jadi kita kena pandai mengintai peluang untuk melancarkan serangan maut ke musuh kita!



Tips memahirkan TAPAK/LANGKAH adalah salah satu komponen penting di dalam ilmu pertempuran Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY). Kombinasi tangan/siku/lutut & gerakkan TAPAK kaki akan menghasilkan gerakkan yang padu/jitu & amat berkesan didalam pertempuran "Close Combat"!




Teknik gerakan LUTUT adalah salah satu teknik yang amat berkesan untuk mengalah lawan. Bahagian lutut kita hendaklah diangkat di atas bahagian pusat kita!



Juga teknik gerakkan SIKU adalah salah satu gerakan merbahaya! Kebiasaannya bilamana serangan SIKU dilancarkan ke bahagian ulu hati/rusuk - Tulang Rawan Lawan, akibatnnya teramatlah bahaya & sakit sekali. Silap haribulan, Lawan kita boleh padam!

Oleh itu berhati hati & mesti beringat dikala menggunakan gerakkan SIKU!

Selamat beramal & berlatih..

Wassalam..

Basteng..

Thursday, April 22, 2010

"Wodden Dummy" demo & Kisah Ku..

Salam,

Alhamduluillah semalam berkesempatan mengambil video & upload ke YouTube.

http://www.youtube.com/watch?v=eIRy0pltg4k

Untuk makluman, latihan menggunakan "Wodden Dummy" mewakili 75% latihan pelajar Gerak Pukul Lian Yunan (GPLY).

Selepas demo tu aku terus ambil air batu untuk letak kat tangan coz tak nak tangan jadi bengkak! :)




Seperti yang aku janji, ni adalah kisah hidup aku...

Pada 2002, aku & wife membeli satu rumah sendiri. Hendak diringkaskan cerita, ALLAH SWT Maha Kaya, Maha Memgetahui..

Jiran sebelah rumah aku nii , adalah manusia ( manusia ker dia nih!! ) yang sudah mempunyai keluarga juga. Ada anak, ada isteri...pagi pagi buta pukul 7 pagi sudah keluar. Kebiasaanya dia akan pulang ke rumah sekitar jam 11:30 malam!

Tahun pertama we all hidup berjiran, jiran aku nii pun buat hal iaitu tiap kali dia nak keluar pagi untuk pergi kerja maka dia WAJIB akan mengHEMPASkan pintu utama rumahnya!

Pintu utama sememangnya berat. Jadi you all boleh bayangkan macam mana bergegarnya jiran jiran yang duduk bersebelahan dengan dia iaitu termasuklah dengan aku!

Psiko dia nii berlarutan consistent iaitu tiap tiap hari tanpa jemu dia akan menHEMPAS pintu utamanya dengan kuat sekali bila dia nak pergi kerja & juga semasa pulang ke rumah iaitu sekitar jam 12 tengah malam!

Aku pun cuba risik apa yang trigger jiran tersayang aku nii buat perangai. Tup, tup aku dapat info kemungkinan pada masa itu Masjid Bandar Kinrara ( Masjid yang 2 tahun lepas ada isu azan & Teressa Kok! ) baru beroperasi maka setiap waktu subuh , azan akan berkumandang. Jadi aku agak dia nii jenia manusia yang anti Islam ker..wallahualam laa..

Yang best tuu, dia bukan saja cari gaduh dengan aku, Jiran yang Psiko ini juga akan mengherdik jiran aku yang lain.

Kemuncak kejahatan/Psiko Jiran aku nii ialah dia siap akan tunggu aku balik. So, dia akan duduk tepi pagar dia & buat aksi provokasi menyakiti hati seperti meLUDAH setiap kali melihat aku!

Tak silap aku sampai 6 tahun dia bermaharaja rela dengan kekuatan dia iaitu membuli, memprovokasi & meludah aku!

Aku tak berani bertindak coz aku bukan kaki gaduh! Sepanjang aku hidup, aku tak pernah bergaduh/bertumbuk dengan sesiapa pun!

Satu DOSA dia yang power is dia akan memasang radio rumah dia dengan kuat dari jam 7 pagi hingga ke 12 tengah malam tiap tiap hari kerja! Dia purposely hala radio tuu ke rumah aku!Dia pasang radio Chnnel Tamil! Selama 1 1/2 tahun juga laa kau terpaksa layan till radio dia rosak aku agaknya..

Memang aku pun sakit jiwa diuji, dibuli...tapi apatah daya aku selain SABAR!
Banyakkan zikir, pagarkan rumah dengan ayat ayat pendingding..

Aku pun minta nasihat daripada kawan kawan, jiran jiran...Hanya orang yang pernah diuji oleh ALLAH SWT mendapat jiran yang JAHAT akan memahaminya...

Ynag best pasai JIRAN psiko aku nii, dia tak masuk kawasan rumah aku! Dia buat benda nii didalam kawasan rumah dia iaitu dari jarak jauh!

Aku pernah repot kat MPSJ , pergi balai polis dengan jiran lain yang menghadapi ancaman seperti aku..tapi mungkin we all tak nak menyusahkan, jadi we all decided tak perlu buat repot polis bilamana we berbincang dengan pegawai polis.

Sehinggalah jiran aku yang rumahnya disebelah JIRAN Psiko aku tu membuat keputusan menjual rumahnya kerana sudah tidak tahan dengan BULI/LUDAHAN/HENTAMAN PINTU/RADIO YANG DI PASANG KUAT GIlos/Main ALARM keretanya & 1001 cara untuk menyakiti jiran!

Pada 2008, aku mengenali "Cifu' aku iaitu ex Jurulatih Komando Malaysia. Jadi aku pun berterus terang dengan dia mahu belajar ilmu pertahanan diri untuk menghadapi MUSUH yang psiko nii..

Diringkaskan cerita, sesudah 7 tahun, Alhamdulillah kali pertama aku jemput dia bertarung "Man-To-Man" is pada May 2009. Tapi dia tak keluar.Jadi keesokannya we all buat 1st polis repot di balai polis bersekatan!

Kali kedua aku jemput dia bertarung as 'Man-To-Man" is pada akhir February 2010. Tapi, untuk kali kedua dia tak mengangkat kepala! Then, we all made 2nd polis repot!

Aku perasan semenjak aku jemput dia bertarung dari 2009, perangai comel dia seperti HEMPAS PINTU UTAMA DENGAN SENGAJA & KUAT, PASANG RADIO GILORS BABI KUAT, MAIN ALARM KERETA, MAINKAN ALARM RUMAH & terutama menunggu untuk meLUDAH aku sudah tak berlaku lagi!

Apa apa pun, aku selalu ingatkan diri aku bahawasnya MUSUH aku ada di sebelah rumah! Maka persedian kena dibuat! Kita tak tahu satu hari apa nak jadi..

Tapi apa yang aku JANJI kat diri aku, ditakdirkan dia LUDAH aku lagi...sebelum air LUDAH dia jatuh ke BUMI ALLAH S.W.T ni, maka dia akan tahu & kenal siapa insan lemah & kerdil bernama Basteng ni..

NIKMAT besar mendapat jiran yang baik...

Apa apa pun aku bersyukur coz as sebab jika bukan JIRAN Psiko aku nii aku tak adalah aku bersusah payah untuk berguru & memukul kayu ! (Wooden Dummy!) huhu

Sementara aku selalu berdoa moga dia bertaubat & insaf! Mesej jelas yang aku nak sampaikan & moga dia faham is aku tak takut kat dia.Aku hanya takut pada ALLAH S.W.T. Makluk tak berkuasa, ALLAH S.W.T yang Berkuasa!

Tambahan aku tak nak membazirkan tangan/siku/lutut aku untuk memberi tunjuk ajar pada dia! Dua pun dah berumur iaitu sudah menjangkau umur 48 tahun dahh...

Tapi, jika dia beria ia sangat nak menJUAL , aku sudi memBELInya pada bila bila masa..Bukan nak takbur @ cakap besar tapi insyallah semuanya akan okay...



*Nota : Sudah 3 hari dah aku kerja malam iaitu start jam 12 & abis jam 6 pagi..letih lorr..

Selamat Beramal & Berlatih..


Wassalam..

Basteng

Sunday, April 18, 2010

Teknik Tangan "Aikido"

Salam,

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan mempelajari teknik baru iaitu seperti cara pengunaan teknik tangan pengamal seni pertahanan diri Jepun iaitu Aikido.



Masih terasa lagi kesan sakit akibat kena "pulas" ! Tapi biasalah adar berlatih dan demi memperolehi ilmu..

Ada satu papatah berbunyi => "No Pain, No Gain"!!



Alhamdulillah setakat ini semenjak aku mengenali dunia ini sudah memasuki 1 1/2 tahun, aku belum lagi patah & etc. Tergeliat itu adatlah! :)

Teknik tangan ini memerlukan bilamana musuh masuk dari sisi kanan, maka kita akan menyambut di bahagian pergelangan tangan kanan dengan tangan kiri kita.

Maka dengan teknik yang dipelajari maka dengan mudah kita akan dapat membuat musuh mengerang kesakitan akibat tangan musuh telah di kilas!

*Nota (1): Insyallah aku coretkan nanti sebab musabab aku menuntut ilmu "Perang" ini! Bukan tiada sebab @ sekadar suka suka aja! Aku rasa kisah @ pengalaman aku ni boleh dibuat cerita wayang lorr... :)

*Nota (2) : Hari sabtu lepas, aku buat Wang Pos RM216 coz aku beli majalah lama BELADIRI sebanyak 64 keluaran! Insyallah aku kan menerima majalah tuu di dalam minggu ini...Insyallah..

Juga teknik yang dipanggil "Gerak 2 langkah". Teknik ini penting bilamana kita mahu menyerang di bahagian belakang musuh!

Kita akan berjalan@bergerak 2 tapak yang akan menghasilkan kita didalam kedudukkan posisi Buah 1!



Selamat berlatih & beramal..

Wassalam..

Friday, April 16, 2010

Jurus Kunci Kepala

Salam,

Alhamdulillah pagi ini berkesempatan belajar teknik baru yang dinamakan :

(1) Jurus Kunci Kepala #2.



Teknik ini memerlukan bilamana musuh masuk menyerang dari sisi kanan, maka kita akan menyambut dengan berada didalam posisi buah 1 iaitu kaki kanan kita ditarik 1 langkah kebelakang. Manakala, dengan gunakan tangan kanan kita untuk "blocking" & tangan kiri kita akan memegang penumbuk musuh.

Maka dengan pantas kita akan MASUK iaitu kaki kanan kita akan dibelakang peha/kaki kanan musuh dan tangan kiri kita akan bertindak dengan memusing & membelit tangan kanan musuh terus keleher musuh!

(2) Jurus Kunci Kepala #3.

Teknik ini adalah lebih ringkas jika dibandingkan dengan teknik Jurus di atas.

Jika musuh menyerang dari sisi kanan, maka kita akan menyambutnya dengan tangan kanan kita terus cuba memegang penumbuk tangan kanan musuh. Manakala pada masa yang sama, tangan kiri kita akan memegang/mengangkat siku kanan musuh dan seterusnya satu serangan masuk kearah badan musuh dilakukan dengan pantas.

Akibatnya musuh akan terbelit leher dengan lengannya sendiri!







Bagi makluman, semua Jurus Kunci & patah memerlukan latihan dibuat dengan sparring partner yang betul & bukan boleh diamalkan ke Wood Dummy!

Selamat beramal & berlatih...

*Nota : Nanti aku akan kongsi bagaimana asal usul yang menyebabkan aku bergelumang & mengambil keputusan untuk melibatkan diri di dalam ilmu pertahanan & pertempuran ini !

Wassalam..

Basteng

Wednesday, April 14, 2010

Jurus Patah & Kunci

Salam,

Alhamdulillah hari ini berkesempatan memepelajari Jurus Patah.




Teknik Patah ini penting untuk digunakan bilamana didalam situasi kita tidak mahu kotorkan tempat dengan darah dan juga kita mahu lumpuhkan terus musuh kita yang bersenjata!

Untuk makluman, untuk latihan Jurus Patah kita mesti mencari rakan sepelatih kerana teknik Jurus Patah tidak boleh dilatih kepada "Wodden Dummy"!

"Wooden Dummy" adalah khusus untuk buah Pukul Lian Yunan sahaja.





Jurus patah ini mempunyai beberapa cara seperti :

(1) Jurus Patah Leher Kerbau.

=> Dengan kedudukan posisi Buah 1, bilamana musuh menyerang dari sisi kanan maka kita akan terus masuk dengan menyambut & membuat pukulan siku tangan kanan kita terus ke bahagian pelapit/sendi siku kanan musuh. Manakala dengan pantas tangan kanan kita yang menyiku tadi terus memaut leher musuh manakala tangan kiri kita akan mengepak tangan kanan musuh! Juga pukulan kaki akan dilancarkan ke bahagian peha/kaki/lutut kanan musuh!





(2) Jurus Patah Tekan Kepala & Kepak Bahu

Jurus ini memerlukan bilamana musuh masuk menyerang dari sisi kanan, maka kita akan menyambutnya dengan cara menarik kaki kanan kita 1 langkah kebelakang iaitu kita didalam kedudukan buah 1. Manakala tangan kanan kita akan mencapai penumbuk tangan kanan musuh & tangan kiri kita bersedia melancarkan 1 tumbukkan ke bahagian ulu hati musuh. Di ikuti dengan kita melancarkan satu serangan lutut ke perut musuh.




Diikuti dengan tangan kanan kita terus "menekan" tangan kanan musuh kebahagian belakang leher musuh & dengan gunakan tangan kiri kita untuk mengepak bahagian siku musuh sehingga menyebabkan muka musuh seakan mengadap kita. Dengan ini terserah kepada kita untuk melancarkan serangan lutut terus ke bahagian muka musuh atau dengan melancarkan tumbukkan bertubi-tubi ke arah bahagian muka musuh!





Untuk Jurus Kunci, alhamdulillah berkesempatan belajar 2 teknik iaitu :

(1) Jurus Kunci Lengan ( panjang . Jurus ini memerlukan seakan tangan kanan ditemukan rapat dengan tangan kiri. Ini mengakibarkan musuh terkunci gerak! Dengan kombinasi tapak, kita akan bergerak ke kanan @ ke kanan @ ke belakang @ ke hadapan untuk menyebabkan musuh mengerang kesakitan!




(2) Jurus Kunci pergelangan tangan ( pendek). Penerangan adalah seperti point # (1) di atas!



Selamat berlatih & beramal..

Wassalam..

Basteng..

Tuesday, April 13, 2010

Kunci Melayu

Salam,

Alhamdulillah pagi ni berkesempatan belajar teknik baru yang dinamakan "Kunci Melayu".

Alhamdulillah setakat ini bila di buat kat kawan kawan memang berkesan untuk menjadikan lawan kita tidak mampu bergerak untuk melawan langsung!



Kaedah ini memerlukan bilamana pihak lawan menyerang dengan menggunakan sisi tangan kanan, maka kita akan menyambutnya dengan menggunakan tangan kanan kita yang akan "memasuki" di bawak ketiak tangan kanan lawan! Manakala, tangan kiri kita akan memaut di bawah ketiak tangan kiri musuh dan seterusnya dengan kita menemukan kelima lima jari tangan kanan & kiri kita untuk membuat teknik "Kunci Melayu"!





Selamat Berilmu, Beramal & Berlatih..

Wassalam..

Basteng

Monday, April 12, 2010

Aikido - Teknik Tangan

Salam,

Alhamdulillah hari ini berkesempatan belajar teknik baru iaitu seperti cara teknik tangan Aikido!




Aku memang sudah lama meminati aktor Stevan Seagel yang sememangnya bagi aku seorang pengamal Aikido yang power!




Selamat beramal & menjalani latihan..





Wassalam..

Basteng

Friday, April 9, 2010

Wodden Dummy GPLY

Salam...

Alhamdulillah hari ini berkesempatan berkongsi maklumat berkenaan "Wodden Dummy" ( WD ).

WD di gunakan sebagai ganti untuk "sparring partner". 70% pelatih Gerak Pukul Lian Yunan (GPLY) menjalani latihan dengan WD kerana ini akan menjadikan sendi tubuh kita seperti anggota tangan kita HIDUP & biasa untuk membuat pukulan yang tepat dan pantas/cepat ke arah titik lemah di badan musuh!

WD GPLY adalah berlainan dan berbeza daripada WD Wing Chun ( Southern Boxing China )!
Kenapa dan di mana bezanya?

Bolehlah membuat pertanyaan untuk mendapatkan jawapan di basteng04@yahoo.com . :)

Suka berkongsi berkenaan apa tujuan kita mempelajari ilmu pertempuran "Street Fighter" ini. Adakah untuk memukul orang jahat/musuh semata-mata?

TUJUAN utama adalah untuk menjaga kesihatan!

Insyallah kena amalkan senaman gerakkan Harimau/Kuching iaitu di waktu pagi! Insyallah disamping melancarkan perjalanan darah & memperbetulkan urat saraf, insyallah kita akan sihat walafiat...amin..

Senaman seperti :
(1) Temukan kedua dua tumit kaki dan cuba rapatkan ke penyawa!
(2) Luruskan badan & kaki ke lantai dengan bahagian muka mengadap ke atap. Then, kita cuba angkat bahagian kaki daripada lantai 2 inci!
(3) Buat pumping seperti gerakkan harimau & kuching!


Selamat berlatih & beramal..

Wassalam...

Basteng

Monday, April 5, 2010

Sijil Lian Yunan

Salam,

Alhamdulillah hari ini berkesempatan menjalani latihan berkenaan :

(1) Teknik Pukul 1 Gulung Naga. Tangan yang "free" akan membuat pukulan dahulu ke ulu hati/muka lawan.
(2) Teknik pukul luar Guluing Naga. Kaeadah ini seperti teknik tangan Akido @ gerakkan Tai Chi.i

Tadi sempat berlatih bagaimana tindak balas semulajadi tubuh kita bilamana diserang oleh musuh. Teknik latihan ini berguna bagi memastikan pada masa kejadian sebenar kita tidak hilang akal & lupa akan segala ilmu yang dipelajari!

My cifu menumbuk & menetak so kita akan mengelak & membuat pukulan balik ke arah musuh.

Di sertakan di bawah ini adalah my Cifu Sijil Peryertaan yang dia perolehi daripada gurunya pada tahun 1986! Sebenarnya My Cifu telah mempelajari ilmu ini semenjak daripada tahun 1976 lagi!

Jadi selama 10 tahun lebih my Cifu menunut ilmu ini!



Selamat berlatih..

Wassalam..

Sunday, April 4, 2010

Kisah Seekor Landak

Salam...

Semua sedia maklum perihal seekor binatang yang bernama Landak!

Semua ketahui sifat Landak yang mempunyai duri tajam disekeliling badannya yang bertindak sebagai perisai dimasa kecemasan!

Tak kena gaya, seekor harimau garang pun boleh maut jika tersilap masuk untuk memakan Landak kerana tercucuk dengan duri Landak ke bahagian leher/kerongkong!

Sati lagi sifat Landak yang ramai manusia tidak menyedari sifat istimewa yang dimiliki oleh si Landak iaitu takkala si Landak kena perangkap kat bahagian kakinya maka si Landak sanggup menggigit kakinya sendiri sehingga putus semata mata untuk melepaskan diri daripada perangkap!

Oleh itu, dalam GPLY, sifat hati Landak yang pahit & nekad yang sanggup memutuskan kakinya sendiri demi menyelamatkan diri seperti inilah yang ingin dipelajari, diteladani & dicontohi oleh pengamal GPLY!

Gerakan memaut tangan musuh & memukul peha/lutut musuh serentak adalah salah satu teknik yang berkesan!

Guru GPLY ( Arwah Abu Bakar Bin Hussin @Acik Bakar) juga adalah guru Saudara Najib Razak!

Untuk rekod, Guru Acik Bakar ini adalah seorang guru ugama yang mengajar ilmu Tasauf. Juga dia mengajar ilmu persilatan yang pelbagai!

Selamat beramal!

Wassalam..

Basteng..

Thursday, April 1, 2010

Ibu Rita Suwanda

Salam,

Ibu Rita Suwanda adalah pakar senjata Kerambit daripada Indonesia.








Buat pengetahuan, Komando Malaysia telah di hantar belajar & berguru dengan Ibu Rita.
Juga Regimen Gerak Khas daripada pasukkan askar U.K @ U.S, Australia & etc..




Wassalam..

Basteng