Sunday, October 10, 2010

Jurus 5 & Tari Inang

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah berkesempatan untuk mempelajari & mendalami Jurus 5.

Kedudukan jurus 5 adalah seperti photo dibawah.

Sebenarnya berat kaki dihadapan adalah 30 dan manakala berat kaki belakang yang bertindak sebagai paksi adalah 70%!



Jurus 5 ini juga amat praktikal untuk diamalkan didalam pertempuran.

Tangan yg dibawah iaitu yang selari dengan kaki adalah bersedia untuk melancarkan serangan di penyawa pihak lawan. Manakala serangan kaki yg dibahagian hadapan adalah boleh dilancarkan secara jab!

Satu teknik yang dinamakan Tari Inang adalah satu teknik dimana kita menggunakan kaki yang di belakang untuk men"curi" buat tendangan ke belakang iaitu ke bahagian kaki/lutut pihak lawan.

Tujuan utama gerakkan ini untuk membuat musuh tidak stabil!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

No comments: