Monday, September 5, 2011

Guna anggota siku & buat tumbukkan ke anggota kaki pihak lawan

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah hari ini berkesempatan mengadap sifu aku iaitu setelah hampir 40 hari tidak mengadap !

Antara pelajaran baru yang sempat sifu aku kongsi ialah bilamana pihak lawan menggunakan anggota kaki untuk melancarkan serangan sepakkan anggota kaki maka kita akan menyambutnya dengan menggunakan anggota siku kita dengan cara kita akan menghentak siku kita ke anggota kaki pihak lawan tersebut sambil anggota tangan kita yang satu lagi akan meNUMBUK/MUKUL anggota kaki pihak lawan !



Juga jika kita berseorangan terpaksa bertempur dengan pihak lawan yang melebihi 2 orang maka petua disini ialah kita akan menyerang pihak lawan yang tidak/belum bersedia samada dengan membuat pukulan sepakkan anggota kaki ke penyawa /anggota sendi lutut !

Sambil kita juga menggunakan anggota tubuh pihak lawan untuk dijadikan perisai dari serangan pihak lawan yang lain !

Selamat menuntut ilmu & beramal.

Wassalam..

Basteng

No comments: