Tuesday, October 19, 2010

Teknik Kaki ( Jurus 6 & 7 )

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah dengan izin ALLAH s.w.t berkesempatan mendalami jurus mainan kaki iaitu jurus 6 & 7.

Untuk makluman, jurus ini memerlukan kita berdiri dalam posisi dimana lutut kita diangkat ke paras pusat dan pukulan dengan menggunakan bahagian tumit kaki akan dilancarkan ke bahagian rusuk, peha, sendi lutut, sendi kaki pihak lawan!

Akibatnya, jika betul cara yang kita guna maka pihak lawan jika silap haribulan akan menemui ajal jika serangan dilakukan dibahagian rusuk! Maka teknik ini sangat sesuai jika pihak lawan menggunakan senjata iaitu pihak lawan sememangnya berniat & bertujuan mahu membunuh kita!



Masa latihan pagi tadi sungguh memenatkan kerana aku kena berdiri atas satu kaki. Sementara kaki yang satu lagi bersedia untuk melancarkan serangan ke anggota pihak lawan.



Insyallah kena ambil masa untuk berlatih lagi kerana aku masih lagi kaku dan kekok untuk melancarkan jurus ini.






Selamat menuntut ilmu & beramal.

Wassalam..

Basteng..

No comments: