Thursday, October 14, 2010

Kisah 1 Jari

Assalamualaikum w.b.t..

Kestabilan adalah salah satu prinsip asas & komponen ilmu yang amat penting yang mesti kena difahami oleh seorang penuntut LIAN.



Objecktif utama ialah untuk membuat pihak lawan TIDAK STABIL.

Macam mana cara yang betul untuk kita membuatkan pihak lawan tidak stabil?



Banyak caranya antaranya ialah :

(a) Dengan cara kita memijak kaki lawan kita sambil kedua tapak tangan kita menolak dada musuh kebelakang!

(b) Bilamana kaki pihak lawan ( kaki depan) pihak lawan masih belum bertapak secara penuh di atas tanah, maka tapak tangan kita akan menolak di bahagian dada/dekat pangkal bahu lawan kita sambil tapak kita masuk!



(c) Dengan cara kita menarik bahagian lengan lawan kita ke hadapan/bawah sambil gerakkan tapak kita bergerak masuk! ( kaedah teknik ini seperti gerakkkan Aikido )

(d) Kita juga boleh menarik/menekan bahagian sendi lutut lawan kita. Juga kita menarik janggut, rambut, kolar baju, kaki seluar, bulu dada & etc!



1. 1 jari kita boleh melakukan aksi :

(a) Mencuit/menyentuh
(b) Menolak/menekan
(c) Mematuk/memukul

Di dalam 3 aksi di atas, aksi yang paling berkesan di dalam pertempuran adalah aksi (b) iaitu menghasilkan TOLAK/TEKAN.

Maksudnya di dalam pertempuran jarak dekat, bilamana pihak lawan masuk dengan laju maka kita akan menyambutnya dengan gerakkan aksi TOLAK/TEKAN. Akibatnya tenaga pihak alwan tersebut akan diguna oleh kita untuk mengalahkan pihak lawan itu sendiri!

Di dalam permainan LIAN inilah yang diamalkan agar kita boleh menggunakan tenaga pihak lawan tersebut untuk kita melambungkan lawan kita terus melanggar dinding/pokok/masuk longkang & etc.



2. Dari jurus 5, akan menghasilkan beberapa teknik jatuh jarak dekat! Insyallah dalam masa beberapa minggu akan datang, aku berazam dan bercadang untuk memahirkan diri di dalam teknik jurus lima iaitu mainan buah jatuh.

Beberapa teknik jatuh hasil daripada jurus 5 ini aku nampak seperti gerakkan Akido @ Judo!



Buat makluman, untuk teknik permainan patah,tangkap & jatuh, latihan kena dibuat kepada sparring partner yang betul. Untuk Orang Kayu, latihan pukulan Lian boleh di amalkan bukannya bilamana kita mahu memahirkan permainan teknik patah, jatuh & tangkap.

Jurus 6 & 7 adalah teknik mainan kaki. Yang sempat aku pelajari ialah bilamana kaki kanan kita melancarkan serangan ke bahagian sendi lutut pihak lawan, maka kaki kanan kita yang sama itu juga akan melancarkan serangan ke bahagian kaki musuh yang satu lagi. Ini bermaksud, 1 serangan kaki akan menghasilkan 2 pukulan ke anggota pihak lawan yang berlainan!



Untuk makluman, kemahiran Jurus 6 & 7 hendaklah cuba dikuasai kerana jurus ini sangat berkesan bilamana berdepan dengan pihak lawan yang bersenjata @ bersaiz besar.



Jika kena caranya, pihak lawan kita yang memegang senjata akan terkulai & tidak bermaya bilamana kita berjaya melancarkan serangan kaki kita terus ke bahagian bawah lengan tangan pihak lawan!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Basteng

2 comments:

ROFI said...

Hi Basteng,
If we use only ONE finger, the finger will break! So how??

Anonymous said...

Hi Rofi,

10 finger is more powerful than 1! I finger is used to attack the eye!