Tuesday, March 23, 2010

Teknik Adik Hammer && Gagau Anak Ikan

Salam....

#############################################
Menemui satu pautan yang bagus berkenaan ilmu beladiri = > http://www.jakickboxing.com/

http://jakickboxing.blogspot.com/

###############################################

Alhamdulillah berpeluang mempelajari beberapa teknik terkini di dalam ilmu "street fighter" Gerak Pukul Lian Yunan (GPLY).

(1) Teknik Adik Hammer. Teknik ini memerlukan bilamana musuh menyerang dengan lancarkan tumbukkan tangan kanan, maka kita akan menyambut dengan menumbuk balik dengan menggunakan tangan kanan iaitu gunakan Bidas Rotan@Adik Hammer teknik terus ke ulu hati @ bahagian muka musuh! Kaeadah ini memrlukan bahagian dekat siku kanan kita akan mengena sedikit dekat bahagian atas pergelangan tangan kanan musuh.

(2) Teknik Gagau Anak Ikan ini memerlukan kita di dalam posisi buah 1 @ sendeng dan dengan menggunakan bahagian tangan kita untuk menguis lutut/paha musuh. Ini akan mengakibatkan musuh inbalance@ tidak seimbang. Justeru akan memudahkan kita melancarkan serangan maut ke atas musuh.

(3) Teknik Gulung Naga tangkap pergelangan tangan. Teknik ini di gunakan di kala musuh bersenjata seperti pisau.Teknik ini amat berkesan untuk mematahkan tangan musuh yang memegang senjata & juga untuk menghumban musuh ke tanah!

(4) Teknik Ilmu Jarak iaitu Gayang Kiri & Gayang Kanan! Juga Teknik mengelak & menyambut dengan cara kita melangkah 1 tapak ke belakang untuk membuatkan kita di dalam kedudukan buah 1 @ sendeng!

(5) Teknik Patah kan Ibu Jari @ anak jari tangan musuh!

*Nota : Setiap kali mahu berlatih, jangan lupa untuk sedekah/hadiahkan Surat Al-Fatihah ( 3 X), Surah Qulhuallahuahad ( 7 X) & Selawat ke atas nabi ( 7X) kepada semua makhluk! ( Nabi Muhammad & keluarga & para sahabat, Nabi Adam & Sayidina Hawa, Para MALAIKAT, Para Nabi, Para Wali Allah, Tok Tok Guru/Guru silat, gURU AGAMA & ETC, Datok nenek kita, Ibu Bapa kita & sekalian Ibu Bapa, Muslimin & Muslimat & daging, kulit, darah & diri kita sendiri!

*Nota : As-Ssyahid Saidina Hamzah di kala bertempur wajah & geraknya adalah sangat Kejam, bengis & tangkas di kala menghadapi musuh!

*Nota (3): Di kala masuk hutan @ dalam keadaan takut kepada Hantu/Syaitan, satu petua/tip yang diperolehi daripada Orang Iban ialah untuk menghilangkan perasaan takut jadi kita menggigit kuat Jari HANTU ( jari tengah) kita!! Maka kita tidak akan takut lagi kepada hantu!! :)

Selamat Berilmu & Beramal & Bertawakkal kepada ALLAH s.w.t..

Wallahualam..

No comments: