Sunday, October 24, 2010

Transformasi dari Jurus 1 ke Jurus 5

Assalamualaikum w.b.t..

Ini adalah "Orang Kayu" kat rumah Cifu aku.




Untuk makluman Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) yang aku belajar setakat ini adalah kombinasi Silat Melayu, Tomoi, Tae Kwan Do, Tai Chi, Wing Chun, Tinju, Aikido, Judo, Karate, Kung Fu & Gusti!

Jurus 1 di dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY )adalah berdiri lurus di mana satu kaki di hadapan berat yang ditampungnya sekitar 30 %. Manakala kaki yang di bahagian belakang ( bertindak sebagai paksi ) berat yang ditampungnya adalah 70%.

Pukulan/tumbukkan Jurus 1 sepatutnya diamalkan dengan cara yang perlahan tetapi kita memahami apa yang tersirat disebalik setiap gerakkan atau pukulan yang dilancarkan tersebut.

Kedudukan posisi badan, tangan & kaki untuk jurus 1 adalah seperti di bawah :



Manakala, kedudukan posisi badan, tangan & kaki untuk jurus 5 adalah seperti di bawah.



Bilamana peralihan jurus 1 ke 5 terjadi, maka objecktif sasaran utama kita adalah untuk memukul bahagian anggota tangan/lengan pihak lawan dengan bahagian tajam anggota siku kita. Manakala, serangan "hammer"/"bidas rotan" terus dilancarkan & disasarkan ke bahagian muka/penyawa pihak lawan!

Teknik transformasi serangan dari jurus 1 ke jurus 5 ini adalah amat berkesan untuk menewaskan pihak lawan didalam pertempuran.

*Nota : aku dalam proses untuk mengemaskan lagi Jurus 1! Insyallah kena bermula dengan perlahan. Objecktif utama adalah agar kita faham akan apa segala gerakkan yang kita buat...!

Selamat meuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

No comments: