Alhamdulillah berkesempatan mengadap sifu aku hari ini.
Sifu aku baru balik dari Serawak semalam kerana mengikuti rombongan hari keluarga syarikat isteri nya selama 3 hari 2 malam.
Suka berkongsi akan perihal seorang pengamal Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) mestilah selalu mencari ruang .

Mencari ruang di sini membawa maksud seorang pengamal GPLY mesti membuat analisa secara pantas & tepat di mana terdapatnya ruang tempat anggota "lemah" & "tidak dIlindungi" yang boleh dilancarkan serangan !
3 kawasan penting & merbahaya ialah :
(a) Di kawasan bahagian anggota muka
(b) Di kawasan bahagian anggota dada/ulu hati
(c) Di kawasan bahagian anggota penyawa
Di samping 3 kawasan serangan utama seperti di atas, kawasan bahaya lain bagi seorang pengamal GPLY ialah :
(a) Di ke dua dua belah anggota tulang rusuk
(b) Di ke semua anggota sendi anggota tubuh seperti
=> (1) Sendi anggota lutut
=> (2) Sendi anggota tangan
=> (3) Sendi anggota siku
=> (4) Sendi anggota bahu
=> (5) Sendi anggota kaki
Kombinasi mencari ruang dan menjadikan pihak lawan tidak stabil ( inbalance) adalah seorang pengamal GPLY mesti lakukan semasa bertempur.
Bayangkan jika kita berada di dalam suasana perang sebenar iaitu kita kena bertempur. Di belakang kita adalah jurang yang dalam @ dinding yang tidak memungkinkan kita untuk melepaskan diri.
Sementara di hadapan kita adalah pihak lawan yang ganas & kejam yang semestinya mahu memusnahkan & membunuh kita dengan cara yang paling kejam. Oleh yang demikian, pilihan yang satu satunya yang kita ada adalah dengan berhadapan dengan pihak lawan tersebut dengan tulang 4 kerat yang kita ada.
Jika kita tidak mempunyai ilmu pertahanna diri, sudah tentu anggota tubuh kita akan di koyak rabak dengan rakus & kejam sekali oleh lawan kita !
Insyallah jika kita mempunyai ilmu pertahanan diri & kita beramal dengan ilmu tersebut, insyallah kita mampu menyelamatkan diri kita dari makhluk Syaitan yang berupa manusia tersebut !
Jurus 10 dalam GPLY ialah antara jurus yang amat berkesan dalam "street fighting " kerana walaupun pihak lawan kita bersaiz besar atau pun gagah ( seperti orang negro/mat saleh ker.. ), insyallah kita yang bersaiz biasa biasa sahaja ini masih lagi mampu untuk mengatasi dia orang !
Kedudukkan jurus 10 GPLY ialah seperi photo di bawah iaitu dimana kita perlu merendahkan anggota tubuh kita seperti photo di bawah.

Dari posisi kedudukkan jurus 10 ini, serangan dengan menggunakan anggota kaki kanan @ kiri kita boleh dilancarkan ke anggota sendi lutut/penyawa pihak lawan.

Juga serangan dengan menggunakan anggota lutut/tangan /siku juga boleh dilancarkan terhadap pihak lawan !
Caranya dengan menggunakan anggota siku kita membuat hentakkan ke anggota dalam peha pihak lawan sambil "tepukkan" dibuat ke anggota penyawa pihak lawan !
Juga dengan menggunakan anggota tapak tangan kita akan me"nolak"/men"guis"/me"narik" anggota sendi lutut pihak lawan ! Akibatnya kedudukkan tubuh pihak lawan akan tidak stabil dan pada masa inilah serangan anggota lutut/siku di hadiahkan buat pihak lawan !

Jurus 10 ini adalah jurus RAHSIA yang di amal oleh sifu & sifu aku punya guru ( arwah Acik Bakar !
Selamat menuntut ilmu & beramal..
Wassalam..
Basteng
No comments:
Post a Comment