Wednesday, March 31, 2010

Tahap 2 : Gerak Pukul Sisi

Salam,


Alhamduluillah berkesempatan mempelajari tahap 2 iaitu jurus teknik Gerak Pukul Sisi.

Teknik ini memerlukkan bila mana musuh bergerak masuk dengan sisi kanan, maka kita akan gerak 1 langkah gayang ke kiri dan terus dalam posisi kedudukkan buah 1! Maka kita akan terus membuat pukulan ke telinga musuh, rusuk & membuat pukulan lutut ke perut atau lutut musuh!





Teknik mengesot ke belakang Teknik ini berguna bilamana musuh menyerang dengan menggunakan senjata parang atau kayu, jadi kita dengan mengekalkan kedudukkan buah satu akan mengesot 1 langkah ke belakang! Posisi ini amat berguna kerana kita boleh melancarkan serangan balas balik ke arah penyawa musuh atau lutut musuh dengan tendangan kaki kita yang hidup di hadapan!

Gerakan Gulung Ekor Naga amat lah penting untuk memperlahankan gerakkan serangan musuh sebelum kita melancarkan serangan balas yang berkesan untuk melumpuhkan musuh sekaligus!




Kombinasi gerakan Gulung Ekor Nage + tarik/tekan pergelangan tangan musuh akan menyebabkan musuh terperanjat & inbalance. Jadi, kita akan membuat serangan "terkejut" dengan menggunakan siku kita terus ke bahagian ulu hati/leher/muka musuh!

Sebenarnya untuk di bahagian lengan kita boleh pecah kannya ke 3 bahagian ruas!

Untuk perkongsian, Dummy Wood mempunyai kayu yang di atas sekali. Itu mewakili untuk latihan musuh mengkapak atau memukul dengan senjata tajam seperti parang jadi kita akan berlatih mecam mana cara untuk menghadapi situasi seperti itu.

Kayu di bahagian tengah mewakili tangan musuh yang menyerang & menumbuk kita di bahagian muka & dada.! Maka kita akan menggunakan cara Gulung Ekor Naga untuk menghadapi serangan seperti itu.

Wooden Dummy Wood di bahagian bawah mewakili musuh membuat tumbukkan/tikaman ke arah bawah iaitu di bawah pusat kita maka kita akan menyambut/membuang serangan musuh utu dengan menekan tangan musuh & melancar serangan seperti Jurus 5!!

Selamat beramal & berlatih!

Wassalam..

Basteng

No comments: