Wednesday, April 14, 2010

Jurus Patah & Kunci

Salam,

Alhamdulillah hari ini berkesempatan memepelajari Jurus Patah.




Teknik Patah ini penting untuk digunakan bilamana didalam situasi kita tidak mahu kotorkan tempat dengan darah dan juga kita mahu lumpuhkan terus musuh kita yang bersenjata!

Untuk makluman, untuk latihan Jurus Patah kita mesti mencari rakan sepelatih kerana teknik Jurus Patah tidak boleh dilatih kepada "Wodden Dummy"!

"Wooden Dummy" adalah khusus untuk buah Pukul Lian Yunan sahaja.





Jurus patah ini mempunyai beberapa cara seperti :

(1) Jurus Patah Leher Kerbau.

=> Dengan kedudukan posisi Buah 1, bilamana musuh menyerang dari sisi kanan maka kita akan terus masuk dengan menyambut & membuat pukulan siku tangan kanan kita terus ke bahagian pelapit/sendi siku kanan musuh. Manakala dengan pantas tangan kanan kita yang menyiku tadi terus memaut leher musuh manakala tangan kiri kita akan mengepak tangan kanan musuh! Juga pukulan kaki akan dilancarkan ke bahagian peha/kaki/lutut kanan musuh!





(2) Jurus Patah Tekan Kepala & Kepak Bahu

Jurus ini memerlukan bilamana musuh masuk menyerang dari sisi kanan, maka kita akan menyambutnya dengan cara menarik kaki kanan kita 1 langkah kebelakang iaitu kita didalam kedudukan buah 1. Manakala tangan kanan kita akan mencapai penumbuk tangan kanan musuh & tangan kiri kita bersedia melancarkan 1 tumbukkan ke bahagian ulu hati musuh. Di ikuti dengan kita melancarkan satu serangan lutut ke perut musuh.




Diikuti dengan tangan kanan kita terus "menekan" tangan kanan musuh kebahagian belakang leher musuh & dengan gunakan tangan kiri kita untuk mengepak bahagian siku musuh sehingga menyebabkan muka musuh seakan mengadap kita. Dengan ini terserah kepada kita untuk melancarkan serangan lutut terus ke bahagian muka musuh atau dengan melancarkan tumbukkan bertubi-tubi ke arah bahagian muka musuh!





Untuk Jurus Kunci, alhamdulillah berkesempatan belajar 2 teknik iaitu :

(1) Jurus Kunci Lengan ( panjang . Jurus ini memerlukan seakan tangan kanan ditemukan rapat dengan tangan kiri. Ini mengakibarkan musuh terkunci gerak! Dengan kombinasi tapak, kita akan bergerak ke kanan @ ke kanan @ ke belakang @ ke hadapan untuk menyebabkan musuh mengerang kesakitan!




(2) Jurus Kunci pergelangan tangan ( pendek). Penerangan adalah seperti point # (1) di atas!



Selamat berlatih & beramal..

Wassalam..

Basteng..

No comments: