Alhamdulillah berkesempatan mengadap sifu aku pagi tadi. Al kisah bilamana Arwah Acik Bakar ( Guru sifu aku ) melancarkan tumbukkan tangan maka cara tumbukkannya adalah seperti photo di bawah.

Kedudukkan buku lima anggota tangan adalah berada di bawah dan bila pukulan anggota tangan dilakukan maka buku lima anggota tangan itu adalah dituju ke bahagian anggota badan pihak lawan !
Jurus 8 adalah teknik tendangan dengan menggunakan anggota kaki.
Cara kedudukkan jurus 8 adalah seperti photo di bawah.


Tendangan jurus 8 dalam GPLY memerlukan seorang pengamal lian melancarkan sepakkan tendangan dengan menggunakan anggota tumit kaki yang dilancarkan dari arah dalam ke arah luar !


Bilamana selepas serangan jurus 8 dilancarkan dan anggota seorang pengamal lian berpijak ke bumi maka kedudukkan posisi jurus 10 seperti photo di bawah pula akan terbentuk !

Dari jurus 10, jika seorang pengamal lian menurunkan anggota tubuhnya lagi ke paras yang rendah seperti photo di bawah maka akan terhasil pula jurus 11 GPLY !

Jurus 8 adalah berbeza dengan jurus 6 iaitu jurus 6 memerlukan tendangan anggota kaki secara lurus dilancarkan terhadap pihak lawan. 2 Photo di bawah ini adalah contoh tendangan lurus jurus 6 Lian !


Seorang pengamal lian yang bagus mampu melancarkan serangan anggota kaki ( jurus 8 ) tanpa disedari/"nampak" oleh pihak lawan !

Sedar sedar, pihak lawan sudah mengerang kesakitan akibat menerima pukulan anggota kaki dari kita ! Aku berazam untuk memahirkan lagi akan jurus 8 ini dengan memperbanyakkan lagi latihan..insyallah..
Juga suka berkongsi akan kedudukkan anggota tangan kita hendaklah kena berada separas dengan anggota dada iaitu caranya seperti kedudukkan seperti kita memegang pedang samurai jepun !

Kedudukkan anggota tangan kita hendaklah jangan diletak separas dengan arah anggota wajah muka kerana dikuatiri jika pihak lawan menyepak/menumbuk anggota tangan kita tersebut maka ditakuti anggota tangan kita sendiri yang akan menyebabkan kecederaan kepada kita!

Selamat menuntut ilmu & beramal..
Wassalam..
Basteng
1 comment:
salam Saudaara,
Terima kasih atas kesudian berkongsi ilmu & maklumat...tq
Post a Comment