Tuesday, September 27, 2011

Guna Ilmu Bela Diri untuk berdakwah !

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah berpeluang mengadap sifu aku hari ini.

Syukur kerana aku berpeluang belajar dengan lebih mendalam akan ilmu Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) ini.

Jika ditakdirkan ada orang gila atau orang secara membuta tuli masuk untuk menyerang, maka sepatutnya kita secara bersahaja sahaja terus melancarkan serangan kaki iaitu jurus 6 seperti photo di bawah ke anggota rusuk/penyawa pihak lawan !






Insyallah, pihak lawan akan jatuh tersungkur kerana kebiasaanya pihak lawan tidak langsung akan mengjangka bahawasanya kita akan menyambut kedatangannya dengan anggota kaki kita !

Juga dengan cara kita memijak anggota kaki pihak lawan sambil kita menolak anggota lawan kita kebelakang!

Cara menghentak & memijak anggota sendi@kaki pihak lawan adalah satu cara yang sangat berkesan untuk menumpaskan pihak lawan !Amalkan lah !



Sifu aku berkongsi akan kisah Sifunya iaitu Arwah Acik Bakar.

Arwah Acik Bakar ini adalah guru ilmu agama yang mengajar ilmu Tasauf.
Tapak tangan arwah lembut tetapi akan kelihatan warna hitam di kawasan anggota buku lima anggota tangan !

Hitam ini bermaksud kawasan buku lima anggota tangan arwah sudah jadi kemutu iaitu daging di akwasan tersebut boleh dikategorikan sebagai sudah mati kerana amalannya selalu menumbuk Orang kayu !

Antara cara yang unik arwah Acik Bakar berdakwah iaitu untuk menyedarkan samseng @taiko pada masa tersebut di kawasan Pekan, Kuantan ialah Arwah Acik Bakar akan menjemput samseng tersebut untuk bertarung di dalam dewan/rumah.

Bila sudah selesai bertarung, kebanyakkan samseng tersebut akan INSAF ! Ini disebabkan baru samseng itu sedar rupa rupanya ada orang lain lagi yang lebih hebat dalam ilmu pertarungan !

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

No comments: